PERUBAHAN sikap Harith nakin keterlaluan.Kerap kali pulang lewat.Cakap dengan Iris pun dah tak macam dulu.Kasar saja.
Ada suatu hari tu,telefon bimbit Harith berbunyi dan dia pula sedang mandi.Mungkin dia terlupa nak bawa masuk sekali.Selalu di usung ke bilik mandi.Pendek kata telefon bimbit tak pernah lekang dari tangannya.Iris yang duduk di sofa berasa malas mahu menjawab.Tetapi tergerak juga di hati mungkin panggilan penting.Jadi Iris pun terus capai telefon bimbit yang masih berdering di atas meja sisi katil.
Tertera nama 'MY LOVE' di atas skrin telefon bimbit.Tersentap seketika hati Iris.Berbagai andaian muncul di benak fikiran.Iris tanpa berlengah terus menekan butang hijau.
Suara lunak manja di sebelah sana dengan panggilan 'sayang'.Iris ketap bibir.Memang sah dan terang Intan dan Harith ada hubungan.Terus Iris letak.Hati Iris sakit sangat.
Harith yang baru keluar dari bilik mandi dengan hanya berkain tuala berjalan laju ke arah Iris.Dia sedikit terkejut melihat telefon bimbitnya dalam tangan Iris.Iris berdiri berdiri kaku bersama linangan airmata yang laju menuruni kedua belah pipi.
"Kenapa ambil henfon!?"katanya dalam nada keras sambil merampas telefon bimbitnya dari tangan Iris.
Iris mengesat airmata.Harith sudah tidak seperti dahulu.
"Kenapa abang tipu Iris?abang curang dengan Iris kan.?"sambil pandang muka suaminya yang hanya beriak sahaja.
"Apa Iris cakap ni?abang tak faham.."Harith cuba berdalih.
"Kenapa 'dia')?kenapa abang tak bagitahu pada Iris.Betul kan abang dengan dia."suara Iris sedikit teresak.
"Kenapa sibuk sangat tengok henfon orang!Aku tak suka kau pegang henfon aku!Lain kali jangan memandai nak angkat!"marah Harith sambil menyarungkan baju ke tubuhnya.
"Apa salah Iris ,abang?kenapa abang mesti ada hubungan dengan dia?"tangis Iris.Dia tidak dapat menahan emosi sedihnya yang kian melonjak.Biar dia dengar dari mulut Harith sendiri.
"Jangan ambik tahu boleh tak!"jerkah Harith.Terperanjat Iris.Selama ni tak pernah Harith berkasar sampai macam tu sekali.
"Cakap lah abang..Kenapa abang pilih dia?"Iris dah tak tahan lagi.Sakit hati nya.
"Iris!boleh diam tak!?jangan banyak tanya.Aku lelaki!Aku boleh kahwin sampai empat!"jeritnya dan terus keluar dari bilik.Pintu bilik turut dihempas dengan kuat.Berdetum bunyinya.
Melorot Iris menjatuhkan tubuh di tepi katil.Menangis dan terus menangis teresak-esak.Tak sangka Harith berubah dalam sekelip mata.
"Padan muka!"kata Puan Yasmin yang mencuri dengar pertelingkahan antara Harith dan Iris.Dia tersenyum gembira.Bersorok riang kerana berjaya buat Harith bergaduh dengan Iris.Selama ni dia tahan saja melihat Harith mempertahankan wanita kesayangan dia tu.Tapi hari ini hati dia puas!Puas mendengar tangisan Iris!
sis masih mencuba dan terus mencuba... kadang menulis juga dapat menghilangkan stress :) Sakura Leo
Share this novel