28 tunda

Short Story Completed 49745

Lebih kurang sebulan berlalu...

Aku... Aku... Entahlah...

Tiba-tiba aku tersenyum sendiri di meja makan sambil memandang tepat ke arah juadah ayam percik yang langsung aku tak sentuh dari tadi itu. Aku langsung tidak berselera.

Farish sudah kurang meluangkan masa bersamaku sekarang ini. Dia lebihkan Kak Siti dari aku. Kini, semua aku uruskan diri. Demam sakit aku, aku uruskan sendiri tidak seperti dulu lagi.

Dia hanya akan pulang ke rumah selepas balik makan malam bersama Kak Siti. Aku agak berkecil hati kerana langsung tidak mengajak aku sekali.

Sejenak aku tersentak...

Aku yang pinta semua ini.  Aku yang inginkan benda ini berlaku kenapa sekarang aku nak rasa cemburu pula.

Aku tertunduk lalu tersenyum sepi.  Aku mula terfikir... Aku patutnya rasa bersyukur...  Kerana akhirnya rancangan aku berjaya jua. 

Perasaan sakit,  cemburu,  marah,  sedih , kurang perhatian ini harus ku buang jauh-jauh ke angkasa perasaan.

"Hadiy..." satu suara menegurku dari belakang membuatku tersentak kuat.  Suara yang amat ku rindui...  Suara yang selalu menemaniku sepanjang hari. 

Cepat-cepat aku menoleh mencari  susuk tubuh itu.  Betul,  itu Farish Mikael.  Tak silap lagi. Susuk tubuh tinggi lampai, berbadan, tegap berambut hitam pekat serta anak mata coklat cerah dan senyumannya yang sangat manis itu.  Ya Allah, aku rindunya...

"Sayang,  rindu I tak?" Ucapnya dengan nada sebak. Nampaknya,  bukan aku sahaja yang rindukan dia malah, dia juga begitu. 

Aku terus berlari laju ke arahnya lalu memeluk tubuh itu sekuat mungkin.  Wajahku ditekapkan ke ketiaknya lalu aku menangis sekuat hati.  Aku tak dapat menahan rasa rindu ini lagi.  Aku, rindu...

"Sayang,  maafkan I . I, sekarang sibuk tak ada masa dengan you lagi dah macam dulu-dulu.  You sihat tak?" Soalnya kepadaku.

Aku diam,  tidak bercakap. Hanya yang aku lakukan adalah terus memeluknya sekuat hati, sekuat rinduku padanya.

Farish Mikael seakan tersentak.  Aku dapat rasakan bahawa dia sedang rasa serba salah terhadap ku.

'Farish I mis you. I can't live without you... ' Ucapku dalam hati sambil menangis teresak-esak...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience