PROLOG

Romance Completed 82165

Aryan Mikhail :

Aryan Mikhail merupakan pewaris kepada pemilik SM Al-Jofri Holding. Berumur 25 tahun. Syarikat pengeluar tekstil dan perhotelan ternama di ibu kota. Seorang yang berpewatakan menarik dan mampu mencairkan hati ramai gadis - gadis. Seorang yang berkarisma. Tapi dalam ramai - ramai gadis hanya seorang gadis yang membuatnya gila bayang. Ibarat tidur tak lena, makan tak kenyang dan mandi tak basah. Kerana dia tidak boleh melupakan pandangan mata itu.....

Nuha Qaisara :

Seorang gadis yang periang. Berumur 20 tahun. Berwajah cantik persis arwah ibunya. Berkulit putih kemerahan. Hidung mancung terletak, bermata bulat dan bening, sejuk mata sesiapa yang memandang. Bibirnya petah dalam berkata - kata. Tapi dalam kelembutan wajahnya, dia pantang jika ada yang membulinya.


********

"Arrghhhhhhhhhh!"

"Tolong"

"Tolong saya."

Nuha yang baru pulang dari kerja part time di sebuah kedai buku di pekan itu tersentak. Matanya melilau mencari arah suara itu. Laluan yang dia sedang lalui ini memang jarang - jarang orang lalu. Merupakan jalan pintas dan jalan paling dekat untuk ke kawasan kampungnya itu. Jalan yang lain ada, tapi agak jauh, beza 30 minit untuk sampai ke kampungnya.

"To..Tolonggggggg..."

Sepertinya suara seorang lelaki yang seolah - olah sedang mengerang kesakitan.
Nuha semakin cuak, rasa ketakutan menjalar ke dalam dirinya.

"Siapa ni? manusia ke hantu?" Getus Nuha, Bulu tengkuknya tiba - tiba tegak berdiri. Bulu romanya juga merinding. Dalam takut - takut berani, dikayuh juga basikalnya mencari arah suara itu. Melilau - lilau matanya.

To..Tolong sa..Saya..

Suara lelaki itu sudah semakin tersekat - sekat.

Telinga Nuha seakan dapat menangkap arah suara itu yang datangnya dari arah semak tidak jauh dari situ.

Nuha berlari ke arah semak itu, entah dari mana keberaniannya hadir. Yang pasti orang itu mesti sedang dalam kesusahan dan orang itu mesti dia selamatkan.

Kelihatan seorang lelaki berlumuran darah sedang mengerekot di tepi semak.

Nuha semakin cuak. Dia menarik lelaki itu keluar dari semak. Mata lelaki itu memandang tepat ke arah anak matanya sebelum mata itu tertutup rapat.

"Awak, awak.." Pipi lelaki itu ditepuk perlahan. tiada respon, dia check nadi, masih ada. Nak buat CPR, memang seakan mustahil. Dia memegang bibirnya dengan jari. Terus badan menggeliat, geli - geleman.

Fikirannya yang seolah - olah berhenti berfikir tiba - tiba berfungsi.

Dia mencapai handphonenya dan menelefon ambulan. Nuha masih memangku kepala lelaki itu di atas pehanya. Dengan hanya bertemankan lampu jalan, dia berdoa agar ada yang melalui kawasan itu untuk membantunya.

Dia menepuk - nepuk lagi pipi lelaki itu. Mata itu sedikit demi sedikit terbuka semula. Tetapi masih layu, seolah - olah masih mamai, mungkin kepeningan disebabkan kehilangan banyak darah. Mata itu masih merenung ke arah mata Nuha, tidak berkedip. Nuha yang masih memangku kepalanya masih menepuk pipi lelaki itu perlahan - lahan agar dia masih sedar. Dia turut memandang ke dalam anak mata lelaki itu.

Bibir lelaki itu seolah - olah bergetar ingin membicarakan sesuatu. "Te..Te..Te..Terima..Terima kasih awak."

Tidak lama selepas itu, ambulan sampai. Lelaki itu di bawa ke hospital. Tetapi apa yang berlaku sejurus selepas itu tidak dia ketahui. Semua dia serahkan kepada pihak hospital. Pandai - pandailah mereka nak hubungi keluarga lelaki itu macam mana. Tanggungjawabnya sebagai ehsan manusia sudah selesai.

Nuha melangkah pulang apabila ambulan itu semakin beransur pergi. Banyak perkara yang dia perlu dia lakukan di rumah. Dia mengayuh basikalnya laju. Seram pula memikirkan ada berlaku kes macam tu, lebih - lebih lagi di kawasan yang dia sering lalui. Tapi nak tak nak tetap juga dia kena lalui kawasan itu.

Dalam hatinya juga tidak putus - putus berdoa agar lelaki itu dapat diselamatkan. Memikirkan lelaki itu telah kehilangan banyak darah, tetiba terbit rasa risau di dalam dirinya.

Itu satu hal dah selesai, satu hal lagi yang belum selesai, macam mana nak berdepan dengan ayahnya. Harini dia pulang lewat sedikit dari biasa. Bercakap terus terang lagi baik, dia memang tidak pandai untuk menipu. Ayahnya nak terima atau tidak alasannya itu, terpulang, yang penting dia tidak menipu. Tak tergamak nak membiarkan lelaki yang dalam kesakitan terbaring di situ. Jika lelaki itu meninggal disebabkan dia tidak menolong, dia akan membawa rasa bersalah itu sepanjang hayatnya.


********

"Macam mana boleh jadi macamni Ryan?, siapa dalang yang buat semua ni? Ryan ingat tak? Cam tak rupa dia?" Puan Syarifah Zurina bertanya soalan bertubi - tubi. Risau betul hati dia bila mendapat khabar anaknya dimasukkan ke hospital akibat dipukul dan yang paling meruntun hatinya, anak juga turut ditikam di bahagian dada. Motif pelaku mungkin untuk membunuh anaknya. Tetapi seribu syukur anaknya bernasib baik, tikaman itu tidak mengenai organ penting dan saluran darah utama. Jika tidak.. Tak sanggup untuknya meneruskan.

"Ryan tak tau sapa dalangnya ma, Diaorang semua pakai serkup di muka, ada dalam lima atau enam orang." Ryan teringat kembali detik cemas itu semasa dia mahu membuka pintu kereta. Pada malam kejadian itu, dia terpaksa pulang lewat disebabkan ada kerja di pejabatnya. Tidak tahu dari mana datangnya, ada yang memukul kepalanya dari belakang. Selepas itu dia tak tau apa yang jadi padanya. Setelah dia tersedar, dia sudah terbaring di dalam semak. Badannya dah berlumuran darah. Apabila terdengar bunyi roda basikal dia menjerit meminta tolong. Bersyukur ada yang melalui jalan itu. Sepertinya jalan itu, jalan yang jarang dilalui oleh orang ramai. Seolah jalan pintas.

Nasibnya baik ada insan berhati mulia yang menolongnya ketika itu. Sanggup menunggunya sehingga ambulan sampai. Tapi dia tak berdaya untuk mendapatkan butiran lanjut orang yang membantunya. Hanya yang dia tidak dapat lupakan adalah pandangan mata wanita itu. Sangat cantik. Hatinya meronta - ronta untuk mencari wanita itu semula.

Happy reading semua... -Es Lilin-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience