BAB 14

Romance Completed 4031

“Aku nekad untuk pulih sebab aku dah tak nak kau jaga aku. Cukuplah jagaan kau selama setahun tu kat aku.” Shafie menghentikan bicaranya untuk seketika. Rania mengangkat wajahnya dan memandang Shafie. Mereka berbalas pandangan.

“Aku nak jaga kau. Aku nak lindungi kau. Selagi aku hidup, aku mahu membahagiakan kau.” Sambung Shafie. Rania mulai sebak. Air matanya sudah mulai bergenang di kelopak mata.

“Aku tak sempurna, tapi selagi aku terdaya, aku mahu terus melindungi kau. Sudi tak kau mengahwini aku Nia? Menerima aku sebagai suami kau?” Rania menyeka air matanya. Dia tidak membenarkan air matanya jatuh walaupun dia sangat terharu menerima lamaran daripada Shafie itu. Dia cuba untuk mengawal perasaannya. Dia mahu menyakinkan lagi perasaannya terhadap Shafie.

“Kau yakin ke aku sayangkan kau. Mungkin perasaan ini terbit kerana perasaan bersalah sebab aku yang menyebabkan kau jadi begini? Lagipun, perasaan aku kat Amirul…”

“Cinta yang hadir kerana perasaan tarikan tidak sama dengan cinta yang hadir kerana perasaan sayang.” Potong Shafie.

“Kemalangan itu adalah petunjuk dari Allah untuk menyedarkan kita berdua tentang perasaan kita. Selama ini kita saling menyayangi dan saling memerlukan. Perasaan sayang adalah permulaan bagi sebuah ikatan dalam perhubungan.” Sambung Shafie.

“Percayalah Nia. Ada rahmat di sebalik kemalangan itu. Walaupun aku tak sempurna, tapi aku akan cuba menyempurnakan hidup kau. Aku akan cuba melengkapkan hidup kau. Selagi aku mampu, aku akan cuba menutupi segala kekurangan kau. Percayalah kat aku.” Rania mengangguk berulang kali. Dia sudah tidak mampu mengawal perasaannya. Akhirnya dia menitiskan air mata terharu. Dia membiarkan sahaja air matanya mengalir di pipinya.

“Sudi tak kau mengahwini aku?” Shafie mengulang lagi lamarannya. Rania terus-terusan mengangguk. Dia sudah tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata. Dia benar-benar tidak menyangka, cinta yang dicari selama ini rupanya berada di sisinya. Sentiasa menemaninya di kala susah dan senang.

Pertanyaannya kepada diri sendiri telah menemukan dia dengan cintanya. Dia menyedari dia sayang dan cintakan Shafie bila dia tidak mampu untuk membayangkan kehidupannya tanpa Shafie di sisi. Tidak perlu mengungkapkan kata-kata cinta untuk tahu sama ada kita menyintainya atau tidak. Cukup sekadar dia tahu yang dia sangat memerlukan Shafie dalam hidupnya. Shafie melengkapkan hidupnya menjadi sempurna.

“Tiada manusia yang sempurna Shafie. Aku percaya kat kau Shafie, kerana kau sentiasa melindungiku sebagai permaisurimu di dunia ini. Dan aku yakin kau juga akan melindungi aku di akhirat kelak sebagai bidadarimu.” Ujar Rania.

“Terima kasih Rania.” Ucap Shafie. Mereka membalas senyuman. Senyuman yang lahir dari rasa syukur yang tidak terhingga kerana telah diberi kesempatan dan peluang untuk menyedarkan mereka tentang perasaan cinta antara satu sama lain yang telah lama wujud di hati masing-masing selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience