BAB 15

Romance Completed 2053

Sebelum dia sempat meneruskan kata-katanya, matanya terarah pada belakang aku.

“Cindyella !” satu suara seperti budak menjerit memanggilnya dari arah belakang aku. Ni mesti budak tu. Aku turut menoleh. Sah! Memang dia.

“Eyra!” Cindyella melambai-lambai ke arah Eyra yang semakin menghampiri kami.

Sewaktu menghampiri kami, mata tajam Eyra merenung aku. “Firhan. Eh, tadi si Taza datang cari I tau. Dia tanya pasal brooch rama-rama warna pink. Milik budak perempuan yang menari dengan you semalam. Tell me, Fir. You like the girl who dance with you?” Selepas itu, matanya dilirik ke arah Cindyella yang mukanya merah padam. “What’s wrong, Cindyella ?”

“Eh? Nothing. Jomlah kita pergi.” Cindyella mengheret Eyra pergi dari situ dengan wajahnya masih merah.

Melihatkan mereka semakin jauh dari aku, aku mengeluh dan menghela nafas dengan lega.

“So, it’s you.”

AKU baru sahaja selesai mandi sewaktu Taza menyerbu aku di dalam dorm. Bersama Charlie, Jiji dan Akmal. Mereka kelihatan teruja. Atau mungkin tersangat teruja. Kecuali si Akmal. Dia kelihatan sangat sedih.

“Kenapa dengan kau orang ni?” Tuala kecil yang tersangkut di hujung katil, aku ambil dan lap badanku.

“Aku dah tahu siapa Cinderella kau, dude!” Taza menggoncangkan badan aku berkali-kali. Seperti Cinderella aku itu dia yang punya.

“Cindyella Mirae, Eyra’s bestfriend, right?” Teka ku.

“What? Macam mana kau tahu?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience