BAB 33

Mystery Series 6391

Khairi menarik kuat rambut Irene. Terjerit kecil wanita itu dibuatnya. Dr. Aqilah yang melihat terus berusaha bangun mendekati Khairi. "Apa kau buat ni?" Dr. Aqilah menolak kuat tubuh Khairi. Lelaki itu tertolak ke belakang bersama dengan Irene. Khairi tersenyum sinis. "Kau khianat aku eh Aqilah." Dr. Aqilah mengangkat satu keningnya ke atas.

"Sejak bila aku ada dekat pihak kau?" Soal Dr. Aqilah ingin tahu. Dari awal dia tak pernah memihak Khairi. Dia merasa kesian kepada Irene begitu juga yang lain. Khairi menolak tubuh kecil Irene. Wanita itu terjatuh hampir mengena ke arah Dylan.

Irene sempat menghalang tubuhnya dari jatuh ke arah Dylan. Bayi kecil itu menangis seperti mengerti apa yang sedang terjadi sekarang ini. Khairi yang melihat terus meluru ke arah Dylan. "Kau dah buat aku kecewa, Irene. Aku percayakan kau untuk lahirkan bayi yang serupa dengan Aliya? Tapi kau betul-betul dah kecewakan aku." Ujar Khairi sambil mengangkat tubuh kecil Dylan Ingin saja dia membaling tubuh kecil itu. Tapi dia menahan diri mengingatkan usaha payahnya mendapatkan Dylan.

Irene bangun. Dia berjalan perlahan ke arah Khairi. Wajah lelaki itu ditampar kuat sebelum tubuh kecil Dylan di ambil semula. Khairi menjeling tajam ke arah Irene. "Sakitlah, sial!" Satu langkah ingin menuju ke arah Irene, kaki Khairi terhenti.

Tangannya tiba-tiba menampar wajahnya semula. "Apa aku buat ni?" Suara yang tadinya garau terus berubah lembut. Kini Mika pula yang mengambil alih tubuh Khairi. Dia memandang ke arah Irene yang sedang menahan tangisan dari tadi. Dia memandang pula ke arah Dr. Aqilah. "Aku buat apa ni, sial?" Soalnya kepada dirinya sendiri. Dia meluru ke arah Irene.

"Ma-maafkan aku. Kau okay?" Muka membetulkan rambut Irene yang serabai itu. Dia mengambil Dylan kemudian meletakkan Dylan ke bawah. Dia melihat tubuh Irene dari atas sampailah bawah. "maafkan aku, Irene." Dia memohon kemaafan. Dia mengusap air mata yang mula mengalir dari kelopak mata Irene.

"Kenapa awak keluar lambat sangat?" Irene memeluk tubuh Mika erat. Tangisannya keluar jua. Mika mengusap rambut Irene perlahan. "Aku minta maaf. Aku tak sengaja bagi dia keluar. Sedangkan aku dah tahan dia sedaya upaya aku. Maafkan aku, Irene." Dia mengangkat Irene kemudian membaringkan wanita itu ke dalam bilik di tingkat bawah. Dia turut sama mengangkat Dr. Aqilah masuk ke dalam bilik bersama dengan Irene. Dylan dan Mikael dilihatnya penuh prihatin. Dylan sudahpun berhenti menangis. Selepas saja Mika keluar dari badan Khairi.

--

"Nak ke mana?"

Haikal tersentak. Terkejut dia dibuatnya ditegur oleh Qistina tadi. Hampir terkeluar jantungnya dibuatnya. Sejak melahirkan Ophelia, Qistina banyak mengeluarkan bicara.

Haikal tersenyum. Dia mencium dahi Qistina kemudian memeluk tubuh kecil milik isterinya itu. "Saya nak pergi kerja. Ophelia mana? Tidur dah?" Qistina mengangguk. Wajahnya masih datar seperti biasa.

Haikal masih dengan senyumannya. Dia menolak perlahan tubuh Qistina. "Saya pergi kerja dulu ye. Kalau ada apa-apa awak call je saya. Saya pantas datang pada awak hehe.." Qistina mengukir senyum kecil. Membuatkan Haikal terkejut besar. "Awak senyum? Lagi sekali, wak!" Qistina ketawa kecil. Lagi membuatkan Haikal terkejut. Dia mengeluarkan telefonnya. Pantas dia mengambil gambar Qistina yang sedang tersenyum itu.

"Manisnya isteri saya ni." Ujar Haikal perlahan. Dia mencium dahi Qistina buat kali ke dua. Kemudian dia memulas tombol pintu dan melangkah keluar dari rumah.

"Malam ni jangan tunggu saya. Saya balik lambat sikit. Awak tidur dulu ye.." Qistina mengangguk.

--

Mika melihat ke arah Irene yang sedang kena tidur bersebelahan dengan Dr. Aqilah itu. Dia mengucup perlahan dahi wanita yang amat dia cintai itu. Mika beralih ke arah katil Dylan dan juga Mikael. Kedua bayi itu dilihatnya lembut. Dia mengangkat tubuh Dylan kemudian mengucup dahi bayi lelaki itu.

"Ayah minta maaf, sayang."

Mika meletakkan semula Dylan ke atas katilnya. Dia kemudiannya berjalan turun ke bawah selepas memastikan keadaan Irene, Dr. Aqilah dan kedua bayi kecil itu.

Kunci kereta di ambil kemudian dia keluar dari rumah.

--

"Kurang ajar kau!"

Kasut milik Haikal melekat di wajah Faiz. Geram betul dia dibuatnya. "Kau kentutkan tadi? Mengaku je lah. Semua orang dah tahulah bau tu datang dari kau." Haikal mengetap giginya menahan geram.

"Kepala kau aku kentut. Aku baru je sampai tadi." Faiz ketawa kuat. "Mana tahu. Bau tu kau bawa dari dalam kereta. Kita semua tak tahu kan?" Semua orang mengangguk. Suka mengusik boss mereka itu.

"Aku kata aku tak kentut-"

"Aku datang nak serah diri.."

Bang!

Terjatuh Faiz yang sedang bermain-main dengan kaki kerusinya itu. Sakit tak payah nak katalah memang sakit. Malu pun ada. Haikal mengangkat satu keningnya ke atas. Dia memandang ke arah Khairi di hadapannya itu "serah diri? Kau demam ke apa ni?" Mika menggeleng perlahan. Dia memandang ke arah Faiz kemudian menghulurkan tangannya. "Aku nak serah diri." Ujar Mika yang berdiri tepat di hadapan mata Faiz.

Faiz memandang ke arah Haikal begitu juga Lelaki itu. "Kenapa kau nak serah diri?" Soal Haikal ingin tahu. Dia memeluk tubuhnya menanti jawapan dari Khairi ataupun Mika.

"Aku Mika. Pemilik sebenar badan ni. Sebelum Khairi keluar dari badan aku, aku nak korang tangkap aku. Ikat aku sampai aku tak boleh nak bergerak langsung." Tegas Mika berkata. Dia menatap anak mata Haikal. Haikal yang mendengar hanya mengangguk faham. Dia mengatur tangan Mika kemudian membawa lelaki itu ke meja nya.

"So apa pengakuan kau?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience