BAB 15

Romance Completed 20321

“Sayang, mari sini sekejap,” lembut sahaja tubuh kecil Durrah dibawa ke dalam pelukannya.

Durrah tergelak kecil seraya melabuhkan duduk di sisi Raid di atas sofa. Bahunya terasa dipeluk kemas dan automatik kepalanya dilentokkan ke dada bidang lelaki yang telah sah bergelar suaminya beberapa bulan yang lepas. Syukur Alhamdulillah urusan mereka dipermudahkanNya. Kini dia dan Raid menetap di rumah yang selama ini menjadi rumah kedua bagi Raid sekiranya lelaki itu tidak pulang ke rumah ibu bapanya. Dengan lembut jemari Raid digenggam oleh Durrah lantas wajah suaminya dipandang manja. “Ya, abang?”

“Sayang ada plan nak pergi mana-mana tak?”

Durrah tersenyum sahaja. “Tak nak pergi mana-mana pun. Durrah tetap nak terus setia duduk dekat hati abang jugak! Tak kira, tak kira!” ujarnya nakal dan terus mencubit hidung mancung Raid. Lelaki itu tergelak kecil dan mengucup lembut pipi Durrah yang mulus itu. Geram! “Amboi… manja betul isteri abang ni. Ada yang nak kena cium banyak-banyak kali ni sampai pengsan,” selorohnya dan mendekatkan wajahnya dengan wajah Durrah yang sudah membahang malu. Amek kau!

“Eee… jahat tau!!!”

Wajah Raid ditolak lembut dengan jari dan pada waktu itu juga Raid mengucup jemari Durrah yang runcing. Durrah terjerit kecil. “Abang! Naughty boy!!”

“I’ll always be your naughty little hubby,” sampuknya laju dan memeluk semula bahu gadis itu seerat-eratnya. Ubun-ubun Durrah dicium halus dan tangannya bermain-main dengan rambut ikal yang dimiliki oleh Durrah. Sejujurnya dia tidak sangka bahawa dia akan memiliki gadis secantik Durrah. Biarpun wajahnya tidaklah ala-ala artis Korea, ala-ala heroin Hindustan atau seperti wajah artis tempatan sendiri, namun pada pandangan matanya Durrah amat cantik. Cantik dari sudut agamanya, itu yang buat dia jatuh cinta sebenarnya.

“Abang… Durrah nak makan cendol.”

Sekali lagi tawa kecil Raid pecah. Ada-ada sahajalah isterinya ini. Sejak ada ‘orang ketiga’ di dalam perut, kuat betul dia makan. Patutlah chubby semacam! Dia yang nak makan atau baby yang nak makan ni? Jam dikerling. Pukul sepuluh malam; ada ke kedai jual cendol malam-malam macam ni? “Kalau sayang nak makan cendol, kita makan esok. Malam ni tak boleh sebab kedai cendol dah tutup tirai. Esok abang janji, abang bawa sayang makan cendol yang sedap sangat-sangat!” yakin Raid bersuara. Untung sahaja esok merupakan hujung minggu baginya jadi senanglah untuk dia melayan kerenah Durrah.

Memuncung bibir mungil itu. Durrah bermain dengan jemari Raid, cuba untuk memujuk. “Tapi Durrah nak cendol tu hari ni, bang. Please? Nak rasa cendol. Mengidamlah, bang. Nak rasa jugak, nak rasa malam ni. Esok dah tak sedap,” rengeknya.

“Abang kan dah janji yang abang akan belikan cendol tu esok, hmm? Sayang sabar, okey? Malam ni tak bolehlah, kedai cendol dah tutup…”

“Nak makan cendol jugak,” Durrah memeluk pula lengan sasa Raid. Raid menggaru-garu dagu yang tidak gatal dan pantas mencempung tubuh genit si isteri. Diciumnya hidung itu geram dengan ketawa yang tidak lekang dari bibirnya. “I’m just kidding, my dear. Sayang siap-siap and then abang bawa sayang makan cendol. Okey?” mata dikenyitkan kepada Durrah dan Durrah tersengih gembira. Leher Raid dipeluk erat. “Sayang abang!”

“Kalau sayang abang… malam ni makanlah abang pulak. Abang tunggu.”

“Eee… naughty!”

Durrah mengetam dada bidang suaminya. Biarpun geram dengan perangai Raid yang manja mengalahkan budak kecil namun siapa kata dia tidak bahagia? Bahagia yang dia harapkan dahulu mungkin pernah musnah oleh Imtiyaz, tetapi hikmah Allah itu hikmah yang terbaik. Jodoh Allah itu jodoh yang terindah. Di sebalik kehilangan dan kehancuran, Allah sediakan sesuatu yang lebih baik daripada itu. Di sebalik penantian, ada sebuah noktah terindah yang Allah tentukan. Allah benarkan hatinya terbuka untuk menerima Raid, dan Allah benarkan dia untuk menjadi isteri Raid.

Bukankah ini yang dikatakan cintanya Allah kepada hambaNya? Ujian diberikan bukan sebagai tanda meluat dengan kita, benci dengan kita atau tidak sukakan kita namun ujian itu diberikan untuk menunjukkan bahawa Allah itu sayangkan kita. Seperti manusia yang menunjukkan rasa cinta dengan sentuhan kasih sayang, begitu juga dengan Allah. Allah tunjukkan rasa cintaNya dan kasihNya melalui ujian. Bagi menguji sama ada hambaNya itu akan berputus asa atau berdoa dan berdoa kepadaNya.

“Sayang…”

Hilang lamunan panjangnya. Durrah senyum segaris dan mendongak, mencari sepasang mata yang sering menghadiahkan dia pandangan redup yang begitu mendamaikan jiwa. “Ya, abang?” balasnya lembut.

Bibir Raid mengoyak senyuman. “Abang rasa abang tahu abang nak bawa sayang ke mana sebagai satu honeymoon. I think you’ll love it, really much,” bisiknya perlahan.

“Ke mana, bang?”

Dahi Durrah dikucup selamba. “Makkah Mukarromah. Kita tunaikan umrah. Kita dapat tengok Kaabah. Abang nak bawa ibu dengan ayah kalau tak ada apa-apa yang menghalang kita nanti. Sayang suka tak?”

Hampir menitis air mata Durrah. Mulutnya lambat-lambat ditekup dengan sinar keceriaan yang jelas terlukis di seraut wajahnya. Jari Raid digenggam. Lagi. “Durrah suka sangat-sangat dan mungkin, honeymoon tu akan menjadi sebuah honeymoon yang tersangatlah manis di dalam hidup Durrah. Sebenarnya… Durrah tak sangka pun yang… dalam usia semuda ni, Durrah dapat jejakkan kaki ke sana, bang. Terima kasih banyak-banyak!” ucapnya dan menyalami tangan lelaki itu. Usia semuda ini? Menunaikan umrah? Ya Allah, sungguh hatinya bersulamkan rasa nan indah kini!

“Sama-sama, kasih. Sudi tak jadi permaisuri di hati abang yang akan mencintai abang kerana Allah Taala? Hmm?” Wajah Durrah diperhatikan lama dengan irama di dada yang bertukar menjadi rancak. Melihat senyuman itu membuatkan jiwanya bergetar sejenak. Pipi mulus Durrah dielus perlahan dengan rasa kasih yang menggunung.

Gugur setitis air matanya. “Sudi. Sudi sangat,” tubuh terus dibawa ke dalam satu lagi dakapan hangat suaminya. Terasa dirinya dibelai, dimanjai, dilindungi oleh Raid yang dipercayai. Otaknya terkenangkan arwah anaknya. Durrah tersenyum sendiri. ‘Anak ummi, anak ummi dah tak perlu risaukan ummi lagi. Ummi bahagia sangat dengan seorang suami yang penyayang dan boleh membimbing ummi sekarang. Ummi dah tak menangis lagi. Ummi dah kuat! Ummi kuat kerana lelaki yang sudi mengambil berat tentang keadaan ummi dan lelaki itulah yang menjadi Adam ummi sekarang. Adam yang sudi menerima ummi seadanya. Moga-moga anak ummi akan tenang di sana,’ desis hati kecilnya perlahan.

Dia gembira untuk Imtiyaz dan Julia yang sudah mengecapi kebahagiaan. Imtiyaz nampaknya sudah mampu menerima Julia dan Julia juga memberi sepenuh kepercayaan terhadap suaminya itu. Tidak lama lagi mereka berdua akan menimang cahaya mata. Baby boy. Ibu Imtiyaz pernah datang dan meminta maaf kerana bertindak secara melulu dengan memaksa Imtiyaz agar menceraikan dia tatkala dia sedang hamil. Durrah memaafkan, tanpa sebarang rasa dendam yang terselit di jiwa. Untuk apa perlu berdendam sesama insan? Sedangkan Rasulullah SAW boleh memaafkan orang lain, inikan pula kita manusia biasa? Lagipun dia sudah bahagia di sisi Raid.

“I love you lillahi Ta’ala, abang, Cinta ini sudah ada sejak saat pertama kali abang mengucup dahi saya, dan ia akan sentiasa begitu hingga ke akhir nafas” ucap Durrah berani.

Raid senyum manis. Hatinya berbunga-bunga. Sungguh dia tidak menyangka bahawa isterinya itu berani untuk berkata sedemikian, al-maklumlah sifat pemalu isterinya itu sering membuatkan dia adakalanya tidak mengerti perasaan isterinya. Diusapnya kepala isterinya sambil doa dititipkan agar mereka berdua dapat memelihara keharmonian rumah tangga ini sesuai dengan amanah yang diberikan oleh Allah SWT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience