BAB 9

Spiritual Completed 1351

“Cantiklah baju ni kalau sayang pakai.” puji Khaiyi apabila aku memegang baju blaus itu dengan niat mahu merasai kelembutan kainnya.

“Ambillah baju tu.” suruh Khaiyi. Aku menuruti kata-katanya. Aku pergi ke kaunter bayar bersamanya. Selesai membayar, Khaiyi menyuruh aku memilih tempat untuk bersarapan. Aku hanya memilih restoran melayu sahaja dengan aroma masakan kampung membuatkan aku selera sangat.

“Sayang suka lauk kampung. Abang pun suka juga. Samalah selera kita kan?” aku tergelak kecil. Puncline kah tu? “Eleh abang sibuk je. Apa yang Lia suka semua abang suka, ya.” Khaiyi tergelak. “Mestilah. Sebab tu abang suka kat sayang.” aku tergelak.

“Sayang, kalau abang nak cerita tentang kisah silam abang, sudi ke sayang nak dengar?” aku tersenyum. Kisah silam aku lagi teruk abang Khaiyi sayang. Macam manalah aku nak ceritakan kisah silam aku ini?

“Ya abang, sayang sudi mendengarnya.” jawab aku sambil tersenyum. Aku seperti lihat air mata Khaiyi bertakungan pada tubir matanya. “Dulu abang jahat sangat, abang… abang…” Khaiyi tergagap. Aku hanya merenung wajah sedihnya itu.

“Abang kaki perempuan. Abang kaki arak dan abang pernah sentuh dadah.” aku tergamam tapi aku tidak bertindak melulu. Aku masih mendengar dengan tekun apa penyebabnya.

“Abang bodoh terlalu ikutkan pengaruh kawan-kawan. Seawal usia 12 tahun abang sudah berjinak dengan rokok sebab kawan ajak mencuba. Abang ni jenis suka mencuba benda yang baru sampailah satu kampung dulu yang abang tinggal tidak suka dengan abang.” aku terdiam.

“Bila abang nak berubah sikit-sikit, susah sangat. Sampai satu hari abang dapat hidayah Allah, berjumpa dengan sayang dari jauh. Hari-hari abang nampak sayang . Abang malu ketika itu nak dekat dan berkenalan dengan sayang. Jadi abang ambil keputusan untuk cuba berubah dan belajar pendidikan agama sedikit demi sedikit. Abang niat kerana Allah SWT yang abang nak berubah. Abang tak nak dah ambil dan buat semua benda tu. Abang hari-hari doa supaya Allah jodohkan abang dengan sayang. Dan akhirnya Allah makbulkan doa abang yang teruk ni. Abang tak layak..” khaiyi menangis. Aku memeluk bahunya. “abang jangan nangis. Lia sedih tengok abang macam ni. Semua pernah buat salah. Setiap saat kita dapat dosa, pahala susah nak perolehi. Takpelah sayang pun gembira dapat jumpa abang ketika abang masih dalam proses perubahan bolehlah kita sama-sama belajar mengenali Allah. Kita abaikan manusia yang sentiasa tidak berpuas hati dengan kita. Ok?” aku cuba memujuk dia.

“Baik sayang. Terima kasih sebab terima abang.” aku mengesat airmatanya. “dulu sayang macam abang jugak cuma sayang dulu tak pernah ada kawan lelaki. Sayang dulu kuat menipu, suka reka cerita dan macam-macamlah. Sayang dah tak nak ingat semua tu. Niat sayang nak berubah menjadi hamba Allah dan fokus kepada ibadah serta rumahtangga kita. Banyak lagi cabaran yang perlu kita tempuh…” Khaiyi memelukku erat kemudian mencium dahiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience