BAB 13

Adventure Completed 1114

“Kita tidak boleh hanya duduk dan menunngu sahaja. Ayuh mara!” arahku.

“ The Soldier, sila bersiap sedia. Kita akan menembak kesemua askar musuh yang sedang mara itu,” kataku.

“Max, adakah awak yakin dengan tindakan awak ini?” tanya kapten Andrew daripada bilik kawalan.

“Sekali lagi saya cakap, tolong percaya kepada saya,” kataku tanpa memandang ke arah bilik kawalan itu.

“Newt, keluarkan askar yang bilangannya mampu untuk menyorokkan sedikit The Soldier ini, kita harus menjaga The Soldier ini sebaiknya,” arahku.

“Baik,” balas Newt. Tindakanku mungkin agak melulu namun ini adalah antara tindakan yang dirasakan wajar oleh aku daripada menunggu dan mara secara perlahan.

“Baiklah kita semakin menghampiri mereka. Jarak 10000 km,” kata Tody.

“Petra, berapakah maksimum jarak yang boleh ditembak oleh The Soldier?” tanyaku.

“ 8000 km,” balasnya.

“Kita semakin menghampiri jarak 8000 km,” kata Tody.

“Newt, arahkan para askar untuk berada di hadapan The Soldier bagi menyembunyikannya,” arahku. Newt terus membuat apa yang disuruh.

“Baiklah, ini adalah jarak yang sesuai,” kata Tody.

“ Baiklah, sekarang Petra,” arahku. Petra terus memulakan serangan. Satu-satu persatu askar musuh mulai musnah. Akhirnya dapat juga kami melihat kemampuan sebenar The Soldier ini yang dikatakan mampu menembak 100 ribu askar dan mungkin sebuah planet kecil dalam satu masa. ‘Planet?’ fikirku.

“Mereka sekarang sedang mengelilingi planet mereka untuk melindunginya,” kata Tody.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience