31

Romance Series 93217

Suasana di dalam kafe Chill & Brew kelihatan tenang dan damai. Irama sentimental yang berkumandang di seluruh pelosok kafe menambahkan lagi suasana tenang di dalam kafe itu. Dari jauh kelihatan Ezmal sedang mengatur langkah laju mendekati Harraz. Peluh memercik di segenap ruang wajahnya. Cuaca di luar memang sangat panas pada ketika ini. Mujurlah keadaan di dalam kafe ini agak sejuk. Jadi dapatlah Ezmal melepaskan lelahnya dengan tenang.

“Sorry bro, aku lambat! Last minute pulak si Khairul dari Indah Holding tu datang. Kalau tak, aku dah joined kau tadi. By the way, apa mimpi kau tiba - tiba ajak aku lunch sekali ni?" Soal Ezmal pelik.

Harraz tersenyum. Dia sudah dapat mengagak soalan pertama yang akan keluar dari bibir Ezmal. Sebelum dia sempat menjawab, mereka telah didatangi seorang pelayan restoran untuk mengambil pesanan. Sebaik pesanan dibuat, pandangan Harraz kembali tertumpu ke arah Ezmal.

“Saja je aku ajak kau lunch sama. Lagipun dah lama sangat kan kita tak lepak sama - sama macam ni? Kau tu yang busy sangat. Entah merajuk apa dengan aku sampai kena bawa diri ke Rusia. And now bila dah balik sini pun, still juga takde masa untuk aku. Mengalahkan PM je busy kau tu." Ujar Harraz bersahaja.

Ezmal tertawa kecil. Dia tahu Harraz sedang memerlinya saat ini. Wajah tenang Harraz ditenung lama. Jauh di sudut hatinya, Ezmal tahu bahawa Harraz sedang berkecil hati dengan sikapnya. Manakan tidak. Sejak sepupunya itu berkahwin, dia sendiri yang menjauhkan dirinya dari Harraz. Puas lelaki itu mengajak dia ke sana ke sini dan lepak bersama, namun Ezmal lebih gemar memberi pelbagai alasan. Akhirnya hubungan persaudaraan mereka kelihatan semakin renggang.

“Sorry bro! Aku tahu kau kecil hati dengan aku. Aku bukan tak nak jumpa kau sebenarnya. Cuma aku rasa tak manislah kalau kita nak lepak - lepak macam dulu lagi. Kau sekarang pun dah berkahwin. Status kau pun dah berbeza. Isteri dan anak - anak kau lebih memerlukan kau. Masa kau dengan dia orang lebih penting aku rasa. Lagi - lagi bila kau ada anak kecil macam ni. Betul tak?" Ezmal cuba memberi alasan.

“Yup. Betul la tu. Tapi kau boleh je kan datang umah aku? Lepak sama - sama. Lagipun kau pun bukannya tak kenal Aayra. Bekas PA kau jugak. For sure Aayra pun tak kisah kalau kau datang lepak dengan kita orang." Balas Harraz.

‘Aayra!! Ya, nama itulah yang menjadi penyebab utama mengapa aku menjauhkan diri aku dari kau selama ini Harraz. Aku tahu kau tak bersalah dan tak sepatutnya aku libatkan diri kau dalam hal ini. Semuanya berpunca dari diriku sendiri. Aku terlalu ego dengan perasaanku. Pengakhiranya aku jua yang merana. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Mana mungkin aku sanggup untuk melihat kemesraan kalian di depan mataku sendiri? Dari aku terus membiarkan diriku menanggung kesakitan, lebih baik aku mengelak dari bertemu kalian berdua. Maafkan aku, Harraz.' Monolog Ezmal di dalam hatinya.

Suasana sepi seketika. Masing - masing seakan asyik melayan perasaan. Harraz masih setia merenung wajah Ezmal. Entah mengapa dia merasakan penampilan Ezmal kini sudah jauh berbeza berbanding dahulu. Jika dahulu, Ezmal memang sangat terkenal dengan imej smart and stylo dikalangan staffs ZE Corporation. Malah fesyen - fesyen yang digayakannya sentiasa kelihatan up to date. Tetapi kini, semuanya sudah berbeza. Wajah Ezmal tidak lagi kelihatan kemas seperti dahulu. Susuk tubuhnya juga kelihatan agak susut. Penampilannya kini tidak ubah seperti orang yang hilang arah hidup. Langsung tidak terurus.

“Ez, kau ok ke?" Tiba - tiba soalan itu terpacul dari bibir Harraz.

Ezmal kaget. Entah mengapa dia seakan terkesima mendengar soalan itu. Tubuhnya menjadi kaku. Perlahan - lahan dia menatap wajah Harraz di hadapannya. Wajah itu kelihatan sungguh tenang memandangnya. Dari riak wajah Harraz, Ezmal yakin bahawa sepupunya itu seakan bisa membaca isi hatinya. Namun Ezmal masih berpura - pura seakan tidak mengerti.

“Aku ok jelah. Kau dah kenapa tiba - tiba soal aku macam ni? Kenapa muka aku ni nampak macam orang yang dah nak mati sangat ke?" Seloroh Ezmal sambil berpura- pura tenang.

Harraz tersenyum sinis. Dia tahu Ezmal sedang berpura - pura tenang. Walaupun hubungan mereka sudah semakin renggang, namun dia tahu betapa Ezmal sangat terseksa saat ini. Cuma Harraz tidak tahu mengapa Ezmal ingin merahsiakan semua itu dari pengetahuannya. Lebih menjadi tanda tanya apabila Ezmal lebih rela memilih untuk menceritakan segala - galanya kepada Aayra berbanding dirinya sendiri. Walhal suatu ketika dahulu, dia lah orang pertama yang akan dicari jika Ezmal mempunyai masalah.

“Come on, Ez. I knew you. Kau tak perlulah nak pura - pura tenang depan aku sekarang. Aku faham sangat dengan perangai kau tu. Kita ni membesar sama - sama, Ez. Jatuh bangun kau selama ni, semuanya aku tahu. So what it is? Tell me now!!" Soal Harraz bernada tegas.

Ezmal tersentak. Dia menelan air liur laju. Wajah serius Harraz masih menjadi tatapannya. Kali ini dia tahu Harraz benar - benar memaksudkan apa yang telah diperkatannya. Suka atau tidak, dia harus menceritakan semuanya kepada Harraz. Tiada guna lagi dia merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Harraz kerna lambat laun, lelaki itu pasti tahu juga. Tanpa sedar satu keluhan berat lahir dari bibirnya.

“Everything is over! We're just broke up." Luah Ezmal perlahan.

“I knew it. But why? What happened actually?" Soal Harraz lagi.

“Dia curang dengan aku, Raz! Depan mata aku sendiri perkara tu terjadi. Kau rasa?" Soal Ezmal pula.

Hampir buntang mata Harraz mendengarkan kenyataan itu. Walaupun pada awalnya dia sudah tahu akan kenyataan itu dari mulut isterinya sendiri, namun perasaan terkejut dan berdebar - debar itu masih jua dapat dirasakan saat ini. Apatah lagi cerita itu disampaikan sendiri oleh Ezmal.

“Macam mana kau boleh tahu perkara ni? Ada orang report dengan kau ke?" Harraz mula menunjukkan rasa ingin tahunya.

“My instinct yang membawa aku ke sana. So dari situlah segala - galanya terbongkar." Cerita Ezmal tenang.

“Kau ada confront dengan dia orang? Apa kata Ramona dan lelaki tu?" Soal Harraz.

“Kau tak nak tahu siapa lelaki tu?" Kali ini Ezmal pula yang bertanyakan soalan cepu mas itu kepada Harraz. Senyuman sinis terhias di tepi bibirnya.

“Siapa?" Harraz semakin berdebar - debar. Entah mengapa dia merasakan isu ini semakin panas.

Ezmal tidak menjawab dahulu. Gelas yang berisi jus oren itu dicapai lalu disedutnya perlahan. Riak wajahnya juga kelihatan sangat tenang. Namun begitu Harraz tahu betapa Ezmal sangat terluka saat ini. Apatah lagi apabila terpaksa menceritakan detik - detik itu semula kepadanya.

“Yasir!!" Nama itu disebut dengan riak yang bersahaja.

Sekali lagi Harraz bagaikan terkesima saat mendengar jawapan Ezmal. Wajah tenang Ezmal ditenung sedalam - dalamnya. Dia cuba mencari kepastian di sebalik wajah tenang itu. Entah mengapa dia merasakan dadanya menjadi sesak secara tiba - tiba. Jujur dia seakan tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Namun Harraz yakin Ezmal tidak akan menipunya. Apatah lagi di saat - saat begini.

“Astaghfirullahal'azim!! Kau biar betul, Ez? Uncle and aunty tahu tak hal ni?" Soal Harraz cemas.

Ezmal menggeleng. Itulah kelemahan dirinya saat ini. Walaupun dirinya sudah dikhianati, namun Ezmal masih tidak sanggup untuk menceritakan segala - galanya kepada kedua ibu dan bapanya. Baginya jika kedua orang tua mereka tahu akan hal ini, ianya umpama menempah maut buat Yasir.

“Aku tak sampai hati nak ceritakan hal ini dekat mom and dad. Sebolehnya aku tak mahulah perkara ni sampai ke pengetahuan dia orang. Aku takut. Aku takut jika dad ambil tindakan yang keterlaluan dekat Yasir. Kau pun tahu dad tu macam mana kan? Buruk - buruk Yasir tu, dia tetap adik aku, Raz." Luah Ezmal sayu.

“Tapi sampai bila kau nak rahsiakan hal ni? Lambat laun dia orang akan tahu jugak." Harraz meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya.

Ezmal mengangkat bahu tanda tidak tahu. Ikutkan hatinya, dia mahu perkara itu segera diselesaikan tanpa pengetahuan Tan Sri Zamir dan Puan Sri Elise. Namun apalah dayanya. Dia hanya mampu merancang selebihnya Allah yang menentukannya.

"Sumpah aku tak sangka berat sangat dugaan yang kau tanggung selama ni. Aku sendiri tak tahu macam mana nak handle if perkara ni terjadi dalam hidup aku. Aku kagum dengan kau, Ezmal. Kau betul - betul kuat." Puji Harraz ikhlas.

Ezmal tersenyum nipis. Luarannya mungkin nampak dia seorang yang kuat. Tetapi hakikatnya tiada siapa yang tahu.

“Aku harap kau mampu settle kan hal ni secepat yang mungkin. Suka atau tak, kau kena juga ceritakan hal ni dekat parents kau. Mungkin pada awalnya uncle akan mengamuk. Tapi percayalah cakap aku. Lama - kelamaan amarahnya itu akan hilang juga. Kau sabarlah." Pujuk Harraz.

“In shaa Allah. Tengoklah macam mana nanti. By the way, thanks bro!! Thanks sebab sudi dengar cerita aku. Lapang sikit hati aku ni." Ujar Ezmal bersama senyuman di bibir.
Harraz mengangguk faham. Jauh di sudut hatinya, dia berdoa agar Allah terus memberikan kekuatan untuk Ezmal dalam meneruskan kehidupannya. Semoga ada sinar kebahagiaan akan menghampiri sepupunya itu suatu hari nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience