Chapter 09

Fantasy Completed 2854

Lena aku tidur bersama Kai. Indah. Aku dibelai sayang oleh Kai sehinggakan Nike dan Mezz terkejut melihat kami. Mereka menyindir-nyindir kami tentang perhubungan kami sekarang. "Kita akan naik kapal terbang ni. Semua kelengkapan aku dah periksa." kata Nike dan Mezz. Tiba-tiba saat kami mengisi beg-beg yang berisi keperluan kami, aku terdengar bunyi makhluk-makhluk tersebut dari arah kiri kapal. Aku hampir menjerit apabila aku lihat terlalu banyak makhluk tersebut. Cepat-cepat Nike melompat ke dalam kapal terbang untuk menghidupkan enjin kapal. Mezz memeriksa bahagian kapal kemudian masuk daripada belakang. Kai menarik aku untuk masuk ke dalam kapal. Semakin laju makhluk-makhluk tersebut berlari ke arah kapal. Nike terus memandu kapal tersebut dan melanggar sahaja makhluk itu.

Aku memeluk Kai kerana tak sanggup melihat darah yang merecik-recik akibar dilanggar oleh kapal terbang yang dipandu oleh Mezz. Kai mengusap-usap belakang tubuhku membuatkan ketakutan aku berkurangan. "Sekarang kita nak ke mana?" tanya Kai kepada Nike yang sedang membelek-belek peta yang dia jumpai di kawasan pengawalan kapal terbang.

"Minyak hanya cukup untuk melepasi tiga buah negara. Kita tengok negara mana yang sempat kita darat dan ada stok minyak kapal terbang." Aku terdiam. Kai hanya tersenyum kelat ke arah aku.

Aku hanya melemparkan pemandanganku ke luar tingkap. Aku rindu suasana dulu. Air mataku mengalir secara tidak sengaja. "Kenapa sayang?" tanya Kai. Aku tersenyum kelat. "Rindu suasana dulu." Kai terdiam.

"Korang berehatlah, sementara kita masih dalam kapal terbang" kata Nike. Mezz fokus pada pemanduan kapal terbang tu sahaja. Dari tadi dia diam seribu bahasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience