21

Romance Completed 95763

(Penthouse Ikram Benjamin – 8 pagi)

Hari itu merupakan hari Ahad. Hari cuti buat mereka berdua. Suasana penthouse pagi itu sunyi. Sekeliling ruang besar kelihatan kemas dan diterangi sinaran cahaya matahari melalui dinding cermin. Disatu ruang terdapat ruang yang menempatkan sebuah kolam renang besar. Ruang itu didekorasikan dengan empat buah kerusi rehat di sisi kanan kolam renang. Ruang itu terbuka di tingkat dua. Membolehkan angin dan sinar matahari menyinari ruang renang tersebut.

Bush!

Air kolam memercik mengenai lantai. Ikram Benjamin melakukan aksi terjunan ke dalam kolam. Dari hujung ke hujung dia berpatah kembali membuat beberapa pusingan. Berenang merupakan rutin awal pagi dihujung minggu. Baginya aktiviti berenang dapat menenangkan mindanya. Selain dapat menguatkan otot badannya. Kelibat anggun dahlia masih belum kelihatan. Tetapi ketika dia bangun awal pagi tadi, perempuan itu sudah tiada disisinya. Mungkin dia berada diruang kerjanya. Malas dia mahu mengganggu.

Ikram Benjamin keluar dari permukaan air. Dia meraup mukanya yang basah. Rambutnya juga diselak ke atas. Dia bersidai diantara kaki lima dan tepi kolam. Kakinya masih terapung didasar kolam. Mukanya didongakkan sedikit menghadap matahari. Matanya dipejam bagi memberi sinar matahari mengenai kulitnya. Tenangnya pagi itu. Tanpa kerja yang menyemakkan kepala otaknya.

Tap! Tap! Tap!

Dari luar ruang kolam kedengaran kaki melangkah menuruni tangga. Siapa lagi jika bukan bidadari pujaan hati Ikram Benjamin siang dan malam? Sudah tentu itu adalah Anggun Dahlia. Dia menapak menuruni tangga dengan memegang gelas kosong. Rambutnya yang panjang tidak berikat diselit tepi telinga. Dia melintasi ruang hadapan kolam renang. Mungkin masih belum menyedari kewujudan Ikram Benjamin disitu.

Penampilannya pagi itu ringkas saja. Hanya mengenakan pijama tidur bewarna biru cair. Terdapat corak arnab pada fabrik pijamanya. Kemudian, pada kakinya disarungkan dengan selipar bunny berbulu. Sekali pandang memang terserlah kecomelannya.

Dia menuruni dua anak tangga ruang dapur. Gelas yang kosong tadi diisi dengan air masak. Sebiji epal hijau dimasukkan ke dalam poket pijama. Setelah selesai tugasnya, dia kembali semula ke ruang kerjanya. Sambil menapak dia meneguk airnya. Dia melalui depan ruang kolam renang. Matanya turut memerhati dalam ruang kolam renang tersebut.

Membuntang matanya ketika itu. Langkahnya mati disitu. Matanya menangkap Ikram Benjamin yang tidak berbaju sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala. Ikram Benjamin hanya mengenakan seluar pendek. Badannya juga masih basah. Air masih menitik dari rambut dan badannya. Apalagi, menyembur air yang sedang diteguknya tadi. Terpaku seketika dia dengan ciptaan Tuhan yang satu itu. Seksanya rasa apabila tersedak. Pedih! Sakit tekaknya.

“Uhuk! Uhukk! E-hem! Uhukk! Uhuk!” Dia melepaskan batuk kuat. Lehernya diurut bagi melegakan kesakitan itu. Cepat saja dia memusingkan badannya kea rah lain. Bibir bawah digigit meredakan gelodak dijwa.

“Sayang.” Ikram benjamin menghampiri Anggun Dahlia. Badannya sudah tersarung dengan bathrobe bewarna kelabu. Bahu anggun dahlia dipegang dari belakang. Tetapi perempuan itu masih kaku ditempatnya. Gelas juga masih elok dalam pegangannya.

“Sayang okey? Macam mana boleh tersedak?” Belakang badan Anggun Dahlia dilurut perlahan.
“Err…err…tak. Eh…okey. Dahlia o…okey!” Gagap pula dia ketika itu. Ah, tolonglah jangan berdiri rapat dengannya! Rentak jantungnya semakin laju. Entah mengapa, bayangan tubuh yang masih basah tidak berbaju tadi terlakar diruang matanya. Laju saja dia menggeleng kepala. Menidakkan segala bayangan dimata.

“Kalau okey, kenapa tak nak pandang abang?” Dia memusingkan perlahan badan Anggun Dahlia menghadapnya. Mata mereka bertembung pandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience