Derap kaki empat pasang kaki yang mengenakan kasut combat jalan berarak merentasi koridor dengan seragam. Terlalu seragam hingga bunyi gema dari derapan tapak kasut turut kedengaran seragam.
Putera Declan yang berada paling hadapan sekali itu pasang wajah seriusnya sewaktu cengkam erat fail di tangannya.
Sampai saja dekat pintu masuk, dia belok masuk ke dalam sebelum tiba di ruangan dimana beberapa orang atasan dalam ketenteraan sedang berkumpul.
Tiba saja Declan dan rakan-rakan sekumpulan, mereka berempat beri tabik hormat.
"Tuan!"tabik mereka fengan tertib.
Tiga orang pegawai tinggi dan menteri pertahanan pandang ke Declan dengan anggukan bangga.
"Susahkan kamu kerana minta dari jauh untuk turun ke sini."beritahu Menteri Pertahanan.
Mata Declan kekal di lantai semasa mendengarnya.
"Kamu dah dapat kertas laporannya?"
"Kami dapat tahu kumpulan lanun ini semakin lama semakin menjadi-jadi. Habis dua kapal kargo dirompak.."
"Sudah tuan."angguk Declan.
"Kamu berempat saja?"tanya Menteri Pertahanan dengan hairan. Setahu dia kumpulan ini terkenal dengan lima orang ahli. Mana lagi seorang?
Garvien, Dritan dan Connall dengan serentak jeling ke belakang kepala Declan. Nak tahu apa jawapan ketua mereka memandangkan Juliet telah disingkirkan dari pasukan mereka beberapa bulan yang lepas. Sumpah! Buat pertama kali dalam.masa lima tahun, itulah kali pertama mereka nampak Declan naik angin bagai nak apa dan hampir bunuh orang. Mereka tak tahu kenapa Declan mengamuk siap menangis bagai. Tup-tup Juliet kena buang terus dari Pangkalan Ketenteraan Diraja tu. Sejak kejadian tu mereka tak pernah lagi nampak Declan ceria atau mesraacam biasa.
Serius memanjang.
Kalau jelingan Declan boleh membunuh sudah beribu orang mati dek renungan lelaki ni.
"Tidak tuan...kami berlima. Ada rekrut baru menyertai kami..."beritahu Declan dengan nada serius dan formal.
"Bagus la kalau begitu. Kamu boleh teruskan misi ini." beritahu Menteri Ketenteraan.
"Baik tuan!"tabik Declan lagi.
Setelah briefing selama beberapa minit, mereka berempat keluar dari situ dan jalan berarak untuk ke destinasi seterusnya.
Sambil berjalan tu, sambil tu Declan pandang skrin telefon nak hubungi base untuk tahu sama ada Eden sudah pun tiba di situ laporkan diri atau belum.
"Kapten...boleh saya tahu kenapa Kapten rekrut Eden sebagai pengganti Juliet?"tanya Dritan di sebelah kananya.
Masa tu Declan bawa telefon ke telinga. Dia pandang ke depan dengan kening mencerlung. "Sebab dia hutang aku sesuatu. Dan aku nak dia langsaikannya."jawabnya dari balik ketapan gigi.
Connall berkerut kening tak faham. "Hutang?" tanya dia.
Bunyo nada dering panggilan masuk kedengaran beberapa kali sewaktu Declan tunggu panggilan di angkat. "Ya hutang.."jawabnya sambil tu. Dia tak sempat nak tanya Eden mengenai kehadiran Davina dekat pangkalan beberapa bulan yang lalu. Sampai sekarang dia tak habis fikir! Kenapa Davina ada dekat pangkalan tu dan berada dekat luar pejabat dia sampai boleh dengar perbualannya dengan Juliet!
Dan sekarang Davina tak nak jumpa dia. Dia nak je beritahu apa yang berlaku antara dia dengan Juliet terjadi sebelum dia temui Davina. Dia berani sumpah dengan nyawa dia sendiri yamg dia tak pernah nak khiantai Davina atau curang padanya.
Tapi tak Declan sempat sebab Eden tiba-tiba je berhenti dan keluar dari pangkalan tu untuk ke kem akademi tentera yang lain menjadi pelatih di situ. Jadi dia tak dapat nak tanya adakah Eden yang beritahu Davina kisah lampau dia bersama Juliet atau semuanya kebetulan.
"Hello?"sapa suara dalam panggilan tak lama kemudian.
"Declan bercakap."ujarnya dengan tegas semasa tiba di luar bangunan.
"Ya tuan."
"Leftenan Eden dah laporkan diri belum?"tanya Declan sebelum berdiri dekat depan laluan masuk untuk tunggu pengangkutannya datang menjemput.
"Sudah tuan. Dia kini berada di ruang menunggu."
"Kalau macam tu beritahu dia saya akan tiba beberapa minit saja lagi."sebuah hilux tentera berhenti depat mereka berempat tidak lama kemudian.
"Baik tuan."sambut pemanggil dalam panggilan dengan tertib.
Tiga dari mereka ambil tempat di seat belakang. Sementara Declan ambil seat depan. Lepas mereka naik,kenderaan itu pun mula meluncur keluar dari kawasan bangunan pusat pangkalan ketenteraan itu.
Share this novel