BAB 7: Nairah jelous?

Drama Series 28608

Idlan. Nama yang sudah lama tidak didengari oleh Fatin. Lelaki pertama yang dapat mencuri hati Fatin di bangku sekolah. Namun Fatin biarkan saja perasaan itu tergantung kerana cinta monyet tidak kemana. Menambah dosa je.. Fikirnya. Sehinggalah dia bertemu semula Idlan di tempat kerjanya. Mereka semakin rapat. Sehinggalah Nairah memberitahu Fatin yang dia ada perasaan terhadap Idlan. Hati Fatin tak sakit tapi hanya kena sembilu sahaja. Jadi dia pun menjauhkan diri dari Idlan. Tapi Idlan seperti mengejarnya. Dia cuba lari. Sehinggalah dua minggu sebelum tahun lepas berakhir Idlan pergi menunaikan umrah. Itulah kali terakhir wajah Idlan dirakam minda Fatin.

"Surprise!! Nah untuk awak.." kata Idlan.

Fatin masih terkaku di situ. Kelu. Buntu untuk menyusun ayat. Nairah di kerusi hanya mampu melihat.

" Oh, mm, Terima kasih. Bila awak balik? " tanya Fatin. Saja memanjangkan perbualan.

" Hari Isnin haritu. Tapi harini baru start kerja. Sorylah.."kata Idlan.

Fatin tersenyum kelat.

" Takpelah. Saya pun tak berapa ingat bila sepatutnya awak balik. Tu yang terkejut tu." kata Fatin berhati-hati.

'Memang tak ingat pun..' kata hati Fatin.

" Ooh, patutlah. Hmm, saya pergi sambung kerja dulu eh? Bye. Tu, kurma tu jangan lupa makan" kata Idlan sambil berlalu pergi.

Fatin mengangguk perlahan. Dia menutup pintu kembali. Wajah Nairah benda pertama ditatap. Nairah memandangnya.

" Apa dia bagi kat kau? " tanya Nairah.

Fatin tersentak.

" Ni hah. Dia bagi kurma." kata Fatin tersenyum kelat.

Kurma di tangannya dihulurkan kepada Nairah. Nairah mengambilnya dengan pantas. Kurma itu ditatapnya lama. Perasaan cemburu mula berputik. Fatin hanya melihat tingkah laku Nairah.

'Aduh! Janganlah jealous Nairah..' pekik hati Fatin

Nairah meletakkan kurma itu di atas meja dan bangun untuk melangkah ke pintu. Fatin tersentak.

" Kau nak pergi mana tu?" tanya Fatin cuba menahan.

Nairah tidak menoleh.

"Sambung buat kerja." kata Nairah.

Kepala Nairah menoleh ke arah Fatin. Sekuntum senyuman mekar di bibirnya. Fatin membalas senyumannya. Nairah berlalu pergi. Fatin hanya mampu melihat. Pintu ditutup.

Fatin hanya termenung melihat pintu itu.

"Nairah.." bisiknya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin hanya termenung memandang burung-burung yang berterbangan di luar tingkap pejabatnya. Tenang sedikit hati apabila melihat gelagat burung-burung itu. Apabila burung-burung itu pergi keresahan datang lagi tanpa dijemput. Keluhan keluar dari mulutnya. Fatin menoleh melihat jam di tangan. Jam menunjukkan pukul 1.00 petang.

" Dah tiba waktu lunch ni..Nak ajak ke tak nak..Nak ke tak nak" ayat itu diulang berkali-kali.

Tiba-tiba pintu dibuka. Fatin terkejut. Yalah mana tahu ada perompak masuk ke? Wajah Nairah tersembul dari pintu.

" Kau nak lunch or taknak? Berabad aku tunggu kat luar.." kata Nairah.

Terangkat kening Fatin. Ingatkan merajuk.. Fatin tergelak kecil.

"Ha, yelah. Jom! "kata Fatin.

Tangan Nairah ditarik menuju ke pintu pejabat. Tiba-tiba langkah mereka terhenti. Siapakah yang berada di hadapan mereka?!! Idlan..

" Korang nak pergi lunch eh?" kata Idlan.

Nairah membuat muka.

"Yalah, takkan nak pergi bola jaring pulak?" tanya Nairah sambil membuat muka sinisnya.

Riak muka Idlan berubah. Tersentap agaknya.. Idlan tersenyum kelat.

"Kalau aku join korang boleh?" tanya Idlan.

Nairah menjeling tajam. Idlan menelan air liur. Dah si Nairah tu punya muka dah macam singa sesiapa pun mesti takut punya.. Melihat ketegangan itu Fatin mahu mencelah namun baru nak berkata-kata Nairah dah menyampuk. Fatin ditolak kebelakang.

"Tempat yang kitaorang nak pergi ni ramai orang. Jadi, tak payah ikutlah. Assalamualaikum.."kata Nairah.

Nairah menarik tangan Fatin untuk menuju ke kedai makan. Dengan tak rela Fatin akur. Matanya tak berhenti menenung Idlan yang semakin menjauh di belakang. Idlan terpegun di situ. Hanya mampu melihat mereka pergi.

" Ooh, kau pijak kepala aku.. Takpe..takpe. Fatin akan jadi kepunyaan aku jugak satu hari nanti. Percayalah.." ugut Idlan dalam diam.

Genggaman buku limanya dieratkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baru setengah jalan perjalanan mereka, Fatin menarik tangannya dari genggaman Nairah. Nairah tersentak.

" Weyh,tak baiklah kau buat dia macam tu.." kata Fatin.

Walaupun si Idlan tu sangat-sangatlah annoying tapi Fatin tak sanggup untuk membuatnya sedemikian. Nairah mengetatkan mukanya. Tak faham.

"Habis tu kau nak lunch Ngan dialah. Ha, pergilah! Biar Aku lunch sorang".."kata Nairah mengugut.

Fatin menggelengkan kepalanya.

"Bukan macam tu. Dia kan nak lunch Ngan kita je. Bukan dia nak buat apa pun. Kenapa kita kena buat dia macam tu? " tanya Fatin.

Hati Nairah bagai hendak meletus melihat perangai Fatin. Kalau ini animasi rasanya dah pecah dah kepala si Nairah tu.

" Dia bukan nak makan Ngan KITA. Dia nak makan Ngan KAU!! "pekik Nairah.

'Kau ni Fatin. Kenapalah naif sangat?' pekik hati Nairah mengharap Fatin sedar.

Fatin tersentap. Tak pernah dia nampak Nairah semarah itu. Nairah terus melangkah
pergi. Fatin kelu.

' Aduh! Budak ni!' keluh hatinya.

"Weyh! Nairah, tunggulah!"

Fatin pun dengan sepantas ' Kudaku-lari-gagah-berani ' terus mengejar Nairah yang sedang laju meninggalkannya. Tangan Nairah dicapai. Mereka pun terus berjalan ke kedai makan yang berada di seberang jalan. Fatin menoleh melihat wajah Nairah yang sedang mengetat.

' Haih, susah ada kawan yang sensitif nih..' keluhnya di dalam hati.

Keluhan yang berat keluar dari mulutnya.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience