BAB 18 (PEMBUNUHAN)

Zombie Series 1354

Selepas mereka selesai bermandi-manda, Hakim, Adam dan Danial berjumpa dengan Harry untuk menyatakan rancangan mereka. Mereka berempat duduk di bahagian perabot iaitu tempat tidur. " Maaf Harry, saya dan budak-budak sebenarnya nak minta maaf sekali lagi kerana kami ingin beredar dari sini untuk mencari keberadaan ayah kepada budak-budak ini.Jadi saya nak minta untuk ambil sedikit bekalan untuk perjalanan kami ke Keyah. " Hakim meluahkan. Harry berfikir sejenak. " Umm, jadi kamu bertiga sudah tekad. Tapi kamu pasti yang bapa mereka selamat?" dia menyoal. "Yup, papa selamat kerana pak cik kami maklumkan yang papa selamat di tempat kerjanya di Keyah dan selepas kami bertemu papa kami akan berlindung di kem Whoops. Kem tu tempat saudara-mara saya berlindung." Adam memberitahu walaupun dia agak ragu dengan pernyataannya kerana surat terakhir daripada Hathen. " Kem Whoops! Kamu dapat berlindung di sana? Bagaimana pula dengan kem Phinnie kerana kem itu paling selamat dan berada di luar pulau ni." Harry tertanya. " Saya tak pasti tapi mengikut apa yang diberitahu, kami perlu jumpa papa dan pergi ke kem Whoops iaitu tempat perlindungan askar dan kemudian terus ke Phinnie milik atuk. " Danial memberitahu. "Ouh ye kem Phinnie lupa."Adam menepuk dahinya kerana dia hanya mengingati akan kem Whoops sahaja. " Jadi betul kamu adik-beradik adalah cucu kepada keluarga Abymel. Ouh ye Aby! Kalau begini kami juga mahu ikut kamu kerana setahu saya untuk berlindung di dua kem tersebut kamu perlu mempunyai hubungan dengan orang terpenting seperti keluarga Abymel. Bila kamu semua akan beredar?" Harry menyoal. " Mungkin secepatnya kerana kami nak jumpa papa." Adam memaklumkan. Baiklah nanti kita akan berbincang pada keesokannya dan kamu boleh ambil dahulu bekalan. Saya akan maklumkan pada semua kelak. Saya perlu ikut majoriti sama ada yang lain mahu kekal di sini atau pergi berlindung di kem tentera." Harry berkata dan kemudian mereka bersurai.

Selepas itu, mereka bertiga turun di bahagian bawah. "Abang banyak jenis beg galas ni? Tapi baik kita ambil beg camping." Danial menyoal. " Yup, lebih mudah kita bergerak. Tapi tak perlu isi banyak barang sebab nanti semua akan ikut kita. " Adam membalas. " Apa kata macam ni, kita bawa barang berbeza contohnya abang akan bawa makanan dan air dalam beg abang sebab berat jadi Adam isi pakaian dan barang mandi seperti pouch beg sementara Danial letak barang lain macam first aid,lampu suluh dan lain-lain. Tapi Adam kamu perlu sorokkan pistol dan peluru bawah pakaian untuk kecemasan dan abang akan bawa sebilah pisau dan satu pemukul besbol." Hakim memberitahu dan dipersetujui oleh adik-beradik tersebut. " Saya nak beritahu yang Pak cik Smith dia nampak video daripada CCTV berkenaan Luke yang makan daging mentah. Bila abang tengok memang pelik sebab Luke mamah mentah tambahan lagi dengan darah daging. Patutlah kamu takut adik." Adam memaklumkan. "Oh,bagus kalau begitu! Kita ada bukti pasal kelakuan pelik Luke. Tapi Smith ada cakap apa-apa?" Hakim menyoal. "Smith nak jumpa Luke dan tanya sendiri sambil dia berpesan juga jangan cakap siapa yang intai Luke tu Danial dan untuk langkah berjaga-jaga." Adam membalas. Kalau boleh abang Hakim kena teman Pak cik Smith kerana saya takut terjadi apa-apa yang buruk. Dia ada beri saya pendrift yang rakam video Luke." Adam menepuk poket pada seluar trek kirinya. Lalu selepas mereka siap mengemas dan memasukkan beg mereka ke dalam sebuah kereta yang diberikan kunci oleh Harry yang terletak di bahagian luar parking sebelah kolam renang. Hakim terus ke atas bagi mencari Smith dan Adam dan Danial menyertai Mai bermain di kawasan rak mainan.
Smith melihat Luke masuk ke dalam tandas di bawah dan sebaik sahaja Luke keluar dia menahan Luke. " Ye Smith nak apa daripada saya?" Luke menyoal kerana Smith menghalang laluan keluar. " Luke saya nak tanya kamu buat apa semalam di bawah ? Saya lihat kamu di dalam CCTV." Smith terus menyoal. Tiba-tiba bahu Smith dipegang. " Smith nanti boleh borak dengan Luke lepas senja sebab saya perlu bantuan mustahak daripada dia berkenaan senapang snipper saya sebab dia pun tahu guna. Nanti kita jumpa di atas atap sebab saya nak bagi barang yang kau suruh baiki. Saya tak bawa pula sebab terjumpa kau di sini. Selepas urusan saya dan Luke selesai saya terus bagi barang kau. Okay?." David menyoal. " Ok, nanti kita jumpa senja ni. " Smith berlalu pergi dan berasa curiga. " Sejak bila David rapat dengan Luke. " dia terfikir. Selepas solat maghrib Adam dan Danial mengikuti Hakim untuk memasak kerana sekejap lagi Hakim perlu ikut Smith selepas Hakim meminta izin Smith untuk turut serta. Uasi 20 minit Hakim dan Smith beredar dan mereka tidak melihat kelibat Luke dan David.
Smith dan Hakim menaiki tangga dengan penuh cemas. " Hakim kamu yakin mahu ikut saya? Kamu kena selamatkan diri jika terjadi apa-apa faham." Smith mengingatkan dan dipersetujui oleh Hakim. Pintu dibuka dan mereka melihat sekeliling dan keaddan agak gelap. " Mana mereka berdua?" Smith menyoal dan mereka berjalan berhati-hati dan menutup pintu tangga. Smith melihat bayangan Luke dan mahu memanggilnya. "Bang". Smith rebah dan jatuh tersembam. Hakim terkedu dan memeriksa Smith di dalam kegelapan. "Encik Smith! Bangun encik?" Hakim memeriksa dan terkejut melihat darah keluar daripada dahi Smith dan lubang hasil tembakan peluru. Hakim cemas dan melihat sekeliling dan segera bangun beredar ke arah pintu tangga. Sebelum Hakim sempat mencapai tombol pintu kepalanya di pukul kuat dan Hakim rebah. David melihat Hakim. "Kita perlu bunuh juga dia ni?" dia menyoal. "Tak perlu kita sorokkan dia dan tuduh dia yang bunuh Smith. Lebih mudah jika adik-beradik tu hilang tempat bergantung dan mudah aku nak dapatkan si abang." Luke gelak dan melihat badan Smith. Luke bertukar menjadi zombi sepenuhnya dan meratap bahagian atas badan Smith dan akibat David jijik melihat situasi itu dia menarik kaki Hakim dan memasukkan Hakim ke dalam sebuah guni dan mengikat tangan dan kaki Hakim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience