DCM: BAB 1

Romance Completed 76405

TIGA tahun kemudian, bukan tempoh yang sekejap bagi aku. Banyak yang aku tempuhi untuk menjadi seorang yang kuat mental dan fizikal bila berhadapan dengan maksu. Aku telah menamatkan pelajaran di sekolah menengah dengan keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang. Aku telah diterima masuk untuk sambung belajar di salah sebuah universiti tempatan yang tidak jauh dengan rumah paksu.

Niatku ingin tinggal di asrama terbantut apabila maksu telah menghasut paksu supaya tidak mengizinkan aku untuk hidup berdikari. Alasannya kerana aku masih muda dan risau jika nanti aku akan bersikap liar dan sukar untuk dikawal. Ya, aku bencikan maksu, semakin galak dia membuli aku nanti.

Hari pendaftaran untuk sesi pembelajaran tahun itu, aku ditemani oleh paksu dan maksu. Selesai sahaja pendaftaran, kami dikehendaki untuk menjalani sesi orientasi tapi bersungguh-sungguh maksu menolak supaya aku tidak ikut dalam orientasi tersebut sehingga dia sanggup menipu fasilitator bahawa aku mengalami penyakit kulit yang teruk. Maksu juga menghasut paksu supaya tidak membenarkan aku ikut orientasi.

"Awak, tak payah la izinkan Melati joint orientation tu, dah la sayang tengok ramai lelaki tak senonoh. Awak nak ke nanti Melati tu berkawan dengan dia orang tu. Ingat sikit yang awak tu menjaga amanah arwah abang Nazri dan akak Fariha. Jadi apa-apa kat Melati tu, apa awak nak cakap kat akhirat nanti…" ujar maksu kepada paksu.

Aku memerhatikan wajah paksu yang hanya diam sahaja. Aku tahu paksu sedang berfikir dan aku pasti paksu akan ikut sahaja kata-kata maksu. Aku mungkin dimanjakan oleh paksu tetapi hal berkaitan pelajaran, maksu lah yang menjadi penasihat pertama paksu. Patutnya aku tidak berharap kerana sejak awal lagi aku tahu hidupku tidak semudah yang aku bayangkan.

"Betul jugak apa sayang cakap tu. Melati, paksu tak izinkan Melati ikut orientation. Lagipun, Melati boleh buat preparation minggu ni, tak perlu tunggu masuk class minggu depan. Ada banyak masa Melati kat rumah nanti," kata paksu bersungguh-sungguh.

"Yer, paksu…" balasku pendek. Aku gagal lagi untuk berjauhan dengan maksu. Tubuhku pasti akan menjadi 'punching bag' maksu lagi. Cukup lah derita yang aku alami selama ini, kali ini aku akan melawan dengan tulang empat kerat yang aku ada ini.

CKANG!!!

Bunyi pasu bunga Tulip yang jatuh itu bergema di dalam rumah. Aku menoleh kaget dan mataku terbuka luas. Dadaku turun naik laju seperti baru sahaja menamatkan larian seratus kilometer. Peluh di dahi aku seka dengan hujung jari runcingku. Bola mataku liar memerhatikan sekeliling. Figura maksu tidak kelihatan. Aku menghembus nafas lega. Langkah kaki aku cepatkan tetapi dalam nada perlahan. Terjengket-jengket kakiku memanjat anak-anak tangga dan masuk ke dalam bilik. Pintu ku kunci daripada dalam.

Malam melabuhkan tirainya. Aku duduk termenung di tepi tingkap membuang pandang ke arah luar. Gerimis yang turun seperti dapat membaca apa yang aku rasakan saat ini. Hatiku berdebar-debar menunggu hukuman yang bakal aku terima sebentar lagi. Pasti maksu telah perasan pasunya yang pecah itu.

Tok Tok Tok

Pintu bilikku diketuk kuat. Aku menoleh ke arah pintu. Pasti maksu, fikirku. Aku menapak perlahan-lahan disusuli dengan doa di dalam hati. Tombol pintu ku pulas dan menguak daun pintu. Sosok tubuh maksu sedang berdiri di hadapanku.

"Ha, Melati. Tadi kau pergi mana-mana tak?" soal maksu sambil menilik wajahku.

"Tak pergi mana-mana pun. Melati kat bilik jer. Kenapa maksu?" soalku pula dengan wajah bersahaja.

Maksu menggaru kepalanya dan menyelit rambut yang jatuh di wajahnya ke belakang telinga. "Kalau kau kat bilik, siapa pecahkan pasu bunga aku? Hurm. Hisy geram betul. Mesti ada siapa-siapa yang pecahkan," kata maksu. "Kau memang tak pergi mana-mana ke? Betul ni?" soal maksu dengan mata yang sengaja dijegilkan.

Aku mengangguk. "Betul, maksu. Melati tengah kemas barang-barang Melati. Melati tak turun bawah. Betul," beritahuku bersungguh-sungguh. Air liur yang aku telan terasa tercekik di kerongkong. Kakiku tidak dapat digerakkan seperti telah melekat di lantai.

"Hisy, siapa yang buat ni. Kalau aku dapat tahu, memang siap lah dia aku kerjakan!" Kata Maksu sambil berjalan meninggalkan aku yang masih berdiri di muka pintu.

Nafas lega ku hembus perlahan. Pintu aku tutup kembali dan aku melompat naik ke atas katil. Bibirku mengukir senyuman puas.

"Maksu tu tak habis-habis nak salahkan aku walaupun memang aku yang salah tapi mana adil macam tu. Betul tak mama dan papa?" kataku sambil merenung gambar papa dan mama yang berada di sisi katil. Aku cuba pejamkan mata dan entah bila aku tertidur.

"SAYANG, kenapa dengan awak ni dah macam kucing nak beranak?" soal paksu yang sedang duduk di meja makan.

"Saya geram, semalam pasu bunga yang saya beli dekat Turkey tu pecah. Saya nak tahu siapa yang buat. Mesti ada orang jatuhkan, kalau tak macam mana boleh pecah," kata maksu dengan dengusan kasar.

Paksu menggelengkan kepalanya. "Suka hati awak lah. Melati, nanti nak ikut paksu pergi tengok kebun bunga tak?" soal paksu kepadaku.

"Hah, nak. Melati nak ikut." Balasku dengan wajah yang ceria.

"Ha, tak payah. Abang tahu kan yang dia kena belajar. Kenapa abang suka sangat ajak dia keluar. Class yang hari tu pun dia tak joint tau sebab abang sibuk nak usung dia ke hulu dan ke hilir. Tu yang dia suka melawan cakap saya tu…" kata maksu sambil mencedok nasi goreng kampung ke dalam pinggan.

"Bukannya selalu pun. Lagi pun Melati ni selalu jer joint class yang lain. Kesian dia asyik terperuk jer dalam rumah ni. Sekali sekala apa salahnya dia keluar jalan-jalan."

Aku mengangguk laju. Mengiyakan kata-kata paksu. Maksu memandangku dengan ekor matanya. Aku menunduk takut.

"Saya ni bukannya apa, abang. Saya taknak la nanti Melati banyak ketinggalan. Nanti terbantut pula pelajaran dia," tutur maksu lembut sambil mengusap jemariku. Ternampak jelas lakonan di wajah maksu.

"Iya lah dah sayang kata macam tu. Lain kali kita pergi yer Melati. Melati ikut jer lah cakap maksu tu. Jom lah kita makan."

"Semalam Melati kata sakit perut kan? Mesti sebab makan banyak sangat. Risau kalau awak tengok Melati makan semalam, dah macam orang kebulur, padahal hari-hari jer dia makan. Tu yang sakit perut tu. Ni kalau minum jus oren ni, kejap lagi mesti sakit perut pula. Tak payah la minum. Makan pun jangan banyak-banyak," kata maksu lagi.

"Err maksu, Melati okay jer," jawabku pendek.

"Melati sakit ke? Kenapa paksu tak tahu pun? Hurm sekarang ni Melati dah pandai berahsia dengan paksu kan," kata paksu dengan suara yang mendatar.

Aku hanya menggeleng. Paksu tak tahu perkara sebenar yang aku sakit perut kerana tidak makan. Seharian maksu tidak mengizinkan aku makan dan semalam aku pergi ke dapur untuk mencuri makanan tetapi nasibku kurang baik kerana terlanggar pasu bunga maksu.

"Biasa lah tu, abang. Budak-budak bila dah meningkat remaja memang ada jer benda dia nak rahsiakan," ujar maksu dengan senyuman sinis.

"Hurm tak apalah. Paksu ni tak penting pun kan sebab tu Melati nak rahsiakan banyak perkara dengan paksu…" kata paksu lalu bangun meninggalkan kami di meja makan.

"Paksu…" panggilku perlahan.

"Susanti, cepat kemas meja ni. Semua dah siap makan," arah maksu.

"Tapi maksu, Melati tak sempat nak makan lagi."

Aku cepat-cepat menyuap nasi goreng ke dalam mulut tetapi maksu lebih pantas menarik pinggan yang berada di hadapanku. Aku terpinga-pinga.

Tergopoh-gapah Kakak Susanti berlari daripada dapur dan berdiri di sebelahku.

"Susanti, nanti buang semua makanan ni. Jangan simpan walau satu pun. Faham!" Arah maksu dengan suara yang keras.

"Iya, puan."

Maksu berdiri sambil bercekak pinggang melihat Kakak Susanti mengemas meja makan. Aku hanya mampu memerhatikan sahaja makanan tersebut dibuang ke dalam tong sampah.

"Lepas ni, suruh Melati basuh semua pinggan mangkuk ni dan susun dekat rak. Aku taknak tengok satu pinggan pun ada dalam sinki, kalau tak siap kau!" Pesan maksu lagi. Matanya terarah ke wajahku.

"Err iya, puan." Balas Kakak Susanti sambil memandang wajahku.

Aku hanya diam sambil menunduk memandang jemariku. Nampaknya terpaksalah aku menjadi 'cat women' lagi malam ini. Nafas ku hembus perlahan.

Selesai sahaja Kakak Susanti mengemas meja makan, dia membawa pinggan dan mangkuk dan di letakkan dalam sinki. Aku mulakan kerja yang diamanahkan oleh maksu tadi.

"Cik enggak perlu lakuin semua ini. Nanti, biar saya aja yang beresin semua nya. Cik masuk aja dulu ke dalam kamar," kata Kakak Susanti serba salah.

"Tak boleh la akak, nanti maksu marah. Nanti akak pula yang kena tempias. Tak apa, tak banyak pun," ujarku sopan. Aku tidak mahu nantinya Kakak Susanti akan dimarahi oleh maksu.

Kakak Susanti hanya mengangguk sahaja. Dia berlalu ke ruang tamu meninggal aku sendirian di dapur. Aku meneruskan kerjaku perlahan-lahan. Dari jauh aku dapat mendengar suara maksu yang sedang berbual dengan paksu.

"Abang nak keluar ke? Okay lah macam tu, nanti saya tengok-tengokkan Melati."

"Okay lah, kalau ada apa-apa beritahu abang. Err Mela…"

"Abang." Potong maksu. "Err awak jangan la kacau dia. Dia tengah makan la. Kesian dia mesti dia lapar kan," kata maksu kuat.

"Hurm yer lah. Melati, paksu keluar sekejap. Ada apa-apa Melati call paksu," jerit paksu kuat supaya aku dapat mendengar kata-katanya.

Pipi yang basah dengan air mata yang merembes tanpa silu aku biarkan sahaja. Dengan cara itu aku dapat meluahkan rasa sedihku dengan layanan maksu terhadapku.

"Nah! Lepas ni kau basuh semua baju-baju ni. Aku nak kau basuh guna tangan." Arah maksu.

Aku tersentak. Wajah maksu ku tenung lama sambil mengerutkan dahi. "Mesin basuh kan ada, kenapa nak kena guna tangan?" soalku kerana merasa pelik dengan cara maksu.

"Kalau aku suruh tu kau buat jer lah. Kau ni kan, memang tak habis-habis nak melawan cakap aku. Kau memang tak pernah serik kan?" tengking maksu betul-betul di telinga aku. Tangannya pula singgah di telingaku.

"Aduh, maksu. Melati sakit lah. Jangan lah…" Aku merayu lantas memegang tangan maksu. "Maksu, sakit."

"Lepas ni kau jangan melawan, kau faham tak." Kata maksu disusuli dengan ketukan yang kuat di kepalaku.

Aku terjelepok di atas lantai. Maksu memijak pehaku dan tangannya menarik rambutku pula. Wajahnya menyinga.

"Dah lama aku sabar dengan kau tapi kau tak habis-habis nak naikkan darah aku. Kau ingat kau ada paksu, kau boleh jadi permaisuri dalam rumah aku? Kau tak kenal lagi siapa aku. Sebelum kau mampus aku kerjakan, baik kau ikut arahan aku. Kau faham!"

"Puan, jangan puan. Kasihani dia, puan." Rayu Kakak Susanti.

"Kau pergi depan sekarang. Pergi!"

Aku memerhatikan Kakak Susanti yang berlalu pergi, sesekali dia akan mengalih memandangku. Aku pula hanya mampu meraung kesakitan. Puas aku merayu tetapi maksu tidak mengendahkan rayuan aku.

"Maksu, Melati dengar cakap maksu. Jangan pukul Melati. Melati salah. Maksu…" rayuku sambil memeluk kaki maksu.

"Owhhh bila kau sakit baru kau nak dengar cakap aku. Hidup kau ni memang menyusahkan aku kau tahu tak. Sebab kau ada lah paksu kau cukup susah nak bagi aku keluar. Balik-balik aku kena jaga kau. Balik-balik semuanya nak belikan untuk kau. Habis aku ni apa? Orang luar? Sekarang aku nak kau sedar yang aku ni queen dalam rumah ni dan sampai bila-bila pun kau takkan boleh rampas title aku. Kau faham?" kata maksu sambil mengetap gigi.

Maksu melepaskan cengkamannya dan berjalan mengelilingi ruang dapur. Selepas itu, di menapak ke luar. Agak lama maksu berada di luar rumah. Tidak lama kemudian, maksu kembali dengan sejambak ranting bunga mawar di tangannya. Dia menghampiriku. Aku mula mengesot ke belakang. Jantungku berdegup laju seperti mahu melompat keluar daripada dadaku. Senyuman senget maksu menakutkan aku. Tangannya diangkat tinggi lalu mengibas ranting bunga mawar di tubuhku.

"Arghhh, sakit. Maksu, sakit…" jeritku kuat. "Maksu, jangan. Melati sakit. Arghhh…"

Duri daripada bunga mawar itu menyucuk-nyucuk belakangku membuatkan aku mengerang kesakitan. Tubuhku mengeliat setiap kali ayunan ranting itu hinggap di tubuhku.

"Maksu, taknak. Maksu. Argh sakit…"

Tubuhku menjadi tempat maksu melampiaskan kemarahan. Tanpa belas kasihan, maksu memperlakukan aku seperti seekor binatang. Tangisan dan jeritan aku tidak dapat melembutkan hati keras maksu.

Ayunan tangan maksu berhenti. Ranting bunga mawar yang terbelah dan patah itu dibuang ke tepi. Peluh yang menitik di dahi maksu, diseka dengan belakang tapak tangannya. Maksu mendengus kasar. Nafas yang tercungap-cungap diatur kembali.

Maksu duduk mengcangkung di hadapanku. Daguku dicengkam kuat. "Lepas ni, kalau kau berlagak lagi, kau tahu lah nasib kau, Melati. Kau jangan berangan nak hidup aman dalam rumah ni. Kau faham tak?"

Laju sahaja aku mengangguk. Aku melarikan pandanganku daripada menatap wajah bengis maksu.

"Susanti… Susanti…" panggil maksu kuat.

"Iya, puan."

"Lepas ni kau pastikam dia basuh baju tu guna tangan dan aku nak tengok bila aku balik nanti, semua baju-baju tu dah siap berjemur dekat luar. Dan kau, jangan pandai-pandai nak tolong dia. Kau faham?"

"Ya, Puan. Faham."

Maksu berlalu pergi meninggalkan aku dan kakak Susanti di dapur. Kakak Susanti menerpa ke arah aku sebaik sahaja kelibat maksu hilang daripada pandangan.

"Ya Allah, cik. Saya minta maaf ya enggak bisa tolong, cik."

"Tak apa, akak. Melati okay jer. Melati nak pergi basuh baju, nanti kang maksu balik, tak sempat pula siap," kataku lalu berusaha untuk bangun.

Kakak Susanti memapahku sehingga ke bilik air. Aku melihatnya menitiskan air mata. "Akak, jangan la menangis. Melati okay lah." Aku cuba tersenyum.

"Saya sedih, cik. Ini di belakang cik dipenuhi darah. Bagaimana cik mahu lakuin kerja ini, pasti sakit ya…"

"Melati okay jer. Kakak jangan la risau," ujarku lalu menghadiahkan senyuman kepada Kakak Susanti.

Kakak Susanti mengambil pakaian di atas lantai dan berikan kepadaku. Walaupun maksu tiada di rumah tetapi aku takut untuk melanggar arahannya kerana bila-bila sahaja maksu akan pulang dan maksu pasti akan marah dan menyakitiku lagi jika dia tahu aku tidak ikut sesuai arahan. Kakak Susanti setia menemani dan membantuku. Aku bersyukur kerana ada juga insan yang baik hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience