Bab 7

Other Series 2183

Hana bangun. Hana melihat sekeliling. Qilla tidur! Sambil handset dipegangnya! Mungkin terlena. Fikir Hana. Hana bangun dari katil lalu segera menuju ke bilik air. Dia sempat melihat ada Nasi bungkus. Mesti si Qilla beli ni! Hana tersenyum. Dia menunaikan solat dan selepas itu terus makan. Hana melihat Qilla masih belum bangun. Terus dia mengejutkannya. `Qilla.. Qilla.. Bangun'.gerak Hana. Aku mengeliat seketika. Terus mataku terbuka sebaik melihat Hana. `Kau dah okay ke? 'soalku. Aku bangun dari baring. `Dah. Ni kau dah solat belum? Kalau belum, kau gi lah solat lu, lepas tu kau habiskan nasi aku tu. Aku tak larat nak habiskan'. Ujarnya. Aku mengangguk. Aku terus menuju ke bilik air dan aku keluar dari bilik air, aku terus solat. Usai solat aku terus makan`Betul kau tak nak dah ni? 'soalku. Hana mengangguk. `Tadi lecturer bagi kerja apa?' soalnya. Aku terus memberitahu kerja yang diberikan oleh pensyarah. Hana mengeluh. `Kerja aku yang ni pun belum siap. Ni dah dapat kerja baru. Letih aku macam ni'. Adu Qilla. Aku tergelak kecil. Tiba-tiba aku teringatkan Khairul. Boleh jugak aku ajak si Khairul ni buat kerja sama-sama. Boleh ajak si Hafi sekali. Fikirku. `Alahh.. Takpe.. Kita buat sesama.. Kita boleh ajak Hafi ngan Khairul sekali buat sesama. Lagi mudah kerja kita. And cepat sikit siap'. Balasku. Senyap seketika. `Kau nak ke? 'soalku setelah melihat Hana hanya mendiamkan diri. `Ikut je'. Jawabnya pendek. Aku tersenyum. `Nanti aku call dia' balasku. Aku menyuapkan nasi ke dalam mulutku. Memang adat kami jika makan, tidak perlu bercakap. Usai habis makan, aku membuang bungkusan nasi itu ke dalam tong sampah. Aku segera membasuh tangan dalam bilik air. Usai itu, aku terus mencapai handsetku. Aku mendail nombor Khairul. Lama jugak menunggu si Khairul ni untuk menjawab. `Hello'. Sapa Khairul. `Hello. Khairul. Aku ni qilla'. Balasku. `Ha Qilla? Nak apa? 'soalnya. Aku menjeling Hana sebelum menjawab. `Ni aku nak tanya ni.. Kau dengan Hafi nak tak buat kerja yang lecturer bagi tadi dengan aku dan Hana? Kalau nak kita boleh jumpa petang ni atau malam ni'. Balasku. Hana yang mendengar perkataan `malam' dan `petang'tersentak lalu terus memandang Qilla. Gila apa minah ni nak buat macam-malam? Kalau ye pun, buatlah esok ke apa ke. Ni malam ni. Bebel Hana dalam hati. `Oooo yeke.. Boleh memang boleh.. Lagipun aku nak jumpa dia LA weii.. Nanti aku ajak hafi'. Balas Khairul pulak. Hafi yang terdengar namanya disebut pantas memandang khairul yang berada di sebelahnya. Asal nama aku keluar ni? Kenapa Qilla call Khairul? Bukan aku? Ehh kau ni Hafi. Lantaklah dia nak call sesiapapun. Kau bukan ada hubungan dengan Qilla. Cakap Hafi sekadar dalam hati. `Okay.. Tapi kalau boleh.. Erm.. Ajaklah Hafi sekali'. Balasku. Entah kenapa aku teringin nak jumpa hafi.`Okay. Bye Qilla. Assalammualaikum'.balasnya.`Waalaikummussalam '. Balasku. Aku mematikan talian. Aku tersentak apabila Hana membalingkan bantal ke arahku. `Kau apahal Hana? Tertiba baling bantal kat aku'.ujarku.`Kau tanya aku kenapa? Kau tu yang kenapa? Yang Kau cakap kat Khairul yang nak lepak malam ni buat apa?' balasnya. Aku yang mendengar tersengih. Tahu yang Hana tak suka keluar memalam. `Alahh.. Bukan selalu pun.. Malam ni je.. Jom lahh'. Pujukku. `Yelah.. Yelah.. Tapi ingat.. Malam ni je'. Balas Hana. Hana hanya tersenyum menang. `Dah jom siap. Nak dekat maghrib ni'. Ajak Hana. `Haih.. Tadi punya marah.. Ni kau pulak tak menyabar.. Kenapa? Tak sabar nak jumpa Khairul ke? 'gurauku. Dengan pantas aku berlari masuk ke dalam bilik air lalu menguncinya. Hana yang ingin membalas tidak jadi apabila melihat Qilla sudah lari. Tau takut! Ujar Hana dalam hati. Hana tersenyum sendiri. Dia akui yang dia punya perasaan pada Khairul. Tapi dia takut. Lagipun dia masih tak bersedia. `Aku sayangkan kau'. Ayat Khairul masih tersemat kemas dalam ingatannya. Hana memandang tangannya yang dipegang oleh Khairul. Hana tersenyum lagi. Namun hanya seketika apabila melihat Qilla sudah keluar dari bilik air. Dia merenung Qilla tajam. Aku yang perasan akan renungan tajam itu pantas berpaling. `Dah tak payah nak buat muka serius sangat. Pergi siap. Kita solat maghrib sesama. Ni dah nak dekat masuk maghribb dah ni'. Ujarku. Hana mengangguk. Dia terus masuk ke dalam bilik air. Aku tersenyum. `Hafi'. Panggil Khairul. `Apa? 'soalnya. `Jom ikut aku buat kerja yang lecturer bagi tadi. Kita buat sesama dengan Qilla dan Hana. Lagipun kalau kita buat berdua je, aku tak tahu sangat nak terangkan kat kau macam mana. Kau ni dahlah blur sikit orangnya. Tulah tak datang lagi tadi'. Ujar Khairul. Sempat lagi dia perli sahabatnya itu. `Amboii.. Sempat kau perli aku ye.. Yelah.. Aku ikut.. Aku nak ambik air sembahyang lu'.balas Hafi. Khairul mengangguk. Hafi terus menuju ke bilik air. Selepas itu, diikuti pula dengan Khairul. Hafi memulakan solat dahulu. Khairul yang keluar dari bilik air melihat Hafi sudah solat. Ceh. Bukan nak tunggu aku budak ni. Ujarnya dalam hati. Dia memulakan solat. Aku memandang Hana. `Dah siap? 'soalku. Hana hanya mengangguk. `Jom'. Ajakku. Kami pun keluar dari bilik lalu seperti biasa aku mengunci pintu. Kami bergerak dan menunggu di depan asrama kami. Aku lihat Hana sedang ralit dengan handsetnya. Aku hanya membiarkan sahaja. Aku pun sebenarnya ralit jugak dengan handset. Tak sampai 10 minit kami berdiri, kami melihat sebuah kereta berhenti di hadapan kami. Kami berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum. Khairul dan Hafi keluar dari kereta. Pakai kemeja? Dedua pakai kemeja? Nak buat kerja je kot. Bergaya sungguh. Omelku dalam hati. `Hai. Lama ke tunggu? 'soal Khairul. Dia ralit memandang Hana yang sedang menunduk.Sengaja dia berdiri di hadapan Hana. Aku tersenyum melihatnya. `Taklah.. Kami pun baru turun je'. Balasku. `Jomlah kita pergi sekarang'. Ajak Hafi pulak. Hana yang mendengar pantas mengangkat mukanya. Terkejut sikit. Sebab bajunya dengan baju Khairul sama! Biru! Tetapi dia hanya buat tak tahu saja. `Jomlah'. Ajak Hana pula. Aku tersenyum. Aku tahu yang dia berasa tak selesa apabila Khairul asyik memandangnya. Apatah lagi baju mereka pun sama. Baju aku dengan Hafi pun sama. Warna merah! Tapi aku tidak merasa apa-apa. Kami bergerak menuju ke kereta. Kereta pun meluncur laju. `Kita nak lepak kat mana? 'soalku. `Kat kedai makanlah' balas Khairul. `Aku taulah kedai makan! Tapi kat mana! Balasku geram. Khairul tergelak kecil. `Ikut jelah aku dengan Hafi. Kalau lepak kat hotel pun okay gak'. Balasnya. Sepantas itu juga dia dengan Hafi ketawa. Aku dan Hana hanya pandang sesama sendiri. `Takdelah Qilla.. Hana.. Kita pergi kedai makan jauh sikit dari sini'. Jawab Hafi. Kami hanya mendiamkan diri. Khairul berhentikan keretanya. Kami melihat sekeliling. Mewah! Biar betul Hafi dengan Khairul ni? Ajak kami ke sini. Tapi kami tetap turun juga dari kereta. `Jom'. Ajak Hafi. Kami berjalan beriringan. Aku yang ingin duduk, Hafi terlebih dahulu sudah memilih meja. Aku terpaksa menurut. Tak tahu macam mana, aku boleh duduk sebelah Hafi manakala Hana duduk sebelah Khairul. Kami berpandangan seketika. Aku perasan yang Khairul dan Hafi hanya tersengih melihat kelakuan kami. `Kita makan dululah'. Ujar Hafi. Hafi terus mengangkat tangan untuk memanggil pelayan. Rambang mataku dengan mata Hana memilih. Akhirnya aku memilih nasi goreng kampung manakala Hana seperti biasa nasi ayam. `Korang, aku gi tandas jap '. Ujar Hana. Kami mengangguk. Dia pun bangun dan terus menuju ke tandas. Setelah aku melihat Hana sudah tiada pantas aku bersuara. `Yang korang bawak kami ke sini buat apa? Kita nak buat kerja kan? Ni siap bawak ke kedai mewah lagi'.ujarku. Agak tinggi. `Sorry lah Qilla. Kami memang nak buat kerja. Tapi kita makanlah dulu'. Ujarnya. Aku malas nak melayan. `Okaylah.. Aku gi tandas kejap '. Ujarnya. Damn! Takkan aku tinggal dengan Hafi ni? Jadi tak selesa aku dibuatnya. Aku hanya mendiamkan diri. `Qilla'. Panggil Hafi. Aku hanya memandang. `Asal kau senyap? 'soalnya. `Saja.. Aku tak tahu nak sembang apa'. Balasku. Aku Cuma tersenyum. Hafi turut tersenyum padaku. Nasib Hana sudah sampai! Takdelah aku gabra sangat! `Mana Khai? 'soalnya. Aku tersengih sebelum menjawab`Dia gi tandas'. `Yang kau ngan Hafi ni tersengih ni kenapa? Aku tanya je kan '. Balasnya. Geram melihat Qilla dan Hafi. Kami hanya ketawa melihat muka Hana. `Kau dah Sihat ke?' soal Hafi. Hana hanya mengangguk. `Sorry lambat'. Ujar Khairul yang tiba-tiba datang. Dia terus duduk di sebelah Hana. Hana hanya menjeling dia sekilas. `Cepatlah makan.. Lepas tu boleh kita bincang pasal kerja kita ni'.arah Hana. Kami hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience