BAB 12

Romance Series 27442

                  Mata diikat dengan kain hitam. Amelia langsung tidak nampak siapa di depannya. Amelia duduk di kerusi.

“Aku kat mana ni?".

Amelia menyoal. Dia sangat takut dengan situasi ini. Belum pernah seumur hidupnya diikat dengan tali.

“Jangan buat bising. Kau selamat di tangan aku.".

Suara Ajkar keluar. Halus suaranya itu dikeluarkan.

“Ajkar.".

Amelia masih kenal suara Ajkar. Dia tidak lupa dengan suara Ajkar.

“Kau nak apa lagi Ajkar? Bukan ke kau da janji dengan aku kau da lepaskan aku.".

Tangis Amelia. Kain di matanya juga dilihat basah. Ajkar tidak peduli. Dia tidak boleh lepaskan Amelia begitu saja.

“Aku tetap akan kahwin dengan kau. Aku terpaksa buat macam ni.".

Amelia terdiam. Tubuhnya diluruskan menghadap suara Ajkar itu.

“Ajkar. Bukan macam ni jalan penyelesaian dia. Sekarang ni aku nak kau buka ikatan kat mata aku dengan ikatan kat tangan aku ni. Aku tak selesa nak cakap dengan kau kalau keadaan aku macam ni sekarang.".

Pinta Amelia dengan suara lembut. Dia tidak mahu lagi bekasar dengan Ajkar. Dia tahu Ajkar seorang yang baik.

“Sebelum aku buka ikatan tu, kau mesti janji dengan aku satu perkara?".

Ajkar memandang Amelia.

“Janji apa".

Tanya Amelia dengan tenang. Walaupun tengah berang dengan kelakuan Ajkar ini.

“Janji yang kau akan kahwin dengan aku.".

Amelia sekali lagi terdiam. Dia tidak tahu menjawab apa. Amelia juga tidak berani janji dengan Ajkar. Dia belum sedia dengan keputusan Ajkar itu.

“Aku tak berani janji kalau pasal tu. Aku nak kau lepaskan tangan dan mata aku sekarang juga.".

Paksa Amelia. Suaranya kuat kali ini. Bangku yang diduduk ditendang menggunakan kakinya. Amelia cuba membuka tali itu dengan tenaganya sendiri.

“Kenapa kau tak nak kahwin dengan aku huh? Teruk sangat ke aku ni? Sampai kau tak nak kahwin dengan aku! Aku boleh bagi hidup kau senang lah.".

Tunduk Ajkar. Dia berasa sedih selepas Amelia menolak permintaannya.

“Bukan soal itu. Aku tak kenal kau langsung. Dan satu lagi kau kena ingat! Aku takkan kahwin kalau orang tu aku tak cinta. Kau faham kan! Kenapa kau tak cari perempuan lain je? Banyak apa?".

Amelia cuba jujur. Dia takkan kahwin mana-mana lelaki sembarangan.

Ajkar memandang ke arah Amelia. Sakit hatinya apabila mendengar kata dari Amelia tadi.

Ajkar pergi ke arah Amelia. Dia mahu buka kain hitam yang menutup mata Amelia.

Selang beberapa minit kain itupun dibuka. Tapi ikatan di tangan Amelia itu belum lagi dibuka oleh Ajkar.

“Kau.".

Amelia mengalihkan pandangan ke arah Ajkar. Lelaki gila menurutnya.

“Ye aku.".

Jawab Ajkar dengan suara garau. Kain hitam yang dibalut di mata Amelia disimpan di meja.

“Tolong lah jangan buat aku macam ni Ajkar. Aku da cakap dengan kau kan. Aku perlu capai cita-cita aku. Aku perlu tunaikan janji mama aku.".

Rayu Amelia dengan tangisan. Air matanya sudah ada di pipi. Ajkar masih tidak kesah. Dia terus memaksa Amelia menjadi isterinya.

“Kau pernah cinta seseorang?".

Tanya Ajkar. Dia tutupkan dulu rasa kecewa itu. Sekarang mahu menumpukan perasaan hati terhadap Amelia.

“Pernah.".

Jawab Amelia. Tangisan pula masih mengalir di matanya. Dia cuba tahan beberapa minit.

“Berapa besar cinta kau dengan dia?".

“Kau cakap apa ni! Aku nak kau lepaskan ikatan kat tangan aku sekarang juga.".

Marah besar Amelia. Dia rasa Ajkar semakin mengarut. Sepatah katanya langsung tidak masuk akal. Apa yang ditanya juga tersimpang.

“Ok. Kau nak aku tinggalkan kau kat sini ke atau apa? Tempat ni gelap tau. Kalau aku tutup lampu kat hujung tu memang seram badan kau. Tempat ni juga langsung tak de orang. Kalau kau tak jawab soalan aku ni, kat sini je lah kau sampai esok pagi.".

Ajkar cuba menakut-nakutkan Amelia. Dia tidak sanggup sebenarnya Amelia duduk di sini dalam keadaan gelap. Dia hanya mahu mengetahui isi hati Amelia.

“Eish! Ye lah. Aku pernah cintakan seseorang masa umur aku 20-an macam tu lah. Kitorang da 4 tahun sama-sama. Aku da anggap dia tu suami aku kadang-kadang. Tapi bila dia da sampai tahap yang tinggi. Maksud aku dia dapat biasiswa lanjutkan pelajaran di luar negara, dia decide tinggalkan aku selama-lamanya. Waktu tu memang hancur hidup aku. Aku ada ayah je masa tu. Yang selalu bagi aku semangat. Sebab mama aku da meninggal masa aku masih kecil. Then bila dia da balik  KL aku ternampak dia dengan perempuan lain. Pegang tangan apa semua. Jujur kata aku masih sayangkan dia. Biar pun dia tinggalkan aku 5 atau 6 tahun lalu. Aku dah lupa. Rasa cinta tu masih kuat. Tapi lama-lama aku fikir benda ni tak penting lagi dalam hidup aku. Ayah aku cakap yang berlalu biarlah berlalu. Aku terus kuat. Kuat kan semangat aku. Aku teruskan kejar cita-cita yang mama aku pesan. Jadi seorang Professor yang berjaya.".

Jelas Amelia ceritakan pengalaman perit yang dulu dia alami. Dia tidak mahu sembunyikan deritanya dulu. Amelia juga tidak mahu buah jatuh dual kali. Lagi-lagi dengan Ajkar. Nampak saja Ajkar dia dapat tahu. Anggap Ajkar seorang playboy tegar.

“Kau nak dengar cerita aku tak?".

Ajkar menahan sebak selepas mendengar cerita Amelia tadi. Dia faham apa yang dialami oleh Amelia dulu.

“Apa kau nak cerita?".

Amelia mahu tidak mahu dengan cerita Ajkar. Dia tidak pasti cerita Ajkar itu betul atau bohong.

“Ok. Terserah dengan kau. Kalau kau nak dengar kau dengar. Kalau tak nak. Aku tak kesah.".

“Ok.".

Amelia memaling muka dengan Ajkar. Kepalanya beralih ke arah kiri. Dia tidak mahu melihat Ajkar.

“Banyak pempuan tolak pinangan aku. Kalau ikut betul da 20 lebih perempuan. Aku masih ingat kata-kata ayah aku. Dia nasihatkan aku macam ni, Ajkar kalau kau nak bercinta ataupun kahwin, kau kena pastikan yang perempuan tu jujur dan ikhlas mencintai kau. Sebab kau tu bukan anak yang macam anak yang ada kat luar tu. Kerja kau bahaya. Kalau kau ada isteri nanti, risiko yang berlaku terhadap keluarga kau semua dalam bahaya. Sebab tu lah sampai sekarang aku tak kahwin-kahwin. Semua perempuan yang pernah datang kat rumah aku ditolak oleh bapa aku sendiri. Dia dapat cam sama ada perempuan tu ikhlas atau hanya mahu dapatkan duit yang aku ada sekarang ni. Pernah sekali aku dengan ayah aku bergaduh besar memalam tu. Aku cakap dengan ayah aku, yang aku bukan muda lagi nak terus bujang macam ni. Aku da besar. Dah tiba masa sekarang ni aku kahwin. Macam orang yang ada sekarang kat luar tu. Ayah aku cakap. Selagi kau tak jumpa dengan perempuan yang betul-betul cintakan kau, selagi tu lah ayah tak benarkan kau kahwin. Dia cakap juga dia tak akan terima mana-mana perempuan yang aku da bawa jumpa dengan dia.".

Amelia memandang Ajkar kembali. Semua yang diperkatakan Ajkar tadi didengar.

“Habis tu kenapa kau nak kahwin juga dengan aku? Sedangkan bapa kau tak akan setuju. Jangan paksa aku lah Ajkar. Aku sarankan kau, kau cari perempuan lain yang betul-betul ikhlas mencintai kau. Sorry Ajkar aku terpaksa menolak apa yang jadi kemahuan kau. Aku tak boleh. Dan aku belum sedia tempuh hidup kahwin dengan orang yang aku tak cinta. Kau faham kan?".

Ajkar terdiam dengan kata-kata yang dikeluar dari mulut Amelia.

“Ya. Memang ayah aku tak akan bagi. Amelia aku da bosan hidup macam ni. Ayah aku tetap tak akan setuju mana-mana perempuan kahwin dengan aku. Sebab tu lah aku terpaksa culik kau untuk bahagiakan hidup aku. Aku tak nak buat kerja bodoh tu semua lagi. Cari perempuan. Pas tu jumpa dengan ayah aku. Memang tak akan jadi juga. Sia-sia. Ayah aku tetap tak setuju. Aku da muak dengan sikap ayah aku tu. Sekarang ni aku akan pastikan yang kau akan kahwin dengan aku.".

Amelia kehilangan kata-kata. Mata Ajkar kelihatan marah. Dia terpaksa berdiam seketika. Dia faham apa yang dialami oleh Ajkar sekarang ini.

“Kenapa kau diam?".

Ajkar perasan yang Amelia diamkan diri. Rasa bersalah juga ada selepas besarkan suaranya ke arah Amelia.

“Ajkar please jangan buat keputusan gini. Aku betul-betul merayu dengan kau Ajkar. Jangan libatkan masalah kau tu dengan aku. Aku tak rela Ajkar. Aku tak rela jadi pasangan kau. Benda ni bukan main-main Ajkar. Ini soal kahwin. Soal hidup dan mati aku. Selagi cita-cita aku belum tercapai aku tak akan kahwin dengan kau Ajkar.".

Tekanan mula muncul di kepala Ajkar. Amelia tetap menolak kemahuannya. Ajkar tidak tahan. Ajkar mengambil botol air yang sudah diisi ubat tidur pada Amelia.

Ajkar ke arah Amelia bersama-sama dengan botol air itu. Air itu mahu diminumkan Amelia.

“Ajkar kau buat apa ni? Ajkar please Ajkar. Jangan buat aku macam ni. Aku tak nak minum air ni.".

Ajkar memaksa menuangkan botol air itu di mulut Amelia. Botol itu becucuran jatuh ke arah mulut Amelia. Dia tidak dapat mengelak walaupun kepalanya dipusing-pusing. Disebabkan tangannya sudah diikat dengan ketat.

Beberapa minit kemudian Amelia tidur tanpa sedarkan diri. Ajkar pula memanjat papan yang bertingkat itu. Malam ini dia akan jaga Amelia. Amelia harus tidur.

“Kau tetap milik aku!".

Ajkar lantas tidur di papan itu. Dia juga tidak lupa beri jaketnya pada badan Amelia. Ajkar akan jaga Amelia seperti dia menjaga dirinya sendiri sekarang. Amelia tetap akan menjadi milik Ajkar. Itu lah yang dimahukan oleh Ajkar sekarang ini!

Keputusan Ajkar muktamad!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience