Chapter 1

Family Series 1448

Syahid, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, menghadapi kehidupan yang penuh cabaran sejak kecil. Ibunya dan bapanya tidak diketahui ke mana pergi. Sejak usianya setahun, dia sudah dijaga oleh neneknya. Diusia begitu dia masih tidak mengerti apa-apa. Tetapi bila semakin besar, dia mula mengambil tahu tentang keberadaan ibu bapanya.

Pernah dia bertanyakan beberapa kali keada neneknya. Jawapan nenek tetap sama. Ibu dan ayahnya tinggal dikota besar. Mereka tidak dapat balik menjenguk Syahid kerana hidup disana terlalu sibuk.

Bertahun-tahun, sekali pun dia tidak pernah merasa kasih sayang ibu dan ayah seperti kawan-kawannya yang lain. Sehingga akhirnya dia terpaksa berhenti berharap ibu ayahnya balik menjenguknya dikampung.

Nek Kiah yang kini berusia 60 tahun, masih punya kudrat menjaga Syahid dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sedikit tidak pernah mengeluh meskipun hidup serba kekurangan. Apa yang dia ada itulah dia sediakan untuk cucunya. Hasil jualan kerepek ubinya setiap kali raya, memang tidak menang tangan. Tetapi hasil jualan itu banyak manalah untuk dia menampung kehidupan dia dan cucunya. Syahid yang masih bersekolah memerlukan duit yang banyak. Kadang-kadang dia tidak mampu menyediakan apa yang dimahukan cucunya.

"Petang ni, jom kita main bola."

"Tak boleh. Aku ada kerjalah nak buat. Kau ajaklah orang lain."

"Kau ni asyik sibuk dengan kerja aje. Tak kanlah tak ada masa nak main? Kerja apa yang kau buat?"

"Haa tulah kau tak tahu. Tahun ni aku nak kumpul duit raya banyak-banyak. Nanti dapatlah aku beli kasut baru. Kasut yang kita tengok hari tu. Harga dia Rm99.90. Aku nak beli. Jadi kenalah tolong mak aku berniaga. Nanti dapatlah kumpul duit nak beli kasut baru."

"Mak kau berniaga apa?"

"Kuih kat bazar ramadan. Lepas asar aku pergi tolong mak aku kat gerai sampai maghrib. Malam pula, aku buat kerja sekolah."

"Tak penat ke?"

"Penatlah tapi seronok dapat upah dari mak aku. Eh dahlah, aku balik dulu. Nanti lambat tolong mak aku beli barang nak buat kuih."

Suatu hari, di tengah-tengah kesibukan di bazar menjual makanan, Syahid terpaku melihat kuih semperit yang dijual oleh emak Omar.

Dia selalu mendengar cerita Omar membantu emaknya menjual makanan di bazar Ramadan. Kerana teruja ingin tahu, Syahid ke bazar melihat makanan apa yang dijual Omar dan emaknya.

"Omar!" jerit Syahid apabila ternampak temannya disatu gerai bertulis Kuih Talam Warisan.

"Eh Syahid? Kau nak beli kuih ke? Bagitahu kau nak yang mana. Aku boleh bungkuskan."

Terpegun Syahid tiba-tiba. Angin yang memenuhi perutnya dan air liurnya hampir menitik melihat kelazatan kuih-muih jualan Omar. Semuanya membangkit selera. Dia jarang untuk dapat makanan semewah itu. Hanya pemberian yang bersedekah daripada orang-orang saja barulah dia dan nenek akan merasa.

"Boleh ke aku nak kuih semperit tu? Tapi....aku ada lima ringgit je. Tak apa ke?"

Omar dan emaknya berpandang sesama sendiri.

"Kalau lima ringgit mana cukup. Kuih ni satu bekas Rm25. Kan mak?"

"A ah Rm25. Ni harga biasa je. Kalau kat tempat lain Rm35 dah. Kalau jual lima ringgit rugilah mak cik, nak. Barang nak buat kuih ni mahal sekarang."

Syahid melihat harga yang ditertera pada kad tanda harga. Satu-persatu dilihatnya. Sayang, keinginannya sirna seketika. Dia sedar dia tidak mampu membeli kuih-muih jualan Omar kerana dia tidak punya wang yang banyak. Dengan hanya seringgit, manalah cukup untuk dia mendapatkan makanan yang dia mahu.

"Tak pelah, Omar. Nanti aku balik minta duit dengan nenek aku. Tadi aku nak cepat sampai terlupa nak minta."

Dengan hati yang berat, Syahid pulang ke rumah, memikirkan kuih semperit yang dia suka itu. Dia ingin sekali menjamu selera dengan kuih tersebut, tetapi dia tidak ada duit untuk membelinya. Keinginannya terpaksa ditolak ketepi. Lima ringgit yang dibawanya itu tidak cukup untuk membeli sebalang kuih semperit.

#cerpen #authorciciaida #author #reading #lovereading #penulisnovel #cerpenraya #ceritaramadhan #raya #dollowers #highlights

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience