BAB 3

Romance Series 25069

Di dalam perjalanan hendak ke cafe untuk makan bersama Fatin dan Fatimah,aku tidak perasan yang aku sedang menarik tangan mereka berdua.“W..weh!”Fatimah menegur aku semasa aku menarik tangan nya.Aku tidak menghiraukan itu,aku hanya terus berlari sehingga aku sampai ke cafe tersebut.Apabila sampai di cafe aku berasa lega sedikit kerana aku dapat larikan diri daripada Pensyarah Khalif,bukan apa...aku lari sebab aku malu!“Weh kau ni dah kenapa berlari pastu main tarik-tarik je tangan orang!?”Fatimah menegur aku buat kali kedua,“Ohh t...takde apa-apalah...dah lah,jom lah makan...dah lapar dah ni...”Aku menukar topik agar Fatimah tidak berasa curiga ataupun hendak bertanya apa-apa lagi.

“Weh...asal kau lama sangat eh dalam pejabat Pensyarah Khalif tu?”Ketika aku makan bersama Fatin dan Fatimah,secara tiba-tiba Fatin bertanya soalan kepada aku.

“Err...t...takde apa-apalah!”Aku membantah kerana aku tidak ingin berasa malu kerana hal di dalam pejabat tadi,“alah...bagi tau jelah...aku nak tau...”Fatin berkata.“Alah kakak ni...dia taknak bagitau dah lah,yang kakak nak paksa dia berlebih-lebih buat apa!?”Fatimah menegur kakak kembar nya itu,“Kakak nak tau jer...tu pun tak boleh ke?”Fatin merungut.“Yelah kan...mana tahu Ayu ni ada skandal dengan Pensyarah kita tu ke...”Kali ini Fatin berkata lagi sambil ketawa kecil memandang ke arah aku,"Ish! mana ada awak ni Fatin,saya ni tak main tau skandal-skandal orang!tak baik tau kata macam tu!,”Aku mencuit pinggang Fatin kerana aku geram akan gelagat nya yang suka bergurau tidak bertempat.

“Aduh!sakit lah Ayu!”Fatin mengaduh sakit,“Hahahahaha,padan muka!tulah lain kali...bergurau tu bertempat sikit!”Fatimah mengejek kakak kembar nya yang baru sahaja mengaduh sakit.“Ha...betul cakap Fatimah tu,bergurau tu biar bertempat!haa...memang patut pun kena cubit dekat pinggang tu.”Aku ketawa bersama Fatimah,“Hmm...yelah-yelah aku salah,”Fatin mengaku akan kesalahan nya tadi.“Hahahahahaha!!!”Pada akhir nya kami bersama-sama gelak ketawa,selepas sahaja ketawa terus terlintas satu soalan di pikiran ku yang hendak aku tanya kan kepada Fatin dan Fatimah...iaitu...berapakah umur Pensyarah Khalif sebenarnya?

Tanpa berfikir panjang aku pun terus bertanya,“Erm...korang..”Aku menegur Fatin dan Fatimah.

“Korang tau tak berapa umur Pensyarah kita tu?sebab saya nampak,dia macam muda lagi jer...”Aku bertanya,“Entah lah...kitaorang pun tak tau umur dia berapa,tetapi yang kitaorang dengar daripada kalangan pelajar...yang Pensyarah Khalif tu muda lagi.”Kata kedua adik-beradik itu dengan serentak,“Ohh kalau macam tu takpelah...biar aku cari sendiri lah berapa umur dia,”Aku berkata lalu aku mendiamkan diri.

“Masalah nya...kau nak cari umur dia macam mana?”Fatin bertanya kepada aku,“Haah lah,kau nak cari macam mana?eh yang lagi satu...ni dah kenapa,tiba-tiba je kau nak tau pasal umur Pensyarah Khalif tu?”Kali ini pertanyaan Fatimah pula yang aku harus menjawab nya sekaligus.“Ish! korang ni banyak tanya lah,aku tau lah apa yang aku nak buat hehehe...”Aku sudah pun ketawa seperti orang jahat yang hendak berbuat sesuatu,“Hmm...yelah tu ada plan...eh tapi kau jangan meilbatkan kitaorang yer dalam plan kau tu,hah...aku dengan Fatimah tak nak terlibat dalam hal ni...”Fatin memandang aku sambil tersenyum sinis.“Siapa kata yang Fatimah tak nak join?Fatimah nak join,macam best jer!”Fatimah berkata kepada kakak kembarnya.

“Ihh! yelah-yelah...so apa plan kau Ayu?”Fatin bertanya,“Hmph...adalah~”Aku berkata sambil tersenyum sinis.

Selepas sahaja makan,aku dan dua beradik kembar itu terus kembali ke pejabat Pensyarah Khalif untuk memeriksa fail tentang identiti nya.“So...Pensyarah ada tak dekat dalam tu?Fatin bertanya kepada aku yang sedang memerhati kan di dalam pejabat itu,“Takde,so jalan clear!”Aku berkata dengan perasaan yang teruja.“Ok jom masuk!”Fatin dan Fatimah bercakap serentak,ketika aku dan dua beradik itu masuk...kami terus mencari fail tentang identiti Pensyarah Khalif itu.“Ha! saya dah jumpa!”Aku berkata kepada Fatin dan Fatimah,Fatin dan Fatimah terus berlari ke arah aku untuk melihat fail peribadi Encik Khalif tersebut.Ketika aku buka fail dan melihat umurnya...tiba-tiba....“APA UMUR PENSYARAH KHALIF 24!?!?”Aku dan kedua adik-beradik itu bercakap secara serentak.

Dalam dua bulan aku duduk di University akhirnya aku balik ke pangkuan mak dan abah aku di kampung,“Assalammu'alaikum Ayu dah balik..”Ketika aku masuk,tiba-tiba mak aku datang ke arah aku sambil tersenyum.“Err...mak dah kenapa tersenyum dekat Ayu macam tu...macam ada benda jer..”Aku berkata sambil tersengih,“hmm...ni...mak ada benda nak bagitau kamu.”Mak aku berkata kepada aku dengan tersenyum manis,“Apa dia mak?”Aku menyoal mak aku.“hmm...ni ada orang datang nak masuk minang Ayu~”Mak berkata.“APA?NAK MASUK MINANG AYU!?”

:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience