Bab 1

Drama Completed 5973

"Saraa ni dah kenapa? sikit-sikit nak marah," bebel ibu kepada Saraa.
Saraa hanya mendiamkan diri sambil mengenggam tangannya sendiri. Sungguh dia sendiri pun tak tahu mengapa anginnya tidak begitu baik pada hari itu. Hormon bulanan barangkali.
"Saraa ada masalah ke?" tanya ayahnya pula.
Saraa hanya mengeluh apabila mendengarkan soalan tersebut dan terus berlalu ke dalam biliknya.
"Ha itulah dia, ditegur sikit masuk bilik. Robohkan je bilik dia tu," kata ibu lagi.
Saraa yang mendengar kata-kata ibunya itu hanya mampu menahan amarah. Nafasnya mula sukar untuk dikawal.
Setelah mengunci pintu biliknya, dia terus menumbuk dinding biliknya itu untuk melepaskan perasaan marah yang terbuku dihatinya. Lega.
Dia duduk di birai katil lalu menghela nafas berat dan mengeluh.
"Kenapa kau nak marah dengan ibu dan ayah kau, Saraa? Diorang takde buat apa-apa salah pun kat kau," Saraa bermonolog sendirian.
Kring kring! Dia melihat skrin telefon bimbitnya
"Eh ni dah kenapa pulak call aku?" bebelnya sebelum menjawab panggilan tersebut.
"Hello, assalamualaikum. Ye Reen? Kenapa call? Ada hal penting ke?" tanyanya dengan suara mendatar.
"Eh takdela hehe. Sajala nak call kau. Aku bosan," jawab Areena di talian.
"Laaa pulak? Syafiqa dan Shazrin mana?"
"Ada kat sini!" kedengaran suara Syafiqa dan Shazrin menjawab soalannya di latar belakang panggilan tersebut.
"Habistu kenapa bosan? Eeee cakapla betul-betul!" Dia mula geram mendengar tawa mereka bertiga di talian. Dahinya dikerutkan tanda tidak puas hati.
"Ahaha lek ah. Kami sebenarnya nak ajak kau outing" jawab Areena lagi.
"Ohhh"
"Nak ke tak?" tanya Shazrin pula.
"Em aku tanya ibu aku dulula. Nanti aku message,okey?" jawab Saraa teragak-agak.
"Okeyy" jawab mereka bertiga serentak.
Panggilan diputuskan.
Setelah lima minit berlalu, dia masih duduk di birai katil sambil menatap skrin telefonnya. Tiada sebarang tanda pun yang dia akan keluar dari bilik untuk meminta izin kepada ibunya untuk keluar bersama mereka bertiga. Dia menarik nafas panjang lalu membuka aplikasi WhatsApp dan terus menghantar mesej kepada Areena.
'Maaf aku tak dapat nak join:('
'Alaaa kenapa pulakk :(('
'Aku ada hal la. Nanti² aku join. Sorryyyy. Korang pegi je la tanpa aku.'
'Okeyla kalau macam tu.'
Saraa mula diselubungi rasa bersalah. Tetapi dia tahu setelah apa yang berlaku sebentar tadi, dia hanya akan mengeruhkan keadaan jika dia keluar dengan kawan-kawannya. Dia membuka aplikasi Muzik dan mula mendengar lagu kegemarannya untuk menenangkan hati sendiri. Dia berbaring dan tidak lama kemudian dia terus terlelap dibuai mimpi.
...
Tok! Tok!
Saraa yang terkejut mendengar ketukan kuat di luar bilik ya terus tersedar dari lena. Dia membuka pintu biliknya dengan wajah yang masih mamai.
"Kenapa bu?" tanyanya terpinga-pinga.
"Ambil wudhu,pakai tudung dan bacakan yasin untuk Makngah. Makngah dah nazak," jawab ibu dengan suara yang sedikit bergetar.Matanya juga merah seperti sedang menahan tangis.
Dia yang agak terkejut hanya menurut sahaja arahan ibunya.
Belum sempat dia menghabiskan bacaan yasin, Makngah telah pun kembali ke rahmatullah. Namun dia teruskan jua bacaannya sehingga selesai.
Usai membaca yasin, dia memandang wajah Makngah yang sudah tidak bernyawa itu.
'Maafkan Saraa, Makngah. Saraa pun dah maafkan semua perbuatan Makngah' katanya dalam hati.
Maklang yang berada di sebelahnya menangis teresak-esak sambil memeluk jasad Makngah.
"Kenapa kau pergi awal sangat,Ngah? Kenapa?" tanyanya kepada jasad yang sudah tidak bernyawa itu.
Saraa yang mendengar pertanyaan itu menjeling tanda tidak puas hati.
Kenapa baru sekarang nak tanya soalan tu? Sepatutnya Maklang gembira la kan? Selama Makngah sakit, bukan ke Maklang yang selalu marah-marah kat Makngah kata Makngah ni menyusahkan? Setiap hari mengulang ayat yang sama "Kenapa nak menyusahkan aku? Kau yang sakit aku yang susah sebab perlu jaga kau," dan kenapa sekarang nak menangis bagai? Nak menagih simpati ke?
Sungguh di satu sudut hati Saraa, dia bersyukur kerana Makngah telah kembali di sisi yang Maha Esa. Sekurang-kurangnya Makngah sudah tidak perlu untuk mendengar bebelan Maklang yang amat menyakitkan hati itu.
...
Setelah selesai majlis pengebumian Makngah, Saraa terus menelefon Areena.
"Assalamualaikum, ye? Kenapa Saraa?"
"Waalaikumsalam Reen, Makngah aku dah takde,"
"Innalillah. Makngah kau yang serumah dengan korang tu ke? Sakit apa?". Ya, keluarga Saraa duduk serumah dengan keluarga Makngah dan Maklang.
"Ha'ah. Breast cancer,"
"Takziah Saraa. Stay strong, okey?"
"No worries, I'm okay,"
"Nanti aku sampaikan berita ni kat Syafiqa dan Shazrin,"
"Okay thank you,"
Panggilan diputuskan.
"Saraa call sapa tu?" tanya ayah sambil melabuhkan punggungnya duduk berhadapan dengan Saraa.
"Areena. Saja nak bagitahu yang Makngah dah takde. Takpe, kan?" jawabnya.
"Oh," ayah sekadar mengangguk.
"Aini tidur kat mana malam ni? Rumah atas ke bawah?" tanya ibu kepada cucu Maklang.
"Tengokla kalau nenek tidur atas, Aini ikut je" jawab budak yang berusia lingkungan lima tahun itu.
"Alaa takkanlah Maklang nak tidur kat rumah atas ni. Mestilah dia tidur kat rumah dia sendiri kat rumah bawah tu," jawab Saraa selamba.
"Saraa," jeling ibu tanda amaran.
Saraa yang tidak menghiraukan jelingan ibunya terus berkira untuk masuk ke dalam biliknya sejurus melihat Maklang menghampiri mereka di ruang tamu. Dia dapat mengesan riak wajah Maklang yang tidak puas hati melihatnya.
"Saraa nak ke mana tu?" tanya ibu.
"Saraa peningla. Nak masuk bilik, nak rehat," jawabnya tanpa emosi.
"Biarkan aje dia masuk bilik. Biasalah anak kau kan tak suka nak bergaul dengan ahli keluarga sendiri," sampuk Maklang dengan nada sinis.
Saraa hanya mampu mendengar dan menggenggam tangannya sendiri untuk meredakan kemarahan.
Dia masuk ke dalam bilik dan terus menekup wajahnya dengan bantal. Dia menjerit sepuas hatinya.
Tidak lama kemudian ibunya masuk ke bilik. Dia hanya memandang kosong wajah ibunya.
"Maklang tidur kat ruang tamu tu," ujar ibu.
Dia hanya berdiam diri.
"Bagila bantal kat diorang" sambung ibu lagi.
"Okey," jawabnya sepatah terus mencapai beberapa buah bantal dan menghantarnya di ruang tamu.
"Nah Maklang," Saraa menghulur bantal tersebut.
Maklang memandang tajam wajah Saraa dan terus merampas bantal-bantal tersebut. Saraa terpanar. Dia terus berlalu ke bilik dengan nafas yang turun naik.
"Kenapa ni Saraa?" tanya ibu.
"Takde apa-apa" jawabnya lalu kembali berbaring dan menutup mukanya dengan bantal.
"Ibu tolong tutup lampu, Saraa nak tidur" suaranya bergetar. Ibu hanya memerhatikan kelakuan pelik anak tunggal perempuannya itu dan membiarkannya.

I know that it's not that interesting but please enjoy your reading!:)))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience