BAB 1

Drama Completed 141020

JAM di tangan dilirik sekilas. Sudah jam 8.47 pagi. Kepalanya menjengah setiap kali pintu lif terbuka. Namun orang yang dinanti tetap tidak muncul tiba. Bosan menunggu Najiha bergerak menghampiri pengawal keselamatan di hadapan pintu wad.

" Awak tunggu siapa dik? Dari tadi akak tengok awak terjengah setiap kali pintu lif tu terbuka" soal pengawal keselamaran wanita berbaju seragam putih.

" Tunggu Dr Fazlan kak", jawab Najiha dengan senyuman.

" Biasanya doktor tengah round wad lagi masa ni",

" Ya agaknya kak. Tadi saya telefon doktor, doktor suruh tunggu dekat sini", Najiha menjawab sopan.

" Oh kalau dah telefon tu tak apalah. Tunggu kejap-kejap lagi doktor keluar la tu",

" Ya lah kak", Najiha tersengih sahaja.

Najiha melayan sahaja pengawal keselamatan bernama Normah itu mengajaknya berbual. Macam-macam topik bualannya. Sambil itu matanya turut melihat orang yang keluar masuk dari pintu lif. Lama juga menanti sehingga panggilan namanya menyapa pendengaran.

" Najiha", Najiha pantas berpaling saat namanya dipanggil. Matanya tertumpu melihat lelaki itu yang sedang menuruni tangga. " Jom ikut saya", tanpa sempat Najiiha membalas laju sahaja lelaki itu berjalan. Fikirnya lelaki itu akan keluar dari lif tetapi datang dari bahagian tangga pula. Langsung dia tidak terfikir tadi.

Ya Allah. Lajunya doktor ni jalan. Jalan ke lari ni. Gerutu Najiha dalam hati. Najiha juga melajukan langkahnya. Tahu selalunya doktor doktor memang berjalan laju. Mengejar masa kerana banyak kerja yang mahu diselesaikan pada hari yang sama.

Pintu wad dibuka dan belum sempat Najiha melepasinya Fazlan terus melepaskan daun pintu.

Aduh! Dahi Najiha terhantuk pintu.

" Ops sorry. Sorry. Kenapalah awak tak tahan pintu tu", suara Fazlan serba salah apabila melihat Najiha memegang dahinya.

" Tak apa doktor sikit je", Najiha tersengih menahan malu.

" Sikit apa. Berdarah dah tu", Fazlan menghampiri Najiha.

Najiha yang agak cemas mendengar perkataan darah terus meraba dahinya.

Tak ada pun!

Matanya mencerlung tajam memandang lelaki itu yang sedang mentertawakannya. Selamba sahaja lelaki itu berjalan meninggalkannya.

Cis! Berani dia mainkan aku!

Najiha berhenti di kaunter apabila lelaki itu mengambil sehelai kertas di pigeonhole.

" Bagi IC",

Najiha meraba beg yang dibawanya dan mengeluarkan kad pengenalan lalu terus dihulurkan kepada lelaki itu.

" Awak tak kerja ke hari ni?", soal Fazlan memandang sekilas sambil menulis sesuatu pada borang di tangannya.

" Sekarang cuti sekolah doktor",

" Oh. Datang dengan siapa?",

" Kak Nasuha dengan ibu", balas Najiha memandang wajah lelaki yang pernah dipuja Nasuha kakak sepupunya itu. Dia tahu pun selepas bercerita dengan Nasuha beberapa bulan lepas. Ya. Sewaktu dia disahkan mengalami masalah buah pinggang kerana glumerulnephritis. Dia disoal Nasuha siapa doktor yang merawat. Dan akhirnya Najiha teringat dia pernah terserempak dengan lelaki itu bersama Nasuha bertahun dulu.

Fazlan terdiam.

" Nanti krim salam dengan ibu" serius nada suara Fazlan.

" Kak Suha?", berani pula Najiha menyoal.

" Dia isteri orang Najiha", serius suara Fazlan. Tidak suka dengan gurauan gadis itu.

" Kak Suha dah berpisah dengan suami dia. Dah setahun pun. Sekarang ni Kak Suha tinggal dengan saya dengan ibu", entah mengapa laju sahaja mulutnya berbicara. Terhenti terus pergerakan tangan lelaki itu. Wajahnya diangkat memandang wajah gadis berusia 25 tahun itu.

" Oh", itu sahaja jawapan balas daripada lelaki itu.

" Hmm", balas Najiha. Canggung pula bila melihat wajah serius lelaki itu. Selalunya lelaki ini ceria sangat orangnya.

" Pergi MOPD bagi borang ni. Nanti staf akan bagi tarikh temujanji", Fazlan menyerahkan borang yang ditulis tadi kepada Najiha.

" Okay. Terima kasih", Najiha tersenyum manis.

" Terima kasih je?",

" Oh. Saya ada coklat. Doktor nak?", soal Najiha lurus sambil menyelongkar beg tangannya. " Nah. Tapi beryls la. Doktor makan tak? Ke doktor makan coklat oversea",sambil bersuara dia menghulurkan juga coklat di tangannya.

" Makan je la. Thanks", selamba Fazlan menyambut huluran gadis itu.

" Okay doktor. Saya balik dulu. Assalamualaikum",

" Waalaikumsalam. Eh. Jangan lupa hantar dulu borang tu sebelum balik",

" Ya. Bye", Najiha melambai dan berlalu.

MALAM itu Najiha mendapat panggilan daripada Fazlan yang mahukan nombor telefon Nasuha. Tanpa meminta kebenaran Nasuha, Najiha terus memberi nombor telefon sepupunya itu kepada Fazlan.

" Hebatlah Kak Suha ni. Doktor masih belum lupakan dia", Najiha tersenyum pula sedangkan hatinya diterpa sesuatu. Entah kenapa dia terasa seperti kehilangan sesuatu. Perasaan asing yang baru muncul dalam hatinya bagai hilang pergi pula.

Ah! Ji. Tolong jangan berangan lebih-lebih. Kau siapa? Dia siapa? Kak Suha lebih layak untuk dia. Kak Suha juga seorang doktor. Kak Suha juga cantik orangnya. Kak Suha bijak. Beauty with brain kata orang. Sesuailah dengan doktor yang kacak tu. Ya. Betul. Bagai pinang dibelah dua. Kalau aku? Bagai pinang pecah dihempap konkrit. Teruknya perumpamaan kau bagi Ji. Dia ketawa sendiri cuba memujuk hati.

Sedang Najiha leka membaca buku biliknya diterjah. Terpelanting buku yang dipegangnya kerana terkejut amat.

" Ish. Apa Kak Suha ni?, mencuka Najiha diterjah begitu.

" Kau pandai-pandai bagi nombor telefon aku pada Lan kenapa Ji? ", serang Nasuha namun dikawal suaranya daripada didengari Normah ibu Najiha.

" Doktor minta. Ji bagi je la", Najiha tahu dia salah tetapi dia masih mahu membela dirinya.

" Masalahnya kau tak tanya aku dulu. Patut kau tanya aku dulu,

" Kalau tak nak dia call Kak Suha block je lah. Telefon kan dah canggih sekarang boelh je block. orang yang kita tak suka", Najiha selamba sahaja terus mengadap buku yang dibacanya tadi.

" Kau ada cerita apa-apa ke pada Lan?", soal Nasuha cuba menyiasat adik sepupunya itu.

" Mana ada. Ji bukan kenal rapat pun dengan doktor tu nak cerita apa-apa. Ji tunggu dia tadi dekat satu jam tahu. Jumpa tak sampai pun sepuluh minit", Najiha cuba menyedapkan hati Nasuha.

Oh. Janganlah doktor terlepas kata pada Kak Suha. Kalau tak mati aku kena bebel.

" Kalau kau cerita apa-apa siap kau Ji", Nasuha terus bangun mahu meninggalkan Najiha.

" Eleh. Siap konon. Entah-entah suka pak we lama cari", Najiha tergelak.

" Telinga aku tak pekak la. Aku dengar", Nasuha berpaling.

" Tapi doktor tanya fasal Kak Suha tadi", terhenti langkah Nasuha.

" Tanya apa?,

" Tanya Kak Suha kerja kat mana sekarang ni. Ji cakaplah kat Hospital Seremban",

" Tu je?,

" Tu je la. Lain - lain sembanglah sendiri. Kan doktor dah call Kak Suha tu",

Nasuha menjeling adik sepupunya itu dan cepat sahaja berlalu keluar.

Kan aku dah cakap. Suka. Tapi buat-buat jual mahal pulak!

TIGA bulan kemudian Nasuha memberitahu yang dia mahu berkahwin dengan Fazlan. Najiha terkejut besar. Tiada langsung desas desus mereka menjalinkan hubungan tiba-tiba sudah mahu berkahwin. Habis. Apa hubungannya bersama Fazlan selama tiga bulan ini? Mereka selalu berhubung. Bermesej. Bertelefon. Adakah Fazlan sedang memainkan perasaanya!

Ya Allah bodohnya aku! Ya. Akhirnya dia sedar. Dia sedar Fazlan tidak pernah menyatakan cinta padanya. Sekalipun tidak pernah. Langsung tidak pernah walaupun mereka selalu berkongsi perasaan sedih dan gembira. Oh. Aku yang bertepuk sebelah tangan rupanya. Agaknya dia cuma mengambil berat kerana aku pesakitnya. Ah. Najiha! Apa kau dah buat dengan perasaan kau!

" Kau kenapa Ji. Diam je. Tak suka ke aku dengan Lan?", soal Nasuha apabila mengesan riak wajah adik sepupunya itu.

" Apa pulak tak suka. Suka je. Tapi terkejutlah. Hari tu Kak Suha marah Ji sebab bagi nombor Kak Suha pada doktor Tup tup nak kahwin kan ibu. Mahunya tak terkejut beruk saya", Najiha cuba menenagkan hatinya.

" Ibu dah tahu awal lagi. Kau je yang tak tahu", Normah terus melipat baju di tangannya.

" Hah? Ji je tak tahu?", Najiha kedengaran sedikit kecewa.

Oh. Kalau bukan kerana lelaki itu tiada dalam hatinya dia langsung tidak kecewa. Tetapi detik ini nama lelaki itu sudah bertakhta di hatinya. Oh. Mungkin salah doa aku selama ini. Doa aku supaya Allah biar aku jatuh cinta pada jodohku. Tetapi sekarang. Lelaki yang aku cinta bukan jodohku. Ya Allah. Sedihnya. Najiha cuba menahan daripada membiarkan air mata memenuhi kolam mata.

" Ji kan keluar masuk hospital jadi aku malas la nak beritahu. Sekarang kan kau dah sihat sikit", Nasuha rasa serba salah pula. Kerana Najiha dia berhubung semula demgan Fazlan tetapi khabar hubungan mereka langsung tidak dikongsikan kepada sepupunya itu.

" Tak apa. Ji faham. Tak ada masalahlah. So bila majlisnya?",

" Lagi 5 bulan. Kami tak nak bertunang. Nak buat majlis nikah terus. Boleh ke buat dekat sini ibu. Ke kita nak buat rumah nenek?", soal Nasuha.

" Mana-mana boleh. Rumah ibu boleh. Rumah nenek boleh",

Nasuha kehilangan ibu ayah dan dua adiknya dalam kemalangan jalan raya sejak dia berusia 15 tahun. Sejak itu Normah dan Zulkifli yang menjaga Nasuha. Nasuha sudah dianggap seperti anak sendiri. Tidak kurang tidak lebih. Sama sahaja cara Normah dan Zulkifli membesarkan Najiha, Nadim, Nadira dan Nasuha. Namun Nasuha sejak dari kecil memang seorang anak yang bijak. Setiap kali peperiksaan awam anak itu akan memperoleh straight A sehingga dia berjaya melanjutkan prngajian perubatan ke Ireland dengan pembiayaan biaisiswa daripada JPA.

" Kita buat rumah nenek lah ibu. Boleh? Kenduri dekat kampung seronok sikit", Nasuha tersenyum ceria.

" Boleh. Nanti ibu telefon nenek bincang",

" Okay ibu. Terima kasih",

Najiha juga menyimpul senyum. Rasa hatinya ditahan. Usahlah kau berduka Najiha. Selama ini kau yang syok sendiri. Dia bagai sedang mentertawakan diir sendiri.

" MORNING teacher", sapa Fazlan apabila Najiha duduk di hadapannya.

" Morning doktor", sapa Najiha lembut dengan senyuman nipis di bibirnya. Entah kenapa tiada keterujaan pada pertemuan kali ini. Ya. Semuanya kerana berita yang dikongsikan Nasuha tiga minggu lepas.

" How are you today?",

" Alhamdulilah sihat", balas Najiha laju. Tidak mahu Fazlan mengesan rasa hatinya. Biarlah. Biarlah dia sahaja yanh tahu.

Cuma hati je tak sihat doktor! Gerutu Najiha dalam hati

Eh. Dia tak salahlah kenapa pula aku nak hukum dia. Ji. Ji. Tolonglah jadi matang sikit. Dia tak tahu apa-apa pun. Dia tak tahu pun apa rasa hati kau pada dia. Kau yang bodoh. Selama ini segala keprihatinan dia pada kau bukan sebab dia sayangkan kau. Dia doktor mestilah sangat prihatin dengan perkembangan kesihatan pesakit dia. Kau yang perasan! Kau yang syok sendiri! Kau yang salah. Dia tak salah pun. Dia tak pernah pun beri kau harapan. Tak pernah kan! Najiha sibuk dengan perasaanya sehingga langsung tidak sedar dirinya diperhatikan lelaki itu.

" Kenapa mengeluh?", soal Fazlan.

" Hah? Mana ada?", Najiha membalas langsung tidak sedar bila masanya dia mengeluh.

Beberapa minit menjalani sesi konsultasi Najiha mengucapkan terima kasih dan terus sahaja berlalu.

Ya Allah sakitnya bila membayangkan orang yang kita cinta menyintai insan lain. Sabar Ji. Tenang Ji.

Masuk ke dalam kereta dia terus memadam semua mesej perbualan mereka. Kau mesti move on. Kau mesti move on! Najiha cuna memujuk hati.

PIPI Najiha ditampar kasar. " Kau memang sengaja kan. Kau memang sengaja perangkap diri sendiri dengan Lan kan!", tengking Nasuha kuat setelah mereka berada di dalam bilik Najiha.

Mendengar berita Najiha dan Fazlan ditangkap khalwat terus sahaja Nasuha memandu pulang ke Temerloh.

" Tak. Tak Kak Suha. Ji tak buat macam tu. Ji tak buat",

" Kau ingat aku tak tahu kau suka dia. Kau lukis gambar dia. Aku nampaklah potret Lan dalam bilik kau Ji. Kau sengaja perangkap dia sebab nak kahwin dengan dia kan? ", Nasuha terus mengamuk.

Najiha termangu. Ya. Dia memang ada melukis potret Fazlan lama dulu. Awal perkenalan dia dengan lelaki itu. Kemudian dia langsung terlupa mahu mengoyak atau membuang potret itu setelah mengetahui hubungan Fazlan dan Nasuha.

Normah dan Zulkifli yang mendengar dari tadi terus masuk ke bilik dan mengasak Najiha.

" Kenapa Ji buat semua ni. Kenapa Ji sanggup buat Kak Suha macam ni?", suara Normah tersekat sekat.

Bagai mahu luruh jantungnya tadi apabila mendapat panggilan mengatakan anaknya ditangkap khalwat bersama Fazlan. Bakal suami Nasuha.

" Ji tak suka doktor. Ji tak suka dia. Ji tak nak kahwin pun dengan dia. Ji tak nak", Najiha juga meninggikan suara apabila Nasuha menuduhnya bukan-bukan. " Ji cuma nak hantar baju yang Kak Suha suruh hantarkan je. Lepas tu doktor cakap dia sakit perut tersalah makan. Muka doktor memang pucat tadi ibu abah. Ji akui salah Ji masuk rumah lelaki. Ji cuma nak tolong doktor je tadi. Mana tahu tiba-tiba ada orang agama serbu. Ji tak tahu. Ji tak tahu mana datang orang agama tu", Najiha cuba memberi penjelasan sambil. membela dirinya. Itulah yang sebenarnya berlaku. Dia langsung tidak menokok tambah cerita.

" Abah nak Ji kahwin dengan Lan. Suha. Kamu suka tak suka. Abah dah buat keputusan", wajah tegang Zullifli langsung tidak menggerunkan Najiha.

" Ji tak nak abah. Tolonglah. Ji tak nak. Ji tak suka doktor. Ji tak nak. Abah tolonglah. Ibu tolonglah pujuk abah ibu. Ji tak nak kahwin dengan cara macam ni", Najiha cuba merayu. Tangisannya terus berlagu.

" Kau buat hal! Masuk rumah jantan Ji. Kalau kau tak masuk rumah Lan. Perkara ni tak kan jadi macam ni. Suka tak suka. Esok majlis jalan macam kita rancang. Ji kena kahwin dengan Lan, tegang suara Zulkifli. Kemudian dia terus berlalu rmeninggalkan bilik. Nasuha juga berlalu. Hanya Normah yang setia memujuk anaknya.

" Ibu. Ji tahu Ji degil suka lawan kata ibu. Tapi Ji tak buat apa-apa lun bu. Ji cuma masuk nak. tolong doktor je bu",

Ah. Logiknya Fazlan seorang doktor. Dah sakit takkanlah tak boleh makan ubat dulu sebelum dapat rawatan lanjut. Takpun call ambulance kalau sudah tidak berdaya sangat! Mana orang nak percaya cerita Najiha walau apa yang dikatakannya benar!

MATA Najiha nampak sembab kerana tangisnya. Majlis kenduri berjalan seperti biasa cuma agak kecoh juga apabila tetamu melihat pengantin perempuan yang sudah bertukar orang. Lain di kad jemputan. Lain lula di pelamin. Najiha malu. Sangat malu. Jika diikutkan hatinya dia langsung tidak mahu keluar dari bilik. Alangkah baiknya jika dia boleh mengjilangkan diri sekarang. Kawan sekerja yang dijemputnya semuanya kehairanan. Katanya majlis kakak sepupunya. Sudahnya dia pula yang menjadi pengantin. Najiha hanya tersenyum malas mahu menjawab. Tentulah tetamu kehairanan namun munur juga rakan sekerja seakan mengerti ada sesuatu yabg telah berlaku.

Nasuha! Nasuha sudah hilang entah ke mana. Mungkin kakak sepupunya itu sudah pulang ke Seremban. Atau pergi ke mana-mana untuk menenangkan diri.

Malam itu Najiha menunggu Fazlan masuk ke dalam bilik. Dia mahu membuat perhitungan dengan lelaki itu. Ketika pintu bilik dikuak Najiha yang duduk di birai katil tadi terus terbangun. Fazlan agak terkejut dengan tindakan Najiha ya g tiba-tiba.

" Doktor. Ji ada perkara nak bincang dengan doktor", Najiha sudah tidak boleh menunggu lagi. Perkara ini mesti diselesaikan malam ini juga. Dia tidak mahu serabut kepala memikirkannya lebih lama lagi.

" You penat kan. Rehatlah. Esok kita bincang", sengaja Fazlan melengahkan. Dia terus berbaring di katil.

You?

" Saya tak penat. Otak saya je yang penat fikir. Saya dah tak boleh tunggu dah doktor",

" Nak bincang apa?, walaupun malas dan kepenatan Fazlan melayan juga.

" Saya nak doktor ceraikan saya . Lepas tu kahwin dengan Kak Suha", laju bicara Najiha penuh keyakinan nada suaranya.

Fazlan langsung tidak terkejut. Dia kenal perempuan bernama Najiha. Walaupun baru setahun mengenali gadis ini dia kenal Najiha seorang yang tidak boleh membiarkan masalahnya berlarutan. Dia kenal Najiha kerana setiap kali sesi konsultasi bersamanya jika ada masalah sahaja gadis ini mahukan cara penyelesaiannya. Mahukan apa perancangannya.

" Kenapa sampai nak cerai?", perlahan suara Fazlan.

" Kita berdua ni terpaksa kahwin doktor. Saya tak suka doktor. Doktor tak suka saya. Doktor suka Kak Suha. Kalau bukan sebab apa yang berlaku petang tu kita takkan kahwin doktor. Tolong doktor. Saya tak nak jadi isteri doktor. Tolong doktor", rayuan Najiha sambil cuba menahan air matanya daripada mengalir membuatkan Fazlan terkaku. Dia nampak wajah kesayuan dan pandangan penuh mengharap gadis itu.

" Kalau I tak nak lepaskan you apa you nak buat?,

" Saya akan buat tuntutan. Saya boleh buat doktor jadi suami dayus. Saya boleh buat diri saya jadi perempuan curang. Saya akan buat", Najiha langsung tidak berpura-pura Dia sudah nekad. Fazlan mesti ceraikan dia walau apa cara sekalipun.

" Sampai macam tu? You ingat peguam di mahkamah tu bodoh ke? You ingat mereka tak buat siasatan ke. Hmm? You ingat peguam ni suka hati je ke berdebat dekat mahkamah tu tak guna fakta. You ingat senang macam tu ke nak cerai kalau semua benda tu tak berlaku. Hmm?",

" Saya tak nak doktor. Doktor faham tak? ", suara mereka tetap dikawal walaupun masing-masing sedang dalam kemarahan.

" Kalau you tak nak I kenapa you tak biar je I kahwin dengan Suha ikut perancangan awal. Kenapa you biar Suha lari kemudian you pula ada dekat sini. Sepatutnya kalau you tak nak I. Awal lagi you lari biar I terus kahwin dengan Suha sebab I memang nak kahwin dengan Suha bukan dengan you", Fazlan juga tidak mahu kalah. Dia juga terpaksa dan dipaksa. Dia juga mangsa. Bukan Najiha sahaja mangsa.

Najiha terdiam. Entah kenapa ayat Fazlan sangat menghiris hatinya. Dia tahu Fazlan tak sayangkan dia. Tapi boleh tak jangan keluarkan perkataan yang buat dia terluka. Dia sebenarnya sudah boleh menerima kenyataan yang antara dia dan Fazlan tiada jodoh apabila Nasuha menyuarakan niatnya mahu berkahwin dengan lelaki itu. Dia sudah move on. Tetapi petkara yang terjadi tiba-tiba ini memang langsung tidak diduga.

" Ya patut saya lari dari sini. Patut saya biar doktor yang berkahwin dengan Kak Suha. Saya minta maaf. Kenapalah saya ikut sangat arahan abah. Patut saya yang lari. Kasihan Kak Suha. Kasihan Kak Suha", apabila teringatkan kekecewaan Nasuha membuatkan menggunung rasa serba salah yang di hatinya.

Najiha tidak dapat menahan kesedihannya. Terus sahaja dia menekup wajahnya ke bantal. Air matanya mengalir laju. Namun langsung tiada bunyi tnagisannya. Dia sudah tidak peduli akan Fazlan yang ada di situ. Dia mahu menangis semahunya.

Fazlan pula yang termangu. Mahu memujuk dia tahu akan makin kuat tangisan gadis ini kerana dia teringat semasa tenujanji ketiganya di hospital dulu bersma gadis ini. Entah apa yang dituturkannya yang menbuatkan Najiha tersentuh hati dan menangis. Makin dipujuk makin kuat tangisannya.

Fazlan cuba mengusap belakang Najiha namun cepat ditepis. Lama.. Hanoir setengah jam barulah reda tangisan gadis itu.

" Saya akan pujuk Kak Suha supaya dia kahwin dengan doktor. Saya janji", Najiha bersuara apabila tangisannya mula reda. Najiha bangun dan berlalu ke bilik air. Keluar dari bilik air dia lihat Fazlan masih lagi belum tidur. Dia mencapai bantal dan terus berbaring di atas karpet.

" Kenapa tidur dekat bawah. Sakit belakang nanti. You tu sakit Najiha. I okay je you tidur sebelah I",

Najiha duam malas mahu melayan. Dia tidak sedar bila masa dia tertidur. Sehinggalah apabila terjaga tubuhnya sudah berada dia atas katil.

" Lain kali jangan pandai-pandi angkat saya", kasar suara Najiha. Ya. Rancangan sudah bermula!

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience