BAB 3

Romance Completed 2294

Dia kenalkan aku dengan member-member dia yang lain waktu makan tengahari.

“You tak diet ke Nori ?” soalan dari Azah teman Maimon seakan-akan menggigit cuping telingaku. Belum sempat aku menjawab, Kak Ros mencelah, “Eh kau ni Azah…apa tanya macam tu pula. Sudah Nori lupakan saja soalan tu.”

“Alah kak Ros ni takkan tanya tu pun salah? Azah cuma nak tahu je,” jawab Azah. Dari nada suaranya aku dapati ada semacam ketegangan di antara Azah dengan Kak Ros. Yang lain terus diam bila Kak Ros bersuara.

Siti mempelawa aku goreng pisang untuk memecahkan kesunyian yang datang secara tiba-tiba di meja tempat kami semua duduk. Tak lama selepas itu semua kembali berbual seperti biasa….cuma aku tak nampak Azah, tiba-tiba je dia menghilangkan diri.

Kak Ros sudah 10 tahun bekerja di situ, dia adalah line leader kami. Orangnya tegas, tapi di sebalik ketegasan itu ada terselit sifat lembut dan bertanggungjawab. Aku amat senang dengannya. Siti pula pendiam, dia suka senyum. Orang berbual serius dia senyum, orang berbual kelakar dia senyum. Dia tak suka kecoh kecoh.

“Maimon!” suara Encik Haidid memanggil Maimon kedengaran dari belakang meja kami. Maimon terus bangun, dan mengikut Encik Haidid masuk ke dalam pejabatnya. Aku mencekup goreng pisang dan terus masukkan ke dalam mulut sambil mengunyah dengan penuh kesedapan. Kak Ros mengeluh sambil menggeleng kepalanya sementara Siti hanya tersenyum.

Mungkin cara aku makan tidak sedap dipandang mata. “Maaf…saya lapar. Tak tahu pula yang Siti dengan Kak Ros nak goreng pisang ni,” aku bersuara dengan nada yang tersipu-sipu.

“Eh bukan awaklah Nori …” sahut Kak Ros, ” Kami sebenarnya meluat melihat mereka tu.”

“Errrr,,, maksud Kak Ros…Maimon dengan Encik Haidid ?” tanya aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience