"Iman Malique. Anak Kak Medina."
Ketiga mereka melopong mendengar. Tidak percaya akan harta yang ditinggalkan oleh sahabat Kakak mereka.
"Boleh Iyyad pegang?" Tanya Ziyyad.
"Nah. Sini. Tangan tu elok-elok." Qasieh melepaskan Iman ketangan Ziyyad.
"Jaga kejap. Kak Long nak Closed jualan kejap." Kata Qasieh.
Qasieh membuat kerjanya semula. Sebelum mereka pulang. Dalam kesibukannya phonenya berbunyi menandakan sms masuk.
'Ting ting.'
Qasieh melihat sms tersebut dan alangkah terkejutnya apabila melihat duit masuk kedalam akaunnya sebanyak RM10k.
'Ting ting.'
Qasieh melihat whatsapp yang dihantar oleh peguam tadi.
(Duit perbelanjaan untuk Iman Malique selama dua bulan.) - Syahiran.
(Banyaknya tuan. Tak payah susah tuan. saya mampu membelikan barang iman.)- Qasieh
(Tu adalah wang dari harta simati untuk anaknya. Pakailah untuk kegunaan hariannya.)- Syahiran.
Qasieh tidak membalas whatsapp itu. Dibiarkan tanpa jawapan. Qasieh sambung semula kerjanya yang terhenti tadi.
Selesai semua, Qasieh menutup kedai keknya.
"Kita pergi Parkson kejap." Kata Qasieh.
"Buat apa?" Tanya Ziyan.
"Beli baju Iman." Jawab Qasieh.
"Ok jom."Serentak mereka menjawab.
Sampai dilot parking bawah tanah, Qasieh mengambil alih memegang Iman. Manakala Zaff membawa handbagnya. Mereka berjalan menuju ke parkson yang berada ditingkat dua.
"Pergi bank keluarkan dalam akaun Kak Long seribu." Kata Qasieh.
"Akaun mana?" Tanya Ziyan.
Zaff mengeluarkan wallet dan mengambil kad debit didalamnya.
Nasib Qasieh sempat asingkan Kad Debit dimana wang 10k masuk tadi. Dia nekad untuk tidak menggunakan satu sen pun dari duit yang diberikan.
Mereka berjalan beriringan melihat pakaian untuk Iman. Membeli beberapa helai pakaian digerai kaki lima dalam pusat beli belah, mereka menggunakan lift untuk naik ketingkat dua.
Terbuka pintu Lift, wajah tiga lelaki didepan sangat Familiar, Namun Qasieh hanya menlemparkan senyum sambil membawa Iman ditangannya yang sedang nyenyak dalam mimpi.
Ammar yang melihat Qasieh merasa aneh dengan degupan jantungnya. Perasaannya seperti Mikail dekat dengannya.
Ammar melihat gadis tadi berjalan dengan hati-hati mungkin sebab taknak buah hati yag lena dibuai mimpi terjaga.
Mereka bertiga masuk kedalam lift dan menuju keruangan bawah.
Qasieh yang sudah berada didalam Parkson hanya mampu melihat ketiga adiknya melihatkan beberapa jenis pakaian dan barang keperluan si bayi.
Qasieh memastikan tiada satu pun terlupa, akhirnya mereka pulang ke Villa. Sampai di Villa, Qasieh meletakkan Iman diatas katilnya.
Melihat bayi didepannya, terubat rasa rindu pada Medina dan Mikail.
"Kak Long nak mandi ke?" Tanya Zaff.
"Haah. Zaff jaga kejap." Kata Qasieh.
"Ok." Balas Zaff.
Malam menjelang. Selesai solat Isya, Qasieh turun ketingkat bawah selepas dia memastikan Iman tidur selepas menyusu.
"Zaff, Iyan, Iyyad?" Panggil Qasieh pada adiknya.
Mereka serentak menoleh Qasieh yang berada dimeja makan.
"Jom makan." Panggil Qasieh.
Mereka bergabung dengan Qasieh dimeja makan. Makan bersama seperti biasa, Qasieh akan bertanya soalan pembelajaran adik-adiknya.
Selesai makan malam, Ziyan menolongnya membersihkan dapur. Ziyan berhenti melakukan kerjanya dan menoleh melihat Qasieh yang berqda disisinya.
"Kak Long rasa tak jadi beban ke nak jaga bayi tu?" Tanya Ziyan selepas dia berfikir lama untuk berkata pada Qasieh.
"Beban kenapa pulak?" Tanya Qasieh semula.
"Ye lah. Kak Long sekarang kan kerja, kitaorang pulak sekolah. Tak lama nak ambik SPM. Tak ke beban tu nak jaga baby tu." Ziyan akhirnya meluahkan apa yang dirasakan dan mengganggu fikirannya sejak tadi lagi.
"Meh sini duduk kat sini kita bincang." Kata Qasieh yang duduk semula kearah meja makan.
Ziyan mengikuti kata kakaknya dan duduk berhadapan dengan Qasieh. Zaff dan Ziyyad yang melihat mereka turut sama duduk dimeja makan.
"Ok. Sekang bagitau Kak Long apa je yang sedang ada kat fikiran kamu bertiga." Qasieh memulakan perbualan bersama adiknya.
"Macam yang Iyan cakap tadi. Iyan taknak Kak Long terbeban nak tanggung seorang lagi." Kata Ziyan.
"Kalau Zaff, Zaff tak kisah Kak Long nak jaga budak tu." Kata Zaff pulak.
"Iyyad pun. Iyyad tak kisah. Mana yang Akak rasa ok tak ganggu kehidupan Kak Long, Iyyad ikut." Kata Ziyyad pula.
"Dah habis semua?" Tanya Qasieh.
Ketiga adik kembarnya menganggukkan kepala serentak.
"Ok. Kak Long tak rasa pun Iman tu beban pada Kak Long. Kak Long tahu Allah akan bagi rezeki lebih pada kita. Iman tu tiada siapa dah. Yatim Piatu. Tergamak ke korang nak tengok Iman kat rumah anak yatim." Tanya Qasieh.
Ketiga adiknya menundukkan wajah.
"Iman sama macam kita. Yatim Piatu. Cuma kat sini, korang ada Kak Long. Sedangkan Iman tiada siapa. Walaupun dia tiada kaitan dengan kita, tapi tergamak ke korang nak tengok Iman takde kasih sayang seorang Mama dan Papa?" Tanya Qasieh lagi.
"Kak Long tahu kan hukum antara Kak Long dan Iman?" Tanya Ziyan lagi.
"Kak Long tahu. Adik-adik Kak Long jangan risau. Pandailah Kak Long cari cara untuk menyelesaikannya." Balas Qasieh.
Qasieh sudah berfikir sejak lepas dia menunaikan solat tadi. Memohon padaNya agar dipermudahkan segalanya.
"Dah Kak Long naik dulu. Korang jangan lewat tidur." Kata Qasieh sambil bangun dari duduk dan mengusap ketiga kepala adiknya.
Dia berlalu naik keatas masuk kedalam biliknya. Melihat Bayi yang lena diatas katilnya. Dia mendekati dan duduk perlahan disisi Iman.
"Aku janji akan berikan kasih sayang pada Iman. Kau berdua tenanglah disana. Aku akan pastikan Iman akan dapat kasih sayang seperti anak-anak lain." Itu janji yang dilafazkan Qasieh disisi Iman Malique.
"Ibu akan pastikan Iman akan jadi anak Ibu. Ibu akan cari cara agar Iman jadi anak Ibu." Qasieh mengusap dan mencium ubun-ubun Iman.
Qasieh membelai Iman hingga dia terlelap.
-APARTMENT AMMAR-
Ammar yang duduk dihadapan Tv diruang tamu terkejut apabila djerkah oleh Adiknya Emir.
"Kenapa ni? Achik tengok Alongacak ada masalah je?" Tanya Emir.
"Betul tu. Yang dah takde tu kita redhakan je." Kata Ghazi pula.
"Bukan sebab tu. Tapi aku tengah fikir Bayi yang dimaksudkan Tuan Jj tadi." Kata Ammar.
"Hmm tapi Achik tak percayalah anak tu anak Arwah Angah." Kata Emir.
"Tapi mungkin juga anak Arwah Angah." Kata Ghazi pula.
"Then. Siapa Qasieh?" Tanya Ammar.
"Along tak tanya Calvin ke?" Tanya Ghazi.
"Calvin cuma bagitau dia kerja di kedai Kek tu." Kata Ammar.
"Aku tak kisah soal lain. Cuma aku nak tahu Bayi tu je." Terang Ammar.
Phone Ghazi berdering menandakan panggilan masuk. Dia meraih phonenya dan melihat screennya.
Tertera nama Papa discreennya.
"Siapa?" Tanya Emir.
"Papa." Balas Ghazi.
Ghazi berlalu meninggalkan Ammar dan Emir di ruang tamu.
"Along." Panggil Emir.
"Hmm." Kata Ammar.
"Kau tak perasan ke gadis dekat depan lift tadi tu." Tanya Emir.
"Entah." Balas Ammar sambil jongketkan bahunya tanda tidak tahu.
"Kau ingat tak tempoh hari kat tanah perkuburan?" Tanya Emir.
Ammar mengingat semula kejadian yang berlaku seminggu lalu. Dia terkejut apabila menerima panggilan dari Calvin menyatakan Kembarnya terlibat dalam kemalangan dan maut ditempat kejadian.
Tanpa pengetahuan Papa dan Mamanya dia, Emir dan Ghazi pergi hospital untuk menuntut mayat kembarnya namun dia terlewat kerana Jenazah telah selesai dimandi dan dikafankan. Jenazah dalam perjalanan ketanah perkuburan. Tanpa lengah dia memandu menuju ke tanah perkuburan yang dinyatakan pegawai perubatan itu.
Sampai ditanah perkuburan yang dinyatakan tadi. Dia keluar lalu meluru masuk dan tanpa sengaja telah terlanggar seorang gadis yang baru saja ingin keluar dari tanah perkuburan.
Hanya kata Maaf yang terucap dari mulutnya tanpa melihat atau membantu gadis tersebut.
"Aku ingat. Gadis yang aku tak sengaja langgar kat depan pintu pagar tu kan?" Tanya Ammar.
"Along, Achik." Panggil Ghazi.
Kedua mereka menoleh kearah Ghazi yang berjalan menuju kearah mereka.
"Papa nak kita pergi ke Brunei untuk tanda tangan kontrak dengan Tuan Haji Yunus disana." Kata Ghazi.
"Tak boleh ke kalau salah seorang dari kita je yang kesana?" Tanya Emir.
"Papa nak kita bertiga kesana, Sekali melihat projek disana." Kata Ghazi.
"Haaihhh patutlah Arwah Angah sanggup pilih gadis pilihannya dari harta kekayaan Papa." Kata Emir.
"Kau merepek apa ni Chik?" Tanya Ghazi.
"Aku tak merepek lah Ghaz. Tapi cuba korang lihat, apa sebab Angah taknak kekayaan Papa. Sebab hidup kita ni macam sekarang. Terkongkong habis." Kata Emir.
Ammar hanya mendiamkan diri. Dia berfikir akan gadis dihadapan lift tadi.
"KENAPA AKU MERASA DIA ADA AURA ANGAH. SANGAT KUAT DENGUPAN JANTUNGKU BILA MELIHATNYA TADI." Bisik hati Ammar.
Share this novel