BAB 4

Romance Completed 2579

Paling dia tidak sangka apabila telinganya di piat dan di tarik dan kemudiannya dibawa kekawasan permainan.

“sekarang cakap dengan aku kau ni siapa? Kau gila ke tak?? Sejak bila orang gila pandai tulis surat ha!” meradang sungguh hatinya. Mahu di telan lelaki di hadapannya.

Satu persatu dibukanya segala pakaian yang lagak seperti orang gila. Mukanya di bersihkan dan mengemaskan rambutnya yang sengaja di serabaikan.

Cempaka hanya memerhati dengan ekor matanya. Dia malu pula bila lelaki tersebut seolah-olah mahu membuka baju dihadapannya.

Sekali dia menoleh kearahnya dengan senyuman. Tersembul biji mata Cempaka melihatnya. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Digosok matanya beruang kali.

“apa yang awak tengok inilah kenyataan Cempaka .” Ujar lelaki itu lembut.

“mat jambu! Awak yang gila?”

Lelaki itu tersenyum lagi dengan anggukan tanda mengiakan.

“kenapa awak buat semua ni?? Saya tak faham..”

Lelaki itu mengambil tempat duduk disebelah Cempaka untuk menjelaskan segalanya.

“saya buat semua ni sebab satu je alasan saya. Saya suka awak Cempaka . Kalau boleh dalam setiap hari-hari awak, saya mahu ada sekali di dalamnya. Saya tahu awak bukan jenis pandai bertegur sapa. Yang awak tahu hanya menyakat orang. Saya suka setiap apa yang awak buat. Awak menceriakan hari-hari saya.”

Berkelip mata Cempaka mendengar penjelasan yang panjang lebar itu. Dia terdiam sejenak dan kepalanya asyik memutarkan segala yang terakam di minda sepanjang dia di kejar oleh orang gila.

“saya dah lama usha awak sebenarnya Cempaka .. tapi saya tengok awak macam tak bagi peluang untuk diri awak berkenalan dengan mana-mana lelaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience