bab7

Romance Series 14769

"Huuuuu rimasnya" kata Naim. Mereka membuka penutup mulut masing masing.

"Dah Jom kita makan" ajak Khairul. Dan masing masing bangun dari ruang tamu dan terus kedapur. mereka duduk diatas kerusi meja makan didapur, Sambil makan makanan yang dibelikan oleh Khairul.

"Rul, apasal kau tak bagi dia seluar?
Naik nafsu aku tengok dia macam tu hahahhaha".
Naim mula membuat lawak.

"Jangan ingat nafsu kau aje ya Im, aku pun, bernafsu tengok dia tu. Dah lah cantik! Bentuk badan pehh! Mengiurkan". kata Fais.

"Berdebar dada aku tadi, bila tengok dia pakai macam tu". Kata Fais lagi sambil tersengeh.

"Kau ingat korang je ada nafsu, aku ni tak ada lah ye!" Sampuk khairul.
Mereka ketawa sambil makan.

"Dah dia tanya baju je tadi! Kalau dia tanya seluar, manalah aku nak cari. Kau tengoklah saiz dia dengan kita bertiga. Kita lelaki badan lain, perempuan badan lain". Terang Khairul.

"Lagi pun biarkanlah, dia kan dekat dalam bilik tu aje? Esok bila bapa dia bagi duit, malamnya kita dah lepaskan je dia"...
Kata Fais kepada Naim dan Khairul.
Masing masing mengganguk sahaja.

"Lepas makan ni, kau pergi angkat makan dia nanti! Kalau tak, habis berulat pula bilik aku tu". kata Naim.
kepada Khairul.

"Ahhhhh! Apasal aku pulak? asik aku je! Kau lah pulak pergi. Kau jangan nak suruh kita orang aja jadi Bibik ye? Lepas ni biar Bibik Naim pula pergi settlekan, bekas makan yang dia dah habis makan! Kita duduk relex je, kan Is".
Kata Khairul.

"Itu betul bro!" Kata Fais, sambil menjamu makanannya. Naim pula hanya mencebikkan bibirnya sahaja. Lepas makan, masing masing bersandar merokok diruang tamu. Masing masing, terasa malas hendak bangun dari tempat duduk. Mata pula mula layu.

"Huaaaa ngantuknya lepas makan ni!" kata Naim, sambil menguap.

"Dah dahh, pergi kemaskan makan awek tu dulu, baru tidur". Kata Khairul kepada Naim.

"Aduhhh, malasnya lah aku nak bangun. Kalau lepas makan ni dapat bantal, pehhhh nikmatnya". Kata Naim sambil bangun memakai penutup mulutnya dan terus membuka lock pintu bilik yang berkunci itu. Kelihatan, Feena sedang melunjurkan kaki diatas katil sambil duduk bersandar di penghujung kepala katil, sambil membaca majalah. Feena memandang Naim. Naim juga memandang kepada Feena.

"Maaf ye awak, kalau saya baca majalah majalah awak!"
kata Feena..

"Ehh tak apa! kau boleh baca semua majalah majalah dan buku buku yang ada dalam bilik ni. Aku tak kesah". balas Naim.

"Thanks Naim".

"Kau dah tak takut dengan kami semua ke?" Tanya Naim dan terus duduk dikerusi ditepi meja tulisnya. Mengadap kekatil, tempat Feena duduk membaca.

"Mula mula i memang takut sangat dengan uolls, masa uolls culik i semalam. Tapi sekarang! entah lah. Hari ini, i rasa uolls tak lah jahat sangat. Lagi pun uolls yang cakap,
uolls penculik bukan perogolkan. Dan i pun rasa uolls tak akan apa apa kan i. uolls nak duit je kan lepas tu u akan lepaskan i. I pun akan bebas balik kerumah i".
kata Feena sambil terseyum.

"Kalau lah, kau boleh tinggal sini lebih lama. Aku nak sangat kenal lebih rapat dengan kau". Bisik hati Naim sambil matanya memandang tepat kepada Feena.

"Heii, kenapa pandang i macam tu".
Tanya Feena kepada Naim. Tersentak Naim dari lamunannya.

"Ehhh, tak ada apa apa lah".
Balas Naim.

"Aku cuma nak minta maaf Je. Semalam aku tampar kau. Sakit ke?
Maafkan aku ye? Aku betul betul tak sengaja. Aku betul betul marah bila kau bertindak bodoh. Aku tak bermaksud pun nak pukul kau".
Kata Naim lagi dengan wajah yang betul betul bersalah.

"Hurmmmm tak pe! i ok. Tapi sakit tau, u lempang i semalam. Rasa pening sekejap hehheheh".
Feena ketawa bila dia membuat lawak. Naim turut terseyumm.

"Dah lah, aku nak kemas makan kau ni. Kau sambunglah membaca".
Naim bangun dan mengakat bekas makan yang diletakan diatas meja tulis. Naim keluar dan mengunci semula pintu biliknya.

"Amboiii lamanya! Kau buat apa haaa? Jangan macam macam Im".
Fais ketawa..

"Kalau aku buat macam macam, kau peduli apa Is". Naim pula ketawa.

"Aku minta maaf, dekat dia lah. Semalamkan aku terlempang dia, Itu je". Kata Naim lagi.

"Nasiblah aku dah bertunang". Kata Khairul.

"Kalau tak! hurmmmm mau je aku try dia... Cantikkan dia!"
kata Khairul lagi.

"Dah dah, kau jangan nak mengada ngada. Jaga je tunang kau tu baik baik". Balas Fais.

"Biar aku dengan Naim je, cuba nasib.bKalau dia pilih aku, kau jangan kecik hati ye Naim". kata Fais lagi sambil ketawa memandang Naim.

"Tapi! Kalau dia pilih aku, kau tu jangan pula nak nangis tepi bucu katil". balas Naim. Sambil ketawa.

"Hurmmmmm, kalau dia tak pilih korang berdua. Jangan pula korang berdua yang menangis dekat bucu katil, hehehheheh". Kata khairul sambil ketawa terbahak bahak.

"Bodohlah kau ni Rul"

Ahaaa bodohh sangat!" kata Naim diikuti Fais.

"Anak orang kaya kot. Takkanlah, dia nak kita yang penyamun ni. Bagai langit dengan bumi kau tau! Kita ni penculik dia. Bukan penculik hati dia". Kata Khairul lagi. Masing masing terdiam memandang Khairul.

"Ahhhh, lantaklah. Biarkanlah dia. Dia suka ke tak suka, itu hak dia. Kita ni, kena sedar diri sikit. Dia anak orang kaya kot... Kita pula anak orang biasa biasa je! Takkan lah dia nak layan orang macam kita ni". Jawap Naim.

"Layan gitar aku lagi bagus".
Sambil Naim mencapai gitarnya dan memetik gitar tanpa lagu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience