BAB 1

Action Series 74282

Current – MALAYSIA

THE DAYYAN'S MANSION

SUASANA di ruangan kamar santapan begitu hening sekali. Hanya sudu dan garpu sahaja berlaga bunyi di atas permukaan pinggan.

Suasana sebegini di pagi hari, membuatkan Dayyan Rania Kim langsung melepaskan keluhan kecil tanpa disedari.

"Kenapa mengeluh Rania? Nervous on your first day working as CEO position today, sayang?" Puan Sri Tiara Helena bertanya dan sekaligus memecahkan suasana hening tersebut.

Dayyan Rania Kim hanya melemparkan senyuman manis tanpa suara pada mommy. Sekilas jelingan, beliau menjeling ke arah daddy yang hanya diam sahaja sambil menjamah nasi lemak berlauk sambal telur.

"Kenapa daddy dingin dengan Rania? Dulu daddy tak macam ni pun!" Dayyan Rania Kim tidak lagi menahan.  Dia mahukan penjelasan.

Tan Sri Dayyan Rafael Kim kekal membisu dan terus menjamah sarapan paginya sambil membaca akhbar di iTablet.

"Mungkin Rania tahu sebab apa daddy dingin dengan Rania. Daddy sebenarnya mahu anak lelaki kan untuk teruskan legasi syarikat The Dayyan's? Sebab tu masa Rania kecil daddy dan mommy treat Rania macam 'boyish' sampaikan orang di office dulu ingat Rania ni budak lelaki!"

Tan Sri Dayyan Rafael Kim spontan tersedak!  Begitu juga dengan Puan Sri Tiara Helena yang turut juga tersedak!

"Tell me the truth daddy. Masa mommy mengandung... daddy sangat berharap mahu dapat anak lelaki kan?" Dayyan Rania Kim sedaya gigih mengawal tonasi suaranya yang sedikit bergetar itu dalam menahan sebak.

"Yes!" Pendek... namun cukup tegas tonasi suara Tan Sri Dayyan Rafael Kim dalam mengiakan kebenaran itu.

"Rania akan buktikan pada daddy and I will ensure that you will be so proud to have a daughter... yang mana mampu uruskan legasi The Dayyan's! Mark my word daddy!"

Dayyan Rania Kim lantas bangkit daripada duduknya dan segera beredar tanpa berpamitan hormat pada daddy dan juga mommy.

**

THE DAYYAN'S HOLDINGS

TING!

Hariz Hamzil bangkit daripada duduknya sebaik sahaja dia mendengar derapan ritma hentakan halus kasut bertumit tinggi Cik CEO yang semakin menghampiri.

"Good morning Cik Rania."

"Hariz, please. Jangan panggil I 'cik'. Umur you jauh lagi tua daripada I." Dayyan Rania Kim mula mencemik. Sungguh dia merasa kekok apabila Hariz Hamzil, merangkap setiausahanya memanggil beliau dengan panggilan C.I.K!

Hariz Hamzil hanya tersenyum tipis. Jangan kata dia juga tidak kekok ya... haruslah kekok teruk! Sudahlah Cik CEO yang cantik jelita muda 'trang tang tang' ini usianya bertingkah sepuluh tahun lebih muda daripada usianya yang sudah menginjak tiga puluh lima tahun ini!

"Masuk ke bilik I. A lot of things you have to brief about everything walaupun I malas nak tahu... but I had too."

Hariz Hamzil hanya menggeleng tika mendengar omelan protes di hujung bicara Cik CEO muda The Dayyan's Holdings itu.

*

DAYYAN Rania Kim sedikit teresak namun beliau masih lagi gigih meneruskan tugasannya.

Terlalu kerap beliau mengerling jam di komputer yang waktunya sudah hampir menginjak ke pukul sebelas malam.

Jiwanya memberontak mahu pulang tetapi dia tidak boleh! Beliau harus juga membaca kesemua dokumen yang berada di atas meja kerjanya... yang majoriti memerlukan dirinya menurunkan tandatangan dalam mengesahkan isi kandungan dokumen yang diberikan oleh ketua bahagian di setiap unit jabatan The Dayyan's Holdings.

Ikutkan hati, mahu sahaja dia menurunkan tandatangan tanpa meneliti setiap bait baris ayat yang terkandung di dalam dokumen! Tetapi itulah... mana boleh! Tersalah 'commit'... tak ke mampus namanya tu! Silap haribulan, jeritan lantang daddy bisa meranapkan bangunan The Dayyan's Holdings terus menyembah bumi!

"Arghhh...!"

BAM!

Dayyan Rania Kim sudah terkebil-kebil!

"Cik Rania okey?" Hariz Hamzil hanya tenang bersuara... seolah-olah mengendahkan tindakannya sebentar tadi.

"Err... hurm... err..." Dayyan Rania Kim menggeleng sekilas laju lantas berdehem sedikit sebelum kembali bersuara.

"I ingatkan you dah balik, Hariz..." Terleret sedikit tutur katanya.  Bukannya apa... terkejutnya masih belum pun reda lagi.

"Saya mana boleh balik kalau Cik Rania belum balik lagi."

Dayyan Rania Kim meletakkan kepalanya semula di atas meja kerja dengan tangan sudah terjulur kedua belahnya ke hadapan.

"Kenapa Cik Rania menjerit tadi tu?" Hariz Hamzil mula bertanya.

"I penat... tapi I tak boleh balik rumah kalau I tak sign semua dokumen ni, Hariz. First day sandang jawatan CEO... I dah macam ni..." Dayyan Rania Kim kekal berposisi seperti tadi.  Hanya suara esakan kecilnya sahaja yang mengumam bertutur.

"You tembak sajalah I dengan pistol you tu. Tak sangka secretary I ada pistol. Overprotective betullah you ni Hariz. Kenapa tak apply je jawatan Head of Security? Tengok ke you lagi sesuai sandang jawatan tu..."

Hariz Hamzil hanya menyengih. Terimbas buat seketika tindakannya merempuh masuk pintu pejabat CEO sebaik sahaja mendengar jeritan wanita muda ini. Menendang padu pintu dan terus menghalakan sepucuk Revolver secara rawak pada sekitar ruangan pejabat.

"Saya buatkan coffee untuk Cik Rania ya."

**

PERLAHAN-lahan Dayyan Rania Kim membuka mata. Separa mamai bertingkah reaksi sedikit kebingungan sebaik sahaja beliau bangkit daripada pembaringannya di sofa panjang.

Dia mula mengeliatkan tubuhnya lalu menarik sedalam-dalamnya nafas dan...

Drastik matanya terbuntang luas!

*

"EH Cik Rania!"

Hariz Hamzil yang sedang duduk di atas kerusi berodanya mula terkedu!

"Sebelum apa-apa baik saya berterus-terang dengan Cik Rania ya." Hariz Hamzil cuba menguis-guis cengkaman kedua belah tangan Dayyan Rania Kim yang mencengkam kolar kemeja kerjanya dengan menggunakan pembaris! Takut benar jika kulitnya tersentuh kulit mulus wanita muda ini! Tersentuh di hujung kuku pun dia tidak mahu!

Beliau lebih rela menggali kuburnya sendiri dan menimbus dirinya hidup-hidup jika ia benar-benar terjadi!  Gerun sungguh dia!

"Berterus terang pasal apa?"

"Saya ni gay sebenarnya. Kalau Cik Rania berniat mahu goda saya... saya tak ada selera!"

"Choi!" Dayyan Rania Kim serta-merta melepaskan cengkamannya pada kolar kemeja Hariz Hamzil.  Ke situ pula dia fikir! Puih!

Tetapi... benarkah si Hariz Hamzil ini seorang homoseksual? Dah tu biasan foto wanita di dalam frame yang berada di atas meja itu siapa? Siap 'comolot' lagi foto itu secara sembunyi!

"Maaf Hariz. I sebenarnya cuba bau perfume you secara dekat sebab masa I terjaga tadi, I terbau sesuatu tapi bukan bau you rupanya."

Dayyan Rania Kim mula menguak sedikit rambut panjang mengurainya sambil memicit-micit pelipis dahi.

Bauan itu menusuk kembali ke dalam rongga deria baunya. Bauan yang sama seperti di dalam mimpinya yang satu 'itu'!

"Berpeluh teruk dengan mulut terkumat-kamit ni dah kenapa, Hariz?" Dayyan Rania Kim kepelikan sejenak melihat setiausahanya ini sudah lencun seraut wajah segaknya yang sedikit mirip biasan rupanya dengan Uncle Harith Hamsyar. 

Dayyan Rania Kim tersenyum tipis. Bapa borek anak rintik! Jika dahulunya Uncle Harith menjadi setiausaha utama pada daddy... kini, anaknya pula menjadi setiausaha utama untuk anak 'daddy' ini... heh!

"Cik Rania tolong ya. Lepas ni jangan rapat dengan saya macam tadi tu. Saya tak nak kepala saya kena pancung nanti!" Hariz Hamzil merapatkan kedua belah telapak tangannya dalam memohon rayu yang begitu bersungguh-sungguh.

Dayyan Rania Kim 'bolayan' sahaja sambil menjulingkan matanya ke atas.

"You baliklah Hariz, I rasa I kena tidur sini. Kerja I nak sign dokumen tak habis lagi. Boleh pula I tertidur. Ini I tak check lagi handphone I. Mahu beribu call dan text masuk daripada mommy.  Entah-entah mommy sudah buat report polis yang anak dia masih belum balik lagi ke rumah!"

Dayyan Rania Kim mula mengatur langkah longlai yang mahu masuk semula ke biliknya.

"Cik Rania sudah sign semua dokumen la. Ni semua dah tersusun atas meja saya dan Puan Sri, saya sudah maklumkan yang Cik Rania pulang sebelum pukul dua pagi. Driver Cik Rania ada tunggu di bawah tu."

'What?!"

Dayyan Rania Kim segera meraih fail di atas meja kerja Hariz Hamzil. Semakin lama semakin membuntang biji matanya melihat satu persatu dokumen yang sudah ditandatangani olehnya!

"Tapi I tertidur tadi lepas I minum coffee yang you buat... I think so... erm... iya ke Hariz?" Dayyan Rania Kim agak terkulat-kulat sambil mengusap puncak ubun-ubunnya.

"After Cik Rania minum coffee yang saya buat... Cik Rania lagi hyperactive. Laju dan fokus je baca dokumen dan lepas siap sign, Cik Rania cakap dengan saya yang Cik Rania mahu lelapkan mata sekejap." Hariz Hamzil hanya tenang sahaja menerangkan.

"Iya ke?"

Dayyan Rania Kim kekal dengan reaksi kebingungannya beserta kedua belah kelopak matanya sudah terkebil-kebil memandang pada seraut wajah segak Hariz Hamzil yang tampak begitu tenang sekali biasannya.

Biasan seraut wajah tenang yang diberikan oleh setiausaha utamanya itu sungguh memusykilkan!

Mellbie ISR
30/10/2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience