Series
                        
4680
                    Sudah beberapa jam dia berdiri menghadap cermin . Matanya langsung tidak dialihkan dari memandang wajah dan tubuhnya sendiri . Bagai orang hilang ingatan saja gayanya sekarang ini .
  Bola matanya turun memandang kedua-dua pergelangan tangan yang mempunyai kesan cakaran . Dia tersenyum senget . Nampaknya pembunuh tu dah berani nak cederakan tubuh ni .
   Dia memandang ke arah cermin semula . Lama dia memandang diri sendiri . Ini pertama kali dia hidup sebagai seorang manusia . Eh jap !
   Tangannya didekatkan ke hidungnya sendiri . Matanya terpejam . Dia menarik nafas dalam . Aroma manis tubuhnya dapat dihidu dengan jelas . 
    Serta merta matanya terbuka luas . Mata kirinya mula merah akibat terhidu aroma manis seorang manusia . Nasib baik dia tak gigit tangannya sendiri tadi . Kalau tidak , mati kali kedua lah jawabnya . 
   Jadi dia masih mempunyai deria seorang Vampire dan Demon . Bezanya , dia hidup sebagai seorang manusia sekarang . Takkan nak hisap darah diri sendiri pula Cealyn oi ! 
“ Akak.. ” panggil Emelya .
Cealyn menoleh . Akak ? Siapa yang budak ni panggil ?
“ Akak tengok apa ? ” soal Emelya . Hairan dia melihat kakaknya yang bersikap seperti hilang ingatan diawal pagi .
  Terkebil kebil Cealyn memandang budak kecil yang comel itu . Sejak bila aku ada adik ? 
  Lama dia berdiam diri sebelum dia menepuk dahinya kuat . Semakin berkerutlah dahi Emelya dibuatnya . Dah kenapa dengan kakaknya yang sorang ni ? 
Cealyn menggeleng perlahan . Macam mana dia boleh lupa yang dia hidup sebagai ' Emelyn ' sekarang ni .
“ Arhhh.. Akak tengah tengok luka ni hah . ” kata Cealyn sambil menunjukkan kesan luka di tangannya . Senyuman awkward dihadiahkan .
   Emelya mengangguk perlahan lalu baring semula . Mengantuk pula dia tengok sikap kakak sulungnya itu . Tidur lebih baik . 
   Cealyn menghembus nafas lega . Fuh.. nasib budak ni tak banyak tanya . 
   Lama dia memandang Emelya yang sudah lena itu sebelum perlahan lahan kakinya melangkah ke arahnya . Kedengaran Emelya berdengkur kecil . Aik ? Cepatnya tertidur.. 
   Wajah yang kelihatan tenang itu ditatap dalam . Terbit senyuman kecilnya . Jadi inilah adik Emelyn ? Comel.. 
   Cealyn menarik nafas dalam . Dapat dia hidu aroma manis Emelya . Tapi yang dia hairan , kenapa dia langsung tidak kisah tentang aroma seorang manusia ?
   Kalau dulu bukan main . Asal dia terhidu bau manusia saja mesti dia hilang kawalan . Last last segala jenis haiwan jadi mangsa dia . 
“ Mama.. Papa.. ”
  Lamunan Cealyn terganggu apabila suara Emelya menyapa ke pendengarannya . 
  Wajah itu ditatap . Masih lena . Mengigau ke apa budak ni ? 
   Tiba tiba setitis air mata mengalir ke pipi Emelya . Terkejut Cealyn dibuatnya .
   Automatik tangan runcingnya menyeka air mata yang semakin deras mengalir itu . 
“ Mama.. Papa.. Jangan tinggalkan Lya.. ” kata Emelya lagi .
Cealyn terdiam . Wajahnya bertukar menjadi sedih . Hatinya pun tiba tiba sebak .
“ Maafkan aku.. Kalau saja aku tidak wujud di dalam hidup kamu berdua , semua ni pasti tak akan terjadi . Korang pun mesti tak akan lalui semua ni . ” kata Cealyn perlahan .
“ Kak Lyn jangan tinggalkan Lya.. ” setitis air matanya jatuh . Sayu saja nada suaranya itu .
  Cealyn tersenyum kecil . Sekali lagi tangannya menyeka lembut air mata Emelya . 
  Kesian budak ni . Kecil kecil lagi sudah merasai sebuah kesakitan . Sampai terbawa bawa ke dalam mimpi pula tu . 
  Cealyn mengusap lembut kepala ' adik ' nya itu . Tanpa sedar air matanya turut mengalir . Kesakitan yang dirasai oleh Emelyn dan Emelya juga turut dia rasai . 
Ibu.. Ayah..
Kematian kedua orang tuanya masih terpahat kukuh di dalam ingatannya . Tidak pernah pudar langsung .
~~~~
“ Ibu ! Ayah ! ” jeritnya lantang di dalam hutan yang tebal itu .
Dia mengeluh perlahan . Mana pula ibu dan ayah dia ni ? Dah sehari tak balik rumah . Takkan sesat kot ?
“ Cealyn.. ” panggil seseorang .
  Berkerut dahinya . Dia memerhati sekeliling hutan tebal itu . Dia pasti ada seseorang memanggil namanya tadi . 
  Tapi bila tengok hutan ni.. macam sunyi saja . 
“ Cealyn.. ” panggilnya lagi . Sungguh lemah suara yang memanggil namanya itu .
  Cealyn memejamkan matanya . Cuba mengamati suara yang lagi memanggil namanya itu .
  Serentak matanya terbuka luas . Matanya kirinya mulai merah . Suara itu.. Ayah !
  Laju saja kakinya mengorak langkah seribu . Laju kalah Alien .
“ Ibu ! Ayah ! ” jeritnya lagi .
  Jantungnya berdegup kencang . Risau.. risau dengan keadaan ibu dan ayahnya sekarang ni .
  Perasaannya bercampur baur . 
“ Ibu ! A.. ” jeritannya terhenti . Langkahnya turut berhenti mendadak .
  Tubuhnya kaku . Suaranya bagai tersekat . Mata mulai berkaca . Hatinya hancur berkecai . Nafasnya juga tidak teratur .
  Tangisannya pecah apabila melihat dua tubuh yang sudah terbaring kaku di atas tanah . 
  Tidak tunggu lama dia berlari mendapatkan kedua orang tuanya yang kelihatan nyawa nyawa ikan . 
  “ Ibu ! Ayah ! ” raung Cealyn . Kedua tubuh itu didakap erat . 
  Kenapa jadi macam ni ? Siapa yang buat ? 
  Pelbagai soalan mula menerpa ke dalam fikirannya . Dia memerhati sekeliling sehingga bola matanya terpandang tompokan darah di tanah . 
  Lama dia memandang darah itu sebelum mata kirinya semakin merah .
Darah Manusia ?!
  
  “ Ce.. Cealyn.. ” panggil John lemah . 
Cealyn memandang ayahnya . Air mata yang semakin deras mengalir diseka . Telinganya didekatkan ke mulut ayahnya .
“ I.. ibu dengan ayah.. sa.. sayang ka.. kamu . ” katanya cukup lemah .
  “ Lyn pun sayang ibu dengan ayah . Jadi tolonglah bertahan . Jangan tinggalkan Lyn.. ” sahut Cealyn . Wajah ibunya ditatap . Kelihatan ibunya sudah tidak berdaya . Nafasnya juga semakin lemah . 
   Pasti mereka rasa sakit sekarang . Bukan dia tidak pernah merasai betapa sakitnya mengawal diri sendiri dahulu . 
  Perlahan lahan kedua tubuh itu bertukar menjadi debu dan hilang bersama tiupan angin . Setitik demi setitik hujan membasahi muka bumi . 
  Semangatnya untuk meneruskan hidup bagai diragut dengan kematian kedua orang tuanya . 
   Tangannya mencengkam kuat tanah dan daun kering disitu . 
“ Jangan tinggalkan Lyn.. ”
~~~~
  Setitik air mata yang jatuh ke tangannya menyedarkan dia dari terus mengingati peristiwa paling pahit di dalam hidupnya . 
   Dia memejamkan matanya . Keluhan berat dilepaskan . Kalau saja dia tidak terlambat dulu , pasti ibu dan ayahnya dapat diselamatkan . 
   Air mata yang masih mengalir diseka perlahan . Pandangannya dihalakan ke wajah yang lagi lena itu . 
“ Jangan tinggalkan Lya . ”
Cealyn tersenyum kelat . Tangannya mengusap lembut pipi gebu milik Emelya . Inilah satu satunya keluarga yang masih ada untuk Emelyn .
“ Tidurlah . Jangan risau ya.. Kak Lyn akan selalu ada untuk Lya . ” kata Cealyn perlahan . Walau apa pun yang terjadi , dia akan melindungi satu satunya keluarga Emelyn .
   Dia bangun lalu berjalan menuju ke arah pintu keluar . Ada seseorang yang perlu dia temui . Hal penting katakan .
   Tapi sebelum tu...
    Dia mengorak langkah menuju ke arah dapur . Kot kot terjumpa Aunty Bethany dekat situ . Dapat juga dia melepaskan segala kerinduan yang sudah memenuhi ruang jiwanya . Eceh ayat .
   Sampai saja di dapur , dia terpandang seseorang yang lagi membelakanginya sambil memasak . Lebar terus senyumannya .
   Argh ! Rindu pula dia dengan pujaaan hati ehem . Laju saja kakinya membuka langkah untuk mendekati si dia .
   Cleo menoleh apabila merasakan pinggangnya dipeluk erat dari belakang . 
   Dengan wajah tak bersalah lagi Cealyn senyum memandang cinta hatinya . Rindu lah huhu.. 
“ Buang tabiat ke ? ” soal Cleo sambil meneruskan masakannya . Namun tidak pula dia meminta gadis itu untuk meleraikan pelukannya .
   Cealyn mencebik . Buang tabiat apanya ? Dah sah sah orang rindu , mestilah kena peluk . Ish ! 
   Cealyn buat buat pekak . Wajahnya disembam ke belakang Cleo . Pelukannya semakin dieratkan . 
   Cleo hanya menggeleng . Dibiarkan gadis itu memeluknya . Salah makan ubat kot budak ni . 
   Usai memasak , dia memegang tangan kecil itu untuk meleraikan pelukannya . Tak penat ke dari tadi peluk orang . 
“ Kau kenapa ? ” soal Cleo . Matanya memandang tajam wajah yang lagi bersahaja itu .
“ Saya rindu awak . ” kata Cealyn . Sekali lagi tubuh itu dipeluk .
   Semakin berkerut dahi Cleo mendengar kata kata gadis itu . Rindu dia ? Rasanya baru semalam diorang berjumpa . 
   Cleo memaut kedua bahu gadis itu untuk menghadapnya . Wajah Emelyn diperhati dengan teliti . Tak ada luka pun . Habis kenapa pelik semacam perangai dia ni .
   Tangannya ditekapkan di dahi Emelyn . 
“ Kau salah makan ubat ke semalam ? Pelik perangai kau hari ni . Seram aku . ” kata Cleo sambil berpeluk tubuh .
   Cealyn menjeling . Kasar betul cara dia bercakap ni . Selalu dia tak kasar macam ni pun . Eh !
  Dia menepuk dahinya kuat . Bibirnya diketap geram . Macam mana aku boleh lupa lagi ?! Aku hidup sebagai ' EMELYN ' ok ? EMELYN bukannya CEALYN ! 
“ Salah ke kalau saya rindu awak ? Rasanya tak salah . ” usik Cealyn .
“ Salah . Hanya Cealyn yang boleh rindu aku . ” kata Cleo keras .
Cealyn menekup mulutnya .
  “ Kalau macam tu saya rindukan Henry sajalah . ” rajuk ' Emelyn ' sambil berpura pura ingin melangkah pergi . 
   Baru setapak , bajunya ditarik hingga terdorong dia ke belakang . 
“ Ish apa main tarik tarik ni ! ” marah Cealyn sambil merentap semula bajunya . Kang koyak ada gak yang hilang gigi ni nanti .
“ Kau nak pergi mana ? ” soal Cleo serius . Pandangan tajam menikam wajah yang lagi berkerut itu .
  “ Jumpa Henry lah . Saya rindu dia kan ? ” jawab Cealyn bersahaja . 
  Cleo mengecilkan matanya . Terasa aura aura cemburu ya dekat sini . Cealyn menahan tawanya dari pecah . Misi merajuk harus dilaksanakan dengan sempurna . 
“ Aku tak benarkan kau keluar . ” kata Cleo tegas .
  Cealyn sudah bercekak pinggang . Muka jangan cakap . Memang kelat habis . Wah wah ! Enak aja lo !
 
  “ Awak ingat awak tu suami saya ke ? ” 
Cleo tersenyum sinis .
“ Akan jadi . " jawab Cleo selamba .
  “ Saya reject . Hati awak hanya untuk Cealyn , dan hati saya milik Henry . ” usik Cealyn lalu membuka langkah untuk pergi . Rasakan HAHA ! 
  Belum sempat melangkah , bajunya ditarik lagi . 
Hah yang ni buat aku hilang sabar ni . Tak boleh ke tarik tangan saja ke apa . Kenapa mesti baju ?!
“ Kau nak pergi mana ? ” soal Cleo lagi .
  “ Nak jumpa bakal suami . ” kata Cealyn . Bajunya direntap semula . Tak tau lah macam mana Emelyn boleh tahan dengan perangai menyakitkan hati si Cleo ni . 
   Cleo meraup rambutnya ke belakang . Stres dia layan perangai Emelyn . Sejak bila gadis ni berani nak usik dia balik .
  “ Kau janganlah keluar dulu . Kau kan masih demam . Nanti demam tu tambah teruk macam mana ? ” pujuk Cleo lembut . 
  Cealyn mencebik . Takut sakit konon . Kalau cemburu tu cakap sajalah ! 
“ Tak apa . Kalau saya sakit pun , Henry kan ada . ” kata Cealyn sambil mengelip ngelipkan matanya sebelum ianya bertukar menjadi jelingan maut . Usai memberikan jelingan , dia melangkah keluar .
   Cleo menarik nafas dalam . Stress ! Mengalah lebih baik ! Kalau tak mengalah nanti takut jadi perang ketiga pula dekat sini . 
   Dia memandang gadis itu sehingga hilang dari pandangan . Dari tadi dia merasakan aura yang aneh dari Emelyn . 
   Seolah olah itu bukan Emelyn yang sebenar.. 
••••
Rumah yang kelihatan reput dan usang itu ditatap lama . Tangan runcingnya diangkat lalu mengetuk pintu itu perlahan .
KRUEK..
   Pintu utama dibuka dari dalam . Ahli sihir itu memandang wajah yang lagi berdiri tegak di hadapannya . 
   Ada aura yang pelik dirasakan dari gadis itu . Lama dia memandang sepasang mata milik ' Emelyn ' . 
“ Cealyn.. ” panggil ahli sihir itu .
   Cealyn memandangnya tajam sambil berpeluk tubuh . Perlahan lahan senyuman kecilnya mekar . Senyuman yang membuatkan sesiapa sahaja berasa gerun untuk melihatnya . 
  Bagus.. Kau makhluk pertama yang cam aku siapa . 
  Tanpa kebenaran dia menapak masuk ke dalam rumah usang itu . Rumah yang kelihatan usang di luaran tetapi unik di dalam . 
   Dengan wajah tak berdosanya dia duduk di sofa . Pandangannya dihalakan ke wajah yang masih lagi terkejut melihatnya . 
“ Duduk . ” arah Cealyn tegas . Eh eh.. Siapa pula yang jadi tuan rumah sekarang ni ?
  Laju saja ahli sihir itu duduk tepat di hadapan Cealyn . Wajahnya didekatkan ke wajah gadis itu . 
  Sukar untuk dipercayai bahawa Cealyn menguasai tubuh milik manusia . 
  “ Kau masih ada deria seorang Vampire , tapi kau tak akan dapat berbuat apa apa . Sebab kau seorang manusia dari segi fizikal . Mungkin juga Emelyn masih ragu ragu untuk benarkan kau mengusai tubuh dia . ” kata ahli sihir itu tanpa disoal . 
   Aik ? Aku belum tanya lagi kan ? Tapi Bagus sangat lah tu . Jimat juga air liur aku hoho . 
   Cealyn memegang dadanya . Tak apa Emelyn , aku tau kau belum bersedia nak jadi makhluk seperti aku . 
   Ahli sihir itu hanya memandang tingkah laku Cealyn . Sekejap itu juga matanya terpandang kesan luka di tangan gadis itu . Automatik tangannya menarik tangan Cealyn dengan kasar .
   Terkejut beruk Cealyn dibuatnya . Nasib tak terkena serangan jantung tadi . Kalau tak mati katak lah dia jadinya .
   Ahli sihir itu memandang kesan luka itu dengan teliti . Tangannya menyentuh perlahan kesan luka itu .
  “ Cealyn.. Kau kena berhati hati . ” kata ahli sihir itu . Tangannya masih lagi menyentuh salah satu kesan luka di tangannya . 
   Berkerut terus dahi Cealyn dibuatnya . Kena hati hati ? Why ?
“ Kesan luka dekat tangan kau ni adalah petanda yang dia semakin menghampiri . Bila bila masa saja dia akan muncul . ” kata ahli sihir itu .
“ Semakin menghampiri huh ? ” kata Cealyn perlahan . Senyuman kecilnya terukir . Memang itu yang dia inginkan !
   Ahli sihir itu menelan air liur . Kecut perut dia melihat gadis di depannya ni . Walaupun dia seorang manusia , namun dia masih menakutkan macam dulu . 
   Kalau saja segi fizikalnya kembali seperti dulu , sudah pasti gadis ini lebih berbahaya malah lebih kejam dari pembunuh yang membunuhnya waktu itu .
   Silap hari bulan boleh hancur tubuh pembunuh tu Cealyn kerjakan . Bukan mereka tidak kenal Cealyn . Kalau dia marah , sudah tiada rasa simpati dalam hatinya . 
   Itu baru marah tau , belum lagi dendam . 
“ Kita tengok siapa yang akan terbunuh nanti.. ”
Share this novel