BAB 1

Romance Completed 24747

Laju langkahnya dihayunkan masuk ke bangunan yang besar itu beserta dengan senyuman yang manis. Sebaik tiba di kaunter pertanyaan, semakin lebar senyuman di bibirnya.

‘Wah, bahagianya tengok ofis ofis ni!’ Bisik hatinya.

“Selamat datang ke Syarikat Azra Hodlings, ada apa-apa yang nak saya bantu?” tanya pekerja yang berkot merah dengan kaca mata ala-ala oldschool di kaunter pertanyaan.

“Assalamualaikum, Saya Miss Adriana Arman, saya ada temu duga dengan Pengurus Projek Syarikat ni.” jawabnya dengan muka yang happy dan excited sangat.

“Okay, boleh tunggu sebentar? Saya nak buat panggilan.” pekerja berkot merah itu terus mengangkat telefon dan menekan nombor untuk membuat panggilan. Andriana hanya mengangguk dan senyum menunjukkan dia okay untuk menunggu.

Mata Adriana liar melihat bangunan besar yang berdindingkan kaca hitam dan putih. ‘Kaya sangatlah orang yang punya Syarikat ni.’ bisik hatinya, namun setelah lama berdiri didepan kaunter pertanyaan, dengan perasaan yang gelisah, bercampur nervous dan tak sabar, matanya liar jugak mencari nama pekerja yang berkot merah, tapi tak nampak tag nama dia.

“Ehmm apa eh nama dia ni? Esh! Lamanya dia bercakap ngan orang atas ke boyfriend, aku dah lenguh kaki berdiri ni, tak tau ke? Cakap tunggu sebentar, tapi macam dah lama sangat ni!” ingin saja Adriana bersuara tapi… ‘Ni kan hari pertama temu duga di Syarikat ni, kenalah sabar wahai hati, sabar okay Ana.’

“Morning Rina, ada meeting tak hari ni? Or anything else?” Suara lelaki garau dari belakangnya. Sempat mulut Ad menyebut ‘Oh, Rina nama dia.’ Kemudian Adriana memusingkan kepalanya untuk melihat siapa lelaki yang bersuara dari belakangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience