Saat ini energinya ibara t bateri telefon bimbit yang sudah mencapai 1%. Dia letih secara total. Harum Zawani tergeletak lesu di hadapan pintu biliknya.
Ingin menangis, dia sudah tidak berdaya. Inikan pula mahu menjerit. Tekaknya terasa bagaikan dirobek-robek sahaja. Perit sungguh!
Cairan yang mengalir laju dari matanya kini bukanlah lagi cairan jernih bahkan cairan itu sudah bertukar menjadi darah merah membasahi pipinya. Pedih, sakit, seksanya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Harum Zawani mengerekot dibalut kedinginan malam. Sebilah belati tergenggam erat di dalam genggamannya.
“ARGHH!” Dengan sekali jeritan kuat, Harum Zawani terus tidak sedarkan diri.
“ALLAHUAKBAR! Astaghfirullahal’azim...” Harum Zawani meraup wajahnya berkali-kali. Peluh yang membarisi dahinya segera dihapuskan. Kenangan lalu sekali lagi menghantui lenanya. Malahan lebih kerap semenjak dua menjak ini.
Semahu-mahunya Harum Zawani cuba untuk menyingkirkan kenangan berdarah itu dari ingatannya tetapi malangnya dia tidak berjaya. Harum Zawani meraba ke sebelah tempat tidurnya. Jari-jemari halusnya menyentuh tubuh kekar yang nyenyak tidur di sebelah. Rambut lelaki itu diusap. Perlahan-lahan dia melabuhkan kepalanya ke atas dada suaminya. Esakan kecil kedengan sayu memenuhi ruang kamar pengantin baru itu.
“Abang... terima kasih sebab sudi terima gadis buta ni sebagai isteri abang.”
Harum Zawani terkenangkan perkenalan diantara dirinya dan suaminya. Disaat dia sudah hilang tempat bergantung, Zulfaqar Warid hadir memberikan sinar baru dalam hidupnya.
Meskipun pada mulanya Zulfaqar Warid cuba menjauhkan diri darinya dan menganggap dia tidak lebih dari sekadar seorang teman biasa, namun Harum Zawani tetap tidak pernah berputus asa.
Share this novel