Bukan sekadar tempat tinggal Zehir Imperial Family, Istana Sri Kemboja menjadi kem 94th Imperial Artillery Regiment.
Berfungsi sebagai last line of defence, 5,000 orang awam berlindung di sini dibawah jagaan Imperial Zehirian Guard Regiment.
Posisi diatas bukit membuat tentera musuh susah menyerang dan setiap cubaan mereka senang untuk dipatahkan.
Namun sepanjang bertahan dan menunggu misi pendaratan bermula, bekalan makanan, senjata semakin berkurang.
Komunikasi terpaksa ditutup supaya tiada kebocoran maklumat tentang kekurangan ini diketahui musuh.
Sekarang, penantian berakhir dan bekalan sementara dihantar ke istana menggunakan kaedah airdrop daripada pesawat tentera udara.
Komunikasi kembali aktif dan sentiasa berhubung dengan markas tentera darat di pantai.
Skuad Hasril dipilih Mejar Adzwan untuk ke sana, memastikan jalan membawa orang awam keluar adalah selamat, tidak berbahaya.
Type-24 Light Tank "Harimau Kumbang" mereka jadikan kenderaan ke Istana Sri Kemboja.
"Elimina Gloria..!"
Sejumlah kecil askar berani pihak musuh menyerbu mereka dari semak-samun, membawa Lunge Mine di tangan.
"Berhenti! Berhenti!"
Hasril memberitahu komander kereta kebal.
Type-24 berhenti. Hasril dan Izuwan melindungi kiri kanan dari terkena serangan periuk api.
"Jangan berganjak!"
Izuwan melepaskan beberapa das tembakan sehingga rifle-nya habis peluru.
Iszran pula mengambil posisi di belakang, mempertahankan titik paling lemah kenderaan berperisai itu.
Komander Type-24 keluar dari turret segera menggunakan on top machine gun;
"Mati anjing penjajah!"
Saki baki musuh berundur dan menghilangkan diri ke dalam hutan kerana gagal musnahkan sasaran.
Lunge Mine yang ada di atas tanah dirampas oleh Askar Zehir.
Skuad itu menyambung semula perjalanan. Iszran hanya mengira butir peluru yang berbaki dalam kantung.
"Aku dengar kau ada ubahsuai senapang, betulkah?"
Izuwan membawanya berbual.
"Ahh.... Ya..? Tapi panglima kasturi sudah rampas."
Iszran membuka cerita.
Ahli skuad yang terdengar terus ikut memberi tumpuan kepada ceritanya.
"Seriuslah kau kena tangkap oleh panglima kasturi?
Izuwan bergerak dekat ke sebelahnya.
"Cuba cerita. Cuba cerita."
Pujuk rakan-rakan yang lain.
"Begini ceritanya...
"Selepas terima pingat, aku fikir nak balik tapi tiba-tiba... Panglima muncul, tarik tangan aku dan minta aku ikut dia ke tempat yang aku sendiri tak tahu...
"Lepas aku kena amaran, dia rampas senjata aku. Kalau ikutkan undang-undang tentera mungkin aku dah kena buang...
"Tapi aku dimaafkan, alasan tak diberi tahu...."
Iszran menceritakan semuanya sampai habis. Dia menyembunyikan hal perjanjiannya dengan panglima berkaitan "weapon implementation" daripada mereka.
"Macamana rupa senapang kau tu? Cuba lukis."
Izuwan menghulurkan sekeping kertas bersama sebatang pensil.
"...
"Kita tengah kerja sekarang ni. Nanti malam, boleh?"
Iszran menolak permintaan tersebut buat masa ini;
"Maaf ya."
Dia meminta maaf.
"Tak apa, ada betul juga."
Izuwan dan ahli skuad berasa kagum dengan Iszran. Hasril hanya merenung jauh ke hadapan. Type-24 melintasi sebuah jambatan batu ke seberang sungai.
Tidak lama kemudian, Skuad Hasril terserempak sejumlah besar mayat bergelimpangan atas tanah.
"Ini askar elimina."
Kata Iszran apabila ternampak lencana pada lengan dan kolar uniform mayat itu.
"Apa ni? Siapa yang kerjakan mereka teruk begini?"
Izuwan mengambil senapang di atas tanah.
"Komander, hubungi istana dan tanya kalau mereka ada keluar dari sana hari ni."
Hasril mengeluarkan arahan ringkas.
Tiba-tiba Komander Type-24 terkena tembakan lalu terjatuh ke dalam turret kereta kebal.
"Elimina Gloria..!"
Seorang askar Elimina melulu kearah Type-24 membawa Lunge Mine dan meletupkannya.
Mayat-mayat yang baring tadi terus bangun, mula menyerang dan selebihnya menyerbu dari kawasan hutan.
Salah seorang ahli skuad ditolak dan ditikam pada bahagian dada.
"Ambush!"
Izuwan menangkis serangan.
"..!"
Iszran menikam perut askar musuh dengan serta merta.
Turret Type-24 berputar dan menembak High Explosive shell ke dalam hutan.
Komander kembali keluar dan menembak machine gun ke arah yang bertentang.
Pertempuran berlanjutan dan tamat selepas 15 minit. Type-24 mengalami kerosakan pada bahagian rantai, akibat penyerang berani mati tadi.
"Kita patut minta bantuan mejar untuk hantar orang tambahan tolong kita."
Cadang Izuwan.
"Ya. Mungkin lepas ni kita diserang oleh lagi ramai musuh."
Sokong Komander.
Hasril mendengar, memikirkan dan membuat keputusan;
"Kalau begitu, hubungi mejar dan kita tengok apa akan jadi."
Ketika mereka bertiga sibuk dengan isu kelancaran misi, yang lain berjaga dan melalukan kerja baik pulih rantai Type-24.
Selepas 20 minit, baik pulih selesai. Skuad Hasril meneruskan perjalanan agar tiba di Istana Sri Kemboja sebelum senja.
"Mejar tak akan hantar orang melainkan pagi esok tapi pesawat milik IZF akan iring kita sampai ke istana."
Hasril berkongsi maklumat dengan ahli skuadnya.
"Pesawat apa?"
Iszran mengajukan soalan.
"PB5(A) Gagak Hitam."
"Oh, mereka pun sertai kita di sini."
"Hmm?"
"Tiada apa-apa."
Seperti yang dikatakan, IZF PB5(A) "Gagak Hitam" terbang tinggi di atas mereka.
Radio Type-24 menerima satu frekuensi pesawat "Patrol Bomber" itu.
"Kami terbang pada kelajuan minimum tapi kamu ketinggalan...
"Cuba laju sikit..."
Kata Operator PB5(A).
"Kau nak mereka jatuh dari belakang ni kah?!"
Balas Komander Type-24.
"Buang minyak lah kalau kami balik-balik berputar untuk kekal di atas kamu.
"Kamu tiada tali untuk ikat badan masing-masing?"
"Ada tapi kalau kena serang, buang masa lagi nak buka tali."
"Haish... Hey-! Sini-!"
Keadaan dalam PB5(A) seperti riuh-rendah sedikit pada Komander Type-24 dan beliau hanya berdiam.
"Hi~ Boleh bagi radio pada budak comel tu?"
Tanya Gunner 1 PB5(A).
"Kamu kerja kah apa?! Siapa pulak budak comel di sini ni?!"
Soal Komander Type-24.
Pertengkaran antara PB5(A) dengan Type-24 berlanjutan...
Tiba-tiba, tanah di hadapan mereka meledak. Dua tembakan dari arah hutan kelihatan, dua kereta kebal musuh muncul menyerang.
"Tiarap!"
Hasril memanggil skuad-nya turun dari belakang Type-24.
PB5(A) menambah kelajuan;
"Komander, ada gas shell?"
Type-24 membalas tembakan;
"Ya. Kenapa?"
"Guna. Tanda tempat mereka, jadi kami boleh tolong..."
"Ok. Loading gas shell, fire to mark the target for our ally aircraft."
Type-24 menembak kearah jam timur laut, muncul kepulan asap putih dan semakin menembal.
PB5(A) melepaskan tembakan meriam 20mm berkembar dari jauh sebelum mengugurkam 4 biji bom apabila berada di atasnya.
Dentuman demi dentuman adapt mereka rasanya, diikuti satu siri letupan besar dan asap hitam ada di udara.
"Enemy tanks destroyed..."
Komander Type-24 melihat ke hutan menggunakan binokular.
"Affirmative, twenty-four...
"Castle is visible from up here, our mission is done and see you later..."
Lapor Pilot PB5(A).
PB5(A) berpatah balik kearah pantai tatkala Type-24 meneruskan perjalanan kearah istana.
Para pengawal membuka pintu gerbang masuk selepas kata laluan khas disahkan oleh Ketua Rejimen.
Kanak-kanak bersorak gembira manakala orang-orang dewasa turut serta menyambut kedatangan mereka di sini.
Hasril mengambil masa untuk berjumpa Ketua Rejimen berbincang tentang kerja-kerja evakuasi.
Malam menjelma, Mejar Adzwan menerima satu berita gembira dari Pulau Kemboja.
Beliau sedang bermesyuarat di dalam IZN Industrious bersama para pegawai dari cabang tentera yang lain.
"Pada jam 0630 tadi, skuad sarjan hasril tiba di istana sri kemboja.
"Casualties. 1 terkorban. 2 cedera ringan.
"Turut disahkan, laluan bawa keluar orang awam selamat diguna dan kawalan akan bermula pada jam 1000 malam."
Lapor unit komunikasi.
"Dalam masa satu jam, konvoi mesti siap. Kita akan mendarat di pantai. Jam 0400 kita bergerak ke sana."
Mejar Adzwan memberikan satu arahan ringkas kepada leftenan di sebelah beliau.
"Baik, tuan."
Leftenan mencatit nota akan arahan tersebut lalu beredar bagi memulakan persiapan.
3 BULAN. 3 bulan baru aku publish bab baru, I'm speechless. Draft after draft aku cuba, rasanya ini yang terbaik dan kurang serabut aku boleh buat. Tapi sepanjang buat bab ni, idea untuk bab lain datang. Look forward to it. Masih kekal straight to point, ACTION. Aku tak nak lari dari category. Ada juga idea tulis bab special untuk PB5(A) tapi simpan dulu. (。•̀ᴗ-)✧ It's a explanation kenapa dia (Iszran) kenal kru pesawat tu. Jangan risau, memang rancang bagi bab tu full packed with action. tapi sebenarnya, istana sri kemboja ni tiada dalam plan jalan cerita pun. kalau ikutkan lepas dari pantai, terus gerak ke pekan baru airfield tapi... ya~ idea tiba-tiba datang. So, lepas ni bab urban battle. Api peperangan makin hangat! (≧▽≦) Jadi bacalah bab ni dulu, share kat kawan-kawan kalau best. You all are the best, still here to read my books. Love you all! (づ。◕‿‿◕。)づ Jumpa lagi next chapter, wish you all doing well and great!
Share this novel