BAB 7

Romance Completed 4031

“Rania?’ panggil Shafie apabila dia melihat Rania hanya mendiamkan diri dan hanya merenung sahaja makanan yang terhidang di hadapannya.

“Better kan dari melihat dia sedih. Kalau tanpa aku dia bahagia, aku sanggup. Sebab apa yang aku nak adalah melihat dia bahagia.” Luah Rania.

“Kita akan bahagia jika orang yang cintai itu bahagia. Kita sama-sama cari Syalia. Mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk korang berdua. Amirul bahagia, kau juga akan bahagia.” Ujar Shafie.

“Maaf. Aku dah berhenti menulis lagu.” Ujar Syalia dan dia terus menutup pintu. Termangu-mangu Rania dan Shafie melihat reaksi Syalia. Kedatangan mereka untuk memujuk Syalia bekerja semula dengan Amirul disambut dingin dari Syalia. Namun Rania tetap tidak mengalah. Dia yakin dalam hati Syalia masih ada rasa cinta untuk Amirul. Dia sempat menjeling ke dalam rumah Syalia. Bingkai gambar Amirul jelas tergantung di ruang tamu rumahnya. Rania menekan punat loceng berulang kali sambil merayu supaya Syalia membuka pintu dan mendengar penjelasan tujuan kedatangan mereka berdua. Namun Syalia tetap tidak mahu membuka pintu rumahnya.

“Dahlah Nia. Lain kali lah kita datang.” Pujuk Shafie. Namun Rania tetap tidak mahu berganjak. Dia tetap merayu supaya Syalia membuka pintu dan berjumpa dengannya.

“Rania.” panggil Shafie dengan nada suara yang lembut tetapi tegas. Rania terus berhenti menekan punat loceng.

“Jom.” Ajak Shafie. Baru beberapa langkah mereka berdua tinggalkan perkarangan rumah Syalia, Rania patah semula. Dia berdiri di hadapan tingkap rumah Syalia.

“Amirul nak tinggalkan bidang nyanyian. Dia sudah tidak mahu menyanyi. Kerjaya dia dah musnah. Dia tak mampu nak bina semula. Sebab tu dia nak undur diri.” ujar Rania dengan suara yang lemah tetapi jelas kedengaran oleh Syalia kerana Syalia sedang berdiri membelakangkan pintu rumahnya. Selepas meluahkan kata-kata tersebut, mereka berdua terus meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

Sepanjang perjalanan pulang, Rania hanya melayan perasaan hatinya. Shafie yang sedang memandu seakan memahami perasaan Rania turut mendiamkan diri. Menyerahkan insan disayangi kepada insan yang lain bukanlah perkara mudah. Ia memerlukan kekuatan dan ketabahan hati.

Tritt..bunyi telefon bimbit yang menandakan terdapat pesanan ringkas telah menghentikan lamunan Rania. Dia segera membuka dan membacanya.

‘Amirul di mana sekarang ni?’ Rania terus tersenyum selepas membaca SMS tersebut. Shafie yang menyedarinya terus bertanya.

“Syalia. Dia tanya Amirul di mana.” Jawab Rania dengan senyuman terukir di bibir. Shafie turut tersenyum selepas mendengar jawapan Rania.

“Hati perempuan ni lembut. Bila dia sayangkan seseorang tu dia sanggup buat apa sahaja demi kebahagiaan orang yang disayangi.” Komen Rania.

“Selebriti Paling Berjaya Tahun 2012 milik dia kan Nia?” Rania memandang ke arah Shafie dan mengukirkan sebuah senyuman. Tanda mengiyakannya. Shafie hanya menggelengkan kepalanya sahaja melihat sikap Rania. Walaupun sudah dua tahun berlalu, Rania masih tetap menyimpan rasa cintanya terhadap Amirul. Sukar untuk dikikis kerana ia cinta pertama. Itulah alasan yang diberikan oleh Rania apabila dia diminta untuk melupakan Amirul.

Shafie melabuhkan punggungnya di sebelah Rania. Diperhatikan sahaja telatah Rania yang berulangkali membaca berita kejayaan Amirul. Kehadiran Syalia dalam hidup Amirul benar-benar membawa perubahan dalam kerjaya seninya. Siapa sangka, bintang yang telah malap dan musnah suatu ketika dulu kini kembali bersinar dan kejayaan yang diraih silih berganti. Malah nama Amirul Haqim telah melonjak di persada antarabangsa. Amirul bakal mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama yang membuat persembahan secara lansung di hadapan Ratu Elizebeth.

Bacaan Rania menjadi terganggu apabila telefon pejabatnya berbunyi. Rania memandang Shafie. Berharap agar kawan baiknya itu akan menjawab panggilan tersebut bagi pihaknya. Tetapi hampa. Shafie terus bangun dan merebahkan dirinya di atas sofa bertentangan dengan Rania. Dia berpura-pura memejamkan matanya. Dalam keadaan terpaksa Rania bangun dan menjawab panggilan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience