Bab 4

Romance Series 8464

"saya mintak maaf atas kesalahan saya yang lalu" rayu Dato' Mizan dengan nada hampa.

"saya maafkan tapi saya tak dapat terima! saya bersama awak dari susah hingga senang.. dari awak bukan siapa-siapa hingga berpangkat! saya sentiasa bersama awak! tapi itu yang awak hadiahkan!" luah Datin Roziah kecewa.

"tapi dah berlalu dan saya dah tak ulangi" rayu suaminya lagi. sambil mengeluh entah apa harus dia lakukan untuk melembutkan hati milik isterinya itu.

"cukup bertuah saya masih biarkan dia hidup! dan cukup bertuah abang masih dapat tengok dia sampai sekarang!" marah Datin Roziah.

kata-kata Datin Roziah membuatkan Dato Mizan hilang kata dan kembali membisu. lalu dia keluar dari kamar itu, membiarkan isterinya terus melayan perasaan duka dan amarahnya.

*******

tangisan Nur Qawi masih bersisa, dia hanya terperap dari pagi hingga ke malam di dalam kamarnya tanpa makan walaupun sedikit. ketukan pintu yang dari tadi di buat oleh Maisarah kini tiada lagi. pujukan darinya juga tidak kedengaran lagi.

perlahan-lahan Nur Qawi bangun dan siapkan diri untuk membersihkan diri. rimas dengan air mata juga rimas dengan tubuhnya yang sudah rasa melekit. nasib baik biliknya sudah lengkap dengan bilik air dan tak perlu lagi untuk dia keluar dari bilik.

usai mandi Nur Qawi terus membaringkan dirinya di atas katil semula. sedihnya belum reda. dia menoleh ke kanan dan ke kiri Mencari keselesaan. kemudian menekup wajahnya cuba membuang rasa sedih namun tidak berjaya.

pelbagai cara Nur Qawi lakukan agar kejadian pagi tadi dilupakan namun tetap juga Teriang-iang di ruang fikirannya. satu keluhan berat dilepaskan. Entah kenapa dia mendapat idea untuk mendail nombor telefon lelaki semalam.

tanpa berlengah lagi Nur Qawi menyelongkar beg sandangnya. dia cuba ingat di mana dia menyimpan cebisan kertas kecil yang di beri lelaki semalam. tidak beberapa lama kemudian akhirnya kertas yang dicarinya itu terjumpa di celah antara barang-barang yang lain, juga telah menjadi kecil dek kerana terlipat.

setelah menaip nombor tersebut Nur Qawi termenung sejenak memikirkan apa betul tindakannya? di lihat lagi nombor telefon di skrin handphonenya.

"hhhmm.. coll je lah.. " katanya serentak menekan dail.

namun hampa kerana panggilannya tidak dijawab. ada rasa kecewa sedikit terus mematikan panggilan kemudian diletakkan handphone itu di rak disisi katil. baru sahaja hendak melelapkan mata tiba-tiba.

Nur Qawi dikejutkan oleh deringan dari handphone tanda panggilan masuk minta di jawab.lantas Nur Qawi menggapai handphonenya tanpa melihat siapa gerangan yang menelefon terus menjawab.

"Assalamualaikum.." sahut satu suara garau perlahan tapi masih jelas.

Nur Qawi tersenyum girang hampir terjerit gembira namun kembali sedar. 'gatal!' tegus hatinya memarahi diri sendiri.

"Waalaikumsalam" balas Nur Qawi dalam getar.

"saya ingatkan Qawi dah tak sudi nak telefon saya. penat saya tunggu" ada keluhan sedikit dari Fahd dalam percakapannya.

"mana awak tahu ni Qawi?" tanya Nur Qawi

"tahu! sebab mana ada saya kasi nombor saya dengan perempuan lain.. kecuali awak" mendengar jawapan dari Fahd hati Nur Qawi agak terusik namun cepat-cepat menepis perasaan itu.

"kenapa tadi saya coll tak jawab?"

"saya kan kerja malam.. jadi saya tak jawab sebab ada kerja saya buat." terang Fahd

"oohh.. maaf.. sorry.. nganggu awak" Nur Qawi serba salah.

"nanti saya habis kerja saya coll okey?"

"okey" baru sepatah Nur Qawi berkata talian sudah diputuskan. Nur Qawi terpana seketika.

'tak habis cakap lagi dah letak!' keluh Nur Qawi lalu menghempas handphone di sisinya lalu baring dan cuba melelapkan mata semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience