Bab 2

Crime Series 28566

Ketua geng mafia tersebut melihat sesuatu di tangan. Bibirnya meniti senyuman. Cantik.

Semalam, sewaktu dia terpandangkan gadis itu. Gadis yang terkocoh-kocoh berlari itu, tercicir kad matriknya.

Gadis itu harus menjadi buruannya. Dia sudah menyaksikan satu pembunuhan.

"Bos, nak saya cari dia sampai jumpa kat UM ke?"

Qarl menggeleng.

Biar dia saja yang melaksanakannya.

Dia tahu bagaimana mahu memancing gadis itu.

Anna Adriana. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Universiti Malaya.

Kau takkan terlepas dari aku lagi, Anna Adriana.

"Shark, aku nak kau standby je. Aku tahu mana nak cari dia. Bila aku suruh kau standby, dan bagi isyarat, baru kau tangkap dia okay?"

Qarl memberi arahan.

"Baik boss."

Qarl berlegar-legar di perkarangan universiti tersebut.

Memerhati pelajar yang lalu lalang di situ. Sesekali dia tersenyum manis ke arah pelajar di situ. Orang takkan sangka yang dia adalah Qarl Lee, si ketua mafia.

Sedang dia leka memerhatikan pelajar di situ, dia terpandangkan Anna. Comel. Gadis itu sepertinya terkocoh-kocoh ingin ke satu tempat.

Mungkin Anna mahu menjejak kad matriknya yang hilang. Dia mengekori gadis itu dari kejauhan.

Betul jangkaannya, Anna ke lorong gelap semalam. Terbongkok-bongkok gadis itu mencari sesuatu.

Aku mencari kad matrik yang tercicir semalam. Tiada juga.

Rasanya macam jatuh kat sini semalam. Kenapa tak jumpa eh? Takkanlah mereka sudah menjumpainya? Habislah aku.

Masak aku dibuatnya.

Putus asa. Memang tak jumpa juga.

Qarl tersenyum sinis dari jauh.

Anna takkan jumpa. Dia sudah menyerahkan kad matrik tersebut kepada staf pentadbiran.

Dia menghubungi Shark.

"Shark, aku nak kau cari maklumat diri Anna Adriana. Aku nak tahu dia tinggal kat mana, umur berapa, family background dia. Anything yang berkaitan dengan dia, faham? Cari sampai jumpa!"

Dia nekad. Gadis ini harus jatuh dalam genggamannya.

Kau tak kenal lagi aku siapa. Aku Qarl Lee. Seorang lelaki kejam yang sanggup lakukan apa sahaja asalkan hasrat tercapai.

We'll meet again, Anna.

Telefon bimbit aku berbunyi. Tertera nombor pentadbiran fakulti.

"Hello. Ye saya Anna Adriana."

Aku mendengar sesuatu. Kad matrik aku yang hilang kini dijumpai. Ada seseorang menyerahkannya kepada bahagian pentadbiran fakulti.

"Okay. Baiklah. Saya akan segera ke sana. Terima kasih Cik Melati."

Aku menarik nafas lega. Langkahku terhenti seketika. Siapa yang menyerahkannya?

Apa mungkinkah ketua mafia tersebut?

Kalau benar, identiti aku sudah terbongkar. Dahi aku makin berpeluh.

Kenapa aku harus terlibat dengan semua ini? Aku takut sebenarnya. Mahu adukan pada pihak polis, tapi hati terasa berat.

Ada sesuatu yang menghalang aku dari berbuat sedemikian.

Kad matrik sudah berada di tangan. Aku sendiri tidak tahu siapa yang menyerahkan. Biarlah. Janji aku da jumpa. Yang lain tak penting lagi.

Cuba melegakan hati yang sarat dengan kerisauan.

Aku masuk ke dalam kereta, cuba menghidupkan enjin.

Eh, tak boleh start la pulak. Pagi ni aku pinjam kereta Amira. Dek kerana terlambat.

Aduh, apa nak buat ni? Mati akal.

Aku kurang tahu hal kereta.

Cuaca terik. Seterik hati yang turut kepanasan. Pagi tadi okay je!

Buat hal la kereta Mira ni.

Qarl memandang dari jauh. Inilah peluangnya. Mendekati gadis itu.

Dia sengaja menyuruh konco-konconya merosakkan kereta gadis itu. Dengan cara itu, dia boleh menghulurkan bantuan.

Perlahan-lahan, dia mendekati Anna. Lagak gaya seperti lelaki budiman.

"Cik... Boleh saya bantu? Kenapa ni? Kereta rosak ke?"

Aku memandang wajah lelaki itu. Lelaki melayu, berkacukan Cina.

"Hmm aah. Rosak. Taktau la kenapa boleh jadi macam ni. Pagi tadi okay je."

Aku memandang wajah lelaki ni. Curiga. Dia datang dari ceruk mana entah. Muncul secara tiba-tiba.

"Hai. Saya Lee. Nama Cik?"

Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan aku.

Aku cuma mengangguk tanpa mahu menyambutnya.

Berharap dia faham. Aku bertudung.

"Cik Anna. Anna Adriana."

Lee tersenyum.

"Sedap nama, Cik. Nama padan dengan tuan empunya badan. Cantik."

Eh memuji pula. Lain macam je gaya mamat ni.

"Saya rasa problem enjin. Macam ni la. Saya ada bengkel kereta. Saya tolong baiki untuk Cik Anna boleh?"

Aku serba salah. Aku kena minta kebenaran dari Mira.

"Err... Ni kereta kawan saya. Kejap, saya tanya dia."

Tanpa berlengah, aku mendail nombor Mira.

Mira beri green light. On.

"Okay Encik Lee. Dia cakap okay. Ni saya serahkan kunci kepada encik untuk tolong uruskan."

Aku menghulurkan kunci kereta.

"Oh okay. Nanti member saya datang ambil kereta ni."

"Kalau macam tu, saya gerak dulu la ye, Encik Lee."

Aku baru saja nak melangkah pergi.

Lee memanggil.

"Anna, biar saya hantar awak pulang."

Untuk apa? Kau tak kenal dia, Anna.

"Anna nak balik rumah naik apa?"

Dia mengajukan pertanyaan.

"Teksi atau grabcar kot."

"Meh saya hantarkan balik."

Dia mempelawa.

"Takpela, Encik Lee. Terima kasih."

Aku segera menolak.

"Panggil saya, Lee. Saya boleh hantarkan. Kejap, saya call kawan saya dan serahkan kunci ini kepadanya."

Aku cuma mengangguk. Kematian kata.

"Anna study kat sini? Jurusan apa?"

Dua pertanyaan sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam keretanya.

"Yup. Tahun akhir da. Jurusan ekonomi."

"Wahh, da nak habis study la ye."

"Aah da nak abis da. Tapi tak apply mana-mana kerja lagi."

Dia diam.

"Anna nak saya drop kat mana? Stay kat mana?"

"Taman Wira, PJ."

"Alright."

Aku tiba di perkarangan rumah. Lee memberhentikan aku di depan rumah.

Aku memandangnya. Mengucapkan terima kasih sambil tersenyum.

"Anna. Nak nombor telefon."

Aku mengerutkan dahi. Apa lagi dia ni?

"Kalau kereta da okay, senang saya nak call."

Oh baru aku teringat.

Lantas, aku memberikannya nombor telefon aku.

"Thanks, Anna. Bye. Nice to meet you."

"Thanks juga, Lee. Bye."

Lee memerhatikan aku sehingga aku masuk ke dalam rumah.

Polosnya gadis ini. Kau terlalu innocent, Anna Adriana.

Qarl Lee tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience