Bab : 24

Action Completed 53513

Garvien menyedut jus epal lobak merah yang berada di hadapannya. Matanya masih memandang wajah Declan yang keruh dan jelas tampak kekusutan di wajah sahabatnya itu. Dia bukanya lembab sampai tak boleh nak baca Declan ketika selesai bercakap dengan Eden di bilik meeting tadi. Wajah Declan yang kelihatan serabut dan marah itu sudah cukup membuatkan dia yakin ada sesuatu yang tidak kena antara mereka berdua.

"Declan...kau relaks la siki. Kalau kau fikir benda ni serius sangat, nanti kau jugak yang pening kepala tau tak."ujar Garvien tenang. "Aku faham benda soal hati dengan perasaan ni susah nak di handle, but kau tak boleh nak salahkan diri kau macam tu je...kau kena tanya jugak pendapat Davina sendiri dalam hal ni.."

Declan diam mendengarkan kata-kata Garvien. Dia meraup wajahnya berkali-jali sambil menghela keluhan berat. Pandangannya dilemparkan ke luar cermin kaca restoran yang menghala pemandangan air laut biru yang berombak putih.

"Declan....aku bukan kenal kau setahun dua dan aku tahu kau memang ikhlas sukakan Davina, Kalau tak takkan kau stress macam ni sekali.."

Wajah Declan yang mendung di pandang lama. Selama dia berkenalan Declan, dia cukup kenal akan sifat kawannya ini. Declan bukan saja seorang ketua yang berwibawa dan bijak menangani situasi, malah seorang putera mahkota yang bertanggungjawab dan merendah diri. Dan sangat sukar untuk menerima mana-mana gadis ke dalam hidup lelaki ni. Kerana Declan sering berkata yang Declan percaya pemilik hatinya belum betul-betul dia temui.

Tapi perkara yang disampaikan Declan sebentar tadi membuatkan dia sendiri terfikir. Tiada salahnya apa yang Eden katakan Declan.

"Yes...I'm in love with her Gav..."getus Declan sambil melurut rambutnya. "Aku dah cakap dekat dia aku betul-betul serius. Tapi lepas apa Eden cakap dekat aku tadi..aku jadi was-was...betul ke aku sukakan dia sebab aku suka sesuatu yang terbaik untuk aku bukan sebab aku ikhlas sukakanya?"

Declan mengeluh untuk kali entah yang ke berapa. Hatinya masih terasa dengan kata-kata Eden tadi. Dia betul-betul serba salah pada Davina sekarang ni. dan baru dia tahu kenapa Davina sanggup pilih Eden darinya. Sebab Eden selalu utamakan Davina dan sentiasa pentingkan Davina dalam apa-apahal.

"Relax man...Davina tak beri jawapan lagi dekat kau lagi. Kenapa kau nak risau. But aku yakin Davina still sayangkan kau.."ujar Garvien cuba menenangkan hati Declan.

"Tak boleh nak cakap jugak"balas Declan perlahan. "Sebab sebelum ni aku pernah mintak dia beri aku peluang...tapi dia buat tak tahu dengan permintaan aku...tup-tup dia dah berbaik semula dengan Eden.Aku takut aku tak ada peluang langsung. "Declan ketap bibir menahan rasa. Terkenangkan moment sebentar dia dengan Davina buatkan dia craving akan kehadiran Davina di sisinya semula bukan dengan lelaki lain.

"Kau sure?Mana tahu Davina saja buat tak hirau kau sebab dia masih terkesan dengan scandal kau dengan Juliet...sebab itu dia jual mahal dan main Tarik tali dengan kau?"Garvien masih cuba berfikiran positif untuk meyakinkan Declan. Dia bukannya tahu Davina fikir macam mana, tapi mana tahukan. Orang kalau dah sayang apapun boleh jadi!

"For what?Sebab sengaja nak sakitkan hati aku?"tanya Declan dengan geram. Wakahnya merah padam dan kini mula menggenggam kepalan penumbuk di tangan. "Aku betul-betul bingung sekarang. Aku tak nak Davina fikir pasal masa lampau aku. Aku nak dia cuba terima aku seadanya."dia merenggus lagi. Tangannya naik pula menongkat kepala yang terasa semakin berat.

"Hei."Garvien menepuk perlahan bahu Declan. "Sabar la. Kau jangan cepat putus asa. Selagi Davina tak bagi kau jawapan, kau tak boleh give up macam tu je. Nanti esok-esok kau jugak yang frust menonggeng."

"Sekarang pun aku dah frust...tak payah tunggu esok-esokaku tak faham..kenapa, tapi aku rasa aku jatuh cinta pada masa yang salah dan pada orang yang salah."

"Tak baik kau cakap macam tu. Perasaan kau ni real. Cuma sekarang kau tengah confused. Don't give up. Sebab kau tahu kan hati kau macam mana...She's the one. Dia yang kau tunggu selama ni."pesan Garvien dengan berhemat.

Declan diam mendengarkan kata-kata Garvien. "Aku tak tahu...aku tak boleh nak fikir apa-apa sekarang."dia angkat kepala memandang Garvien.

Dan Garvien nampak betapa devastatednya keadaan Declan. "Maybe kau patut bagi masa untuk diri kau dan Davina ruang...maybe bukan sekarang. Apa yang penting kita focus pada misi kita lepas kapal ni berlabuh. Kemudian kau fikirkan semula hal ni."cadangnya. "Kau pergi la balik ke bilik. Rehat. Mungkin lepas kau rehat fikiran kau lebih jelas."

"Tak pe la. Aku ada banyak lagi benda nak buat lepas ni.."balas Declan dengan keluhan berat. Namun dia yakin dia tak kan boleh focus dengan kerjanya apabila masalah ini menghimpit fikirannya.

"Kau sure?Seriously.Aku dengan yang lain boleh buat penyusunan strategi dan pemantauan ni..Nanti bila kau dah rasa lega, kau boleh sertai kita orang..."Garvien masih tenang melayan gundah Declan. Baginya perkara seperti ini tidak pernah berlaku kepada Declan, Dan pasti sahabatnya ini tidak tentu hala. Declan tak pernah bercinta, tak pernah alami rasa kecewa dan patah hati seperti ini. Jadi sudah jadi tanggungjawab dia untuk sokong Declan.

"Dah namanya tanggungjawab, Nak tak nak aku kena hadap jugak."balas Declan dengan perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience