BAB 4 : Bermulanya sebuah penyatuan dua insan

Short Story Series 5981

"Saya perlukan bantuan awak. Apa-apa permintaan awak saya tunaikan. Asalkan awak dapat bantu saya." luah Nuh pada Maryam. Suaranya seakan merayu tapi tidak, dia masih mengawal machonya.

Maryam tersentak, bantuan apa pula dia nak dari aku ni. Baru saja letak buntut dekat kerusi dia, ni dah mintak tolong. Haih, ini paling susah kalau orang dah mintak tolong, susak nak menolak.

"Tuan nak sayang tolong apa?" Soal Maryam masih dengan suara bersahaja. Padahal dalam hati hanya tuhan yang tahu bertapa dadanya menahan debaran tiap kali berhadapan dengan lelaki bernama Nuh ini. Memandang wajahnya saja sudah cukup tergoda, apatah lagi mendengar suara garaunya.

Tiba-tiba dia menjadi seorang yang pemurah untuk membantu. Aku memang pemurah sejak azali lagi. Aku ingat pesanan ustazah aku dulu. Kalau kita mudahkan urusan orang, insyaallah.. Allah akan mudahkan pula urusan kita. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan aku.

"Maryam, awak kena jadi isteri saya." Ujar Nuh senafas.

"Ha? Isteri? eh... saya salah dengar ke? boleh ulang semula?" Maryam terkejut. Untuk kali pertama wajahnya boleh berubah terkejut. Emosinya sudah berfungsi seperti orang lain.

"Awak kena jadi isteri saya." Ulang Nuh dengan nada tegas.

"Kenapa pula?" Soal Maryam lagi.

"Awak ingat pasal semalam? inilah permintaan saya pada awak. Saya akan bayar awak, sebanyak mana yang awak nak. Saya dapat tahu dari pekerja saya, awak perlukan duit. Betul?" Soal Nuh pada Maryam yang sedang diam. Tangan Maryam menggenggam jari-jemarinya.

Maryam tidak tahu ingin memberi jawapan yang tepat pada kala ini.

Menolak? ini saja jalan untuk dia mendapat duit dengan cepat.

Terima? bahagiakah aku jika bersama dia? perlukah aku fikirkan kebahagiaan ku? sedangkan Nasuha sedang memerlukan bantuan ku? mahu apa lagi aku, Nasuha adalah nyawaku.

"Betul, saya perlukan duit. Tapi jika Tuan ingin bertanyakan tentang perihal kenapa saya perlukan duit, maaf.. itu bukan urusan Tuan." Jawab Maryam tegas.

"Jadi, awak menolak tawaran saya?"

"Siapa cakap saya menolak?" Luah Maryam.

"Jadi, awak setuju?" Soal Nuh ceria. Suara mendatar hanya wajahnya ada senyuman. Maryam terkaku melihat senyuman yang sangat kacak dihadapannya.

"Siapa cakap saya setuju?" Luah Maryam lagi masih dengan wajah tanpa riak.

"Dah tu? setuju ke tak?" Arman pula menyampuk. Geram pula dia melihat gadis bernama Maryam ini yang cuba tarik-tarik tali.

"Bagi saya masa. Saya perlu fikirkan...." Maryam bersuara tegas.

"Baik, saya bagi awak 20 minit untuk fikir." Arah Nuh.

"20 minit? paling kurang 1 hari..." Protes Maryam.

"No. Just 20 minit...."

"Sorry, lepas solat asar saya bagi keputusan." Jawab Maryam penuh ketegasan. Maryam bangun dan keluar dari bilik Nuh dan menuju ke surau yang ada di aras itu.

****************************************************

Selepas solat asar dan berdoa meminta bantuan dari Allah. Maryam mendengar telepon pintarnya berbunyi pesanan ringkas diterima.

Dari lintah darat.

- Maryam, you kata nak bank in.. sehari suntuk I tunggu you, mana duit I?.

Pesanan itu Maryam tidak balas. Dia terus terfikirkan sesuatu. Lebih baik aku terima tawaran ni. Hutang abang Hafiz selesai, kos pembedahan Nasuha selesai.

****************************************************

"Baiklah, saya terima tawaran tu." Maryam memberi jawapan pada Nuh. Nuh memandang Arman. Arman tersenyum.

"Bagus... baiklah, syarat-syarat perkahwinan ini masih belum saya senaraikan dengan lebih terperinci. Tapi, kepentingan pada perkahwinan ini adalah, awak kena beri saya zuriat." Nuh berterus-terang.

"Ha? zuriat... anak?" soal Maryam lagi.

"Ya, inilah motif utama perkahwinan ini." Ujar Nuh.

"Kalau saya tak mengandung?" Soal Maryam lagi.

"Saya akan buat awak sampai mengandung." Jawab Nuh bersahaja. Maryam terdiam, malu sebenarnya memikirkan soal hubungan ranjang dengan orang asing ini.

"Ok, awak dah tahu kerja awak.. saya nak tahu juga, berapa harga yang awak kenakan sebagai ganti bantuan yang awak berikan pada saya?" soal Nuh pada Maryam.

Maryam terdiam. Baru dia mahu fikirkan nilai yang dia perlukan. Hutang abang Hafiz masih 90ribu. Pembedahan Nasuha perlukan 110ribu ringgit. Semuanya 200k.

"Saya perlukan 200k." Jawab Maryam jujur. Tidak sedikit pun dia mengambil kesempatan.

"Baik...selepas saja kita nikah, saya terus akan berikan awak duitnya." Ujar Nuh.

"Bila kita nikah?" Soal Maryam.

"Sebulan lagi..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience