Bab 3

Short Story Series 16005

Selepas saja kejadian itu, semua benda yang dilakukan oleh Deyna ada yang tak kena sampai ramai pekerja disitu tanya sama ada keadaanya baik atau tidak.

"Deyna kau pahal dari balik 7E lagi aku tengok kau dah tak tentu hala. Sekejap pusing sana sekejap pusing sini ada ja kau tak senang dudukkan. Kau ni dah kenapa cerita dekat aku sekarang."sampai berkerut muka Hazirah tengok perangai entah apa-apa Deyna ni.

"Hmmm aku okay je. Kau tak payah risaulah. Betul aku okay cuma tu laa aku tak selesa sangat sebab semua pandang aku pelik."sengih Deyna depan Hazirah walaupun dia tau sebab kenapa semua pandang dia pelik.

"Mana laa orang tak pandang kau pelik dari pagi sampai cafe dah nk tutup kau still gelabah macam nampak hantu." sindir Hazirah dengan selamba dia terus pergi ke loker mengambil barang untuk pulang.

"Kau termenung apa lagi Deyna Uqasha tak nak balik? kau memang berhajat nak tidur dekat sini ke? aku okay je kalau kau nak tidur sini yang penting aku nak balik."

"Ya lahh kejap." terus Deyna berlalu pergi.

Keluar sahaja dari cafe Hazirah ajak pergi supermarket katanya nak beli barang dapur sebab dah hari hujung minggu cafe pon tak buka pada esok hari.

Selepas beli dan bayar barang dapur serta memasukkan barang dalam bonet kereta Deyna terus memulakan pemanduannya, Hazirah dekat sebelah dah tersengguk-sengguk dah.

Tiba dipertenggahan jalan tiba-tiba kereta milik Deyna tersemput-semput terus Deyna gerak Hazirah bangun katanya keretanya dah tak boleh nak jalan dah.

"Weh kau dah check betul-betul ka kereta ni kenapa tiba-tiba boleh semput ni. Minyak sebelum pergi mall kau dah isi fullkan?" bebel hazirah

"Yaa aku dah isi full tadi. Mana la aku tau dia nak semput. Kalaula aku tau tadi aku naik kereta kau. Tak ada soalan lain ke kau nak tanya."balas Deyna dengan muka bengang.

"dahla penat kereta pula semput buat hal nasib sempat berhenti"gumam Deyna dalam hati.

Selepas sahaja Deyna kutuk kereta dalam hati terus keretanya tiba-tiba enjin mati. Terus gelabah dua manusia tu.

"Wehh apa ni terus mati dah laa kereta pon tak banyak aduhh. Selalu hari lain banyak ja kereta. Nanti kau tukar jelah kereta baru."bebel Hazirah sambil tangan mengurut dahi.

"Rah."

"Apa?"

"Aku kalau banyak duit aku tak kisah tau." besar kecil besar kecil saja Deyna pandang Hazirah.

"Hazirah." panggil Deyna lagi.

"Eii apa lagi kau ni! nak cakap tu cakap jelah." sesungguhnya Hazirah rasa macam nak lempar Deyna jauh-jauh.

Tersengih Deyna. "Kau ada kenal dengan mana-mana pomen tak?"

Sebelum Hazirah jawab dia mengeluh dahulu
"Huhh kalaulah aku ada kawan pomen dari awal-awal kau bagitau kereta kau tengah semput tadi aku dah call dah."

"Habistu kita nak buat apa kat sini Rah?"

Belum sempat Hazirah jawab ada sebuah kereta berjenama berhenti di hadapan kereta Deyna.

"Siapa tu wehh?"

Hazirah memejam rapat matanya. Apahal kawan di malam ni bengap sangat. Sumpah Hazirah tak nak mengaku yang sebelah dia ni kawan dia.

"Mana aku tau pendek." jawab hazirah acuh tak acuh.

"Ehh aku boleh terima lagi tau kalau orang panggil aku terbantut tapi kau ni melebih."

Dalam asyik mereka bergaduh keluar dua orang lelaki dari kereta tersebut.

"Deyna kau agak-agak mereka ni orang baik ke tak?" tanya hazirah sambil memeluk lengan Deyna. Dahla tak banyak kereta lepastu keluar pula lelaki. Kang jadi apa-apa nanti siapa nak lawan. Kawan dia ni dah la pendek, lemah pula tu. Ehh terkutuk.

Tidak mendengar sebarang balasan dari Deyna, Hazirah terus tunduk kepalanya maklumlah Deyna kan pendek melihat muka Deyna yang terkejut beruk tu. Belum sempat Hazirah nak bercakap lelaki tersebut terus mengeluarkan suara.

"Kenapa dengan kereta?"tanya lelaki tersebut.

Hazirah terus melihat muka lelaki tersebut dan yahh dia pon terkejut sebab muka lelaki tu dia selalu tengok masa zaman sekolah dulu walaupun dah berubah sikit.

"Patutlahh cik terbantut ni keras semacam crush depan mata je."gumam Hazirah perlahan

"Ouh ya kereta ni mula dia semput lepastu lama-lama enjin dia mati sendiri. Kitaorang tak tahu nak buat apa."balas Hazirah. Nak tunggu minah sebelah bersuara memang esok belum tentu dapat jawapan.

"Boleh saya check tengok apa yang patut?"tanya kawan kepada Aidil Haziq

"Ya ya silakan." terus Hazirah tarik tangan Deyna ketepi.

"Deyna kau jangan buat perangai. Sekarang kita dalam kesusahan tau. Kau jangan nak jadi patung sebelah aku."bisik Hazirah ditelinga Deyna

"Kau nak tau perasaan aku tak sekarang ni."

"Naa kau tak payah cakap pun aku dah tau yang kau nak cakap yang hati kau berdegup laju macam baru lepas merentas desa. Klise Naa klise."

"Yaa yang tu pun ada jugak but sekarang punya perasan tak macam dulu tau sebab aku rasa jodoh aku dengan dia dekat gila. Dahlah sekarang ni dia makin hensem."dengan mata tak lepas pandang Aidil Haziq lepastu dengan jari itu bergesel dekat lengan Hazirah.

"Eiii gediknya kau Naa."juling mata hazirah tengok perangai Deyna.

"Aku rasa kereta ni kena bawa masuk bengkel la sebab kami tak bawa barang yang untuk repair kereta ni."kata Aidil Haziq.

"Bawak masuk bengkel mana?" laju Deyna membalas

Hazirah dekat sebelah rasa macam nak ketuk ja kawan dia ni. Sabar jelah. Bila crush tanya laju ja jawab

"Kami ada buka bengkel tak silap dekat dengan cafe korang jadi bila kereta dah siap saya boleh terus hantar dekat cafe." kata kawan kepada Aidil Haziq pula.

"Umm kalau macam tu okaylah."balas Deyna

"Naa kita nak balik naik apa sekarang. Uber?grab?"bisik Hazirah

"Tak bahaya ke malam-malam naik benda tu Rah. Aku tak biasalah."bisik Deyna juga.

"Malam-malam macam ni bahayalah kalau biarkan kau berdua naik uber semua tu. Macam ni kau orang berdua tumpang kami sajalah."kata-kata Aidil Haziq disetujui oleh kawannya dan dalam tak sedar Deyna pon mengangguk sekali.

Hazirah hanya tersengih sambil menjeling Deyna. Bongok punya perangai kawan dia sorang ni.

"Kalau macam tu jom." ajak kawan Aidil Haziq.

"Tapi kereta macam mana?" tanya Deyna

"Ouhh yaa kereta tu aku dah call towtruck kejap lagi mereka sampai. Kalau ada barang penting korang boleh ambik sekarang."

Selepas mengambil barang mereka pon memasuki kereta lelaki itu.

TBC...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience