Bab 7

Young Adult Completed 7336

Sebelum masuk waktu maghrib, Mawar telah terlebih dahulu menyiapkan semua kerja sekolahnya dan mengulang kaji sedikit. Dia merancang untuk menyambung sesi ulang kaji ringkas itu selepas malam nanti.

Sambil menanti waktu maghrib masuk, dia sempat termenung sejenak memikirkan nasib yang bakal menimpanya di sekolah esok.

Kalau tadi dia bernasib baik kerana niat Suhaila dibantutkan oleh ibunya, cikgu Haizi, yang mengajaknya pulang ke rumah, Mawar tidak berasa hal yang sama akan terjadi esok.

Suhaila tentu akan memastikan hasratnya tercapai.

Mawar pula tidak mahu mengalah begitu sahaja. Walaupun dia sendiri tidak dapat menjangka apa yang bakal Suhaila dan tiga orang suruhannya itu lakukan esok.

Dengan rawak, pesanan Mak Ngah petang tadi terlintas sejenak di dalam kepalanya. "... mengadu dekat Allah tentang masalah yang Mawar hadap dekat sekolah." Ayat itu bergema berulang kali.

Pesanan itu telah Mawar turuti tadi - bukan sahaja selepas solat zohor. Bahkan, selepas solat asar pun sama! Cuma, dia masih tidak nampak apa perlunya dia berbuat sedemikian.

"Mengadu pada Allah? Apa faedahnya aku buat macam tu?" bisiknya perlahan pada diri sambil dia cuba merungkai mesej tersirat yang hendak disampaikan oleh ibu saudaranya itu.

Mawar mengaku dia agak jahil. Pun begitu, kejahilan di dalam soalannya tadi bukanlah kerana hendak mengecil-ngecilkan pesanan ibu saudaranya atau memandang rendah langsung.

Dia cuma tidak mengerti.

Mungkin apa yang Mawar perlukan ialah sedikit bimbingan dan penjelasan?

"Mawar! Jom makan!" laung Suhana dari dapur lantang. Dia tidak meminta bantuan Mawar untuk memasak makan malam kerana ingin membiarkan anak saudaranya itu memberi sepenuh tumpuan menjalankan tanggungjawab paling utamanya - belajar.

Mawar melangkah keluar dari bilik dan terus menuju ke dapur. Sementara Suhana sibuk menghidangkan lauk, Mawar tanpa disuruh mengambil dua biji pinggan. Nasi disenduk dan diletakkan ke atasnya.

Beberapa minit kemudian, kedua-dua beranak itu akhirnya sudah bersedia untuk duduk bersama dan menikmati makan malam ringkas itu.

"Kenapa Mak Ngah letak buah banyak-banyak dekat atas meja tu?" Rasa pelik yang menjengah membuatkan Mawar bertanya soalan itu.

Bukan satu jenis buah sahaja yang ada di situ!

Sampai tiga! Manalah Mawar tak rasa pelik?

"Malam ni, kawan-kawan usrah Mak Ngah nak datang ziarah nanti," jawab Suhana selamba lalu mengunyah makanan sejenak sebelum menyambung jawapannya, "... itu yang Mak Ngah sediakan buah tu, untuk mereka semua jamu sikit-sikit."

Terangguk-angguk Mawar mendengar jawapan Suhana itu. Seketika, dia teringat pujukan arwah mak kepadanya dulu. Puas mak memujuk dia menyertai usrah di bawah seliaan kawan baiknya, mak cik Solehah.

Sampai ke akhir hayat mak, pujukan dan permintaan itu langsung tidak Mawar penuhi. Mengingatkan kenangan yang menyedihkan itu, sebuah keluhan berat Mawar lepaskan secara tidak sengaja.

"Aik? Dah kenapa tu?" tanya Suhana.

"Teringat arwah mak. Dulu mak selalu pujuk Mawar masuk usrah bawah kawan mak, tapi Mawar selalu tolak, cakap tak nak." Tanpa Mawar menjelaskan lebih lanjut, Suhana memahami riak wajah dan nada suara itu - penyesalan.

Beberapa minit berlalu, Mawar dan Suhana kemudian menyambung menjamu selera sehingga mereka siap akhirnya.

Selesai mengemas meja makan itu bersama-sama, Suhana meminta Mawar yang sudah habis membasuh pinggan itu duduk sejenak untuk berbicara dengannya.

"Nak tak jumpa sekali kawan-kawan usrah Mak Ngah malam ni? Tapi, Mawar seorang sajalah yang muda lagi. Ahli lain semua baya-baya Mak Ngah." Suhana menjelaskan sambil tersenyum ceria.

Mawar teragak-agak untuk bersetuju.

Bukankah ahli usrah itu orang yang baik-baik semuanya?

Mawar ni dahlah bekas pembuli. Anak derhaka. Menyusahkan orang selalu pula tu. Solat dia lagilah? Memang tak terjaga, baru-baru inilah Mawar terbuka hati nak mencuba.

"Tak apalah, Mak Ngah. Mawar malu," ujar Mawar lalu mengelak hubungan mata dengan ibu saudaranya itu. Suhana yang duduk di sebelah jadi tertanya.

"Malu sebab ramai orang tua ke?" soal Suhana.

"Bukan. Mawar malu sebab Mawar banyak dosa," balas Mawar.

Setakat ni, macam mana cerita SSM ni pada pandangan korang? Okey tak? (⁠;⁠^⁠ω⁠^⁠) Jemput kongsikan cerita SSM ni pada kawan-kawan korang, ya! (⁠ノ⁠◕⁠ヮ⁠◕⁠)⁠ノ⁠*⁠.⁠✧

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience