Bab : 38

Action Completed 53513

Flashback.....

"Davina still tak datang?"tanya Declan.

"Tak."

"Kenapa?Kali terakhir dia datang sini masa aku masuk hospital. Sampai ke hari ni tak ada khabar dari dia?"

"Dia ada dekat hospital tempat dia berkerja merawat Eden."

"Apa?Rawat Eden?Dekat situ?"

"Ya..."

"Sejak bila?"

"Sejak dia datang sini..dia pindahkan Eden keluar dari hospital ni ke hospital tempat dia bekerja."

"Dah kenapa dia buat macam tu pulak?"

"Declan..bawa bertenang..kau masih cedera..tulang rusuk kau tu."

End of flashback......

Selama seminggu dia tunggu Davina. Rupa-rupanya apa?Rawat Eden?Habis dia ni siapa!

"Declan jangan."panggil Garvien yang terkocoh-kocoh nak dapatkan Declan yang sedang berjalan laju keluar dari lif hospital. Rakannya ini benar-benar sedang marah.

"Mana bilik dia!"tanya Declan yang jalan laju merentasi koridor itu dengan tangan tergantung di bahu kerana masih bersimen.

"Jangan la macam ni...aku tak rasa ini masa yang sesuai untuk kau tunjuk perangai macam ni."pesan Garvien lagi.

Terus berhenti Declan dekat koridor tu. Dia pandang muka Garvien dengan kening mencerlung marah. "Aku tanya bilik dia dekat mana..."ketapnya dengan bengang.

Garvien diam buat seketika sebelum tunjuk ke sebelah kanan koridor tu dengan muka mengalah. "Bilik nombor 34."beritahunya.

Declan berjalan semula. Mata dia liar melihat kanan dan kirinya. Mencari nombor yang di kehendaki. Tidak lama berjalan, akhirnya dia menemui bilik dimana tempat Eden di rawat. Selepas dapat tahu dimana hospital Davina bekerja, dia tanpa berlengah datang ke sini hendak buat perhitungan dengan Eden. Berani kan lelaki tu guna cara licik untuk ambil perhatian Davina!

Seperti bagai hendak robohkan pintu, Declan buka pintu bilik tu dengan tangan kiri yang tidak cederanya lalu melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Tanpa ketuk tanpa salam, dia terus menempik. "EDEN!"

Terperanjat orang yang sedang menyarung pakaian di badan yang penuh parut dan kesan luka lama itu dek sergahan itu. Eden pandang ke arah pintu biliknya dimana Declan dan Garvien sedang berdiri.

Dah apahal pulak ni!?

Wajah Declan bengis.

"Kau!"Declan tunding jari semasa berdiri beberapa langkah dari tempat Eden sedang berdiri. "Aku tak sangka kau akan lakukan hal selicik ni!"marahnya dengan kening berkerut dan muka tak puas hati.

Declan kerling ke Garvien. Dia pandang dengan mimik muka 'ada apa ni' kepada Garvien.

Garvien dekat belakang Declan pandang serba salah ke Eden. Dia beri isyarat 'aku-tak-tahu-nak-buat-apa' kepada Eden sewaktu lelaki itu memandangnya.

Eden beri anggukan kepala. Tanda 'tak apa' pada Garvien dan beri isyarat pada lelaki tu supaya keluar tinggalkan mereka berdua di situ.

Tanpa berlengah Garvien angguk kepala lalu gerak keluar dari situ sambil menutup pintu bilik itu Bersama.

"Ada apa ni Declan?Datang-datang nak naik angin?"soal Eden sambil butang baju pesakit yang bersih dan berbau harum itu sebagai persalinannya selepas mandi tadi. Tinggal luka jahitannya saja hendak di ganti.

"Kau tak tanya aku ada apa?Kau tahu sendiri kenapa aku ke sini dan apa alasanya aku marah macam ni?"getus Declan. "Kau buat-buat kisah pasal aku selamatkan aku kononnya sedangkan kau buat semua ni untuk dapatkan perhatian dari Davina!"

Terpempan Eden dibuat tuduhan itu. Berdegup sakit jantung dia. Sampai ke situ sekali Declan pandang dia?Memangnya dia yang suruh Davina bawa dia ke sini dan rawat dia bukan Declan ke? "Kau merepek apa ni?"tanya dia.

"Aku beritahu kau, Davina dah bagi aku peluang untuk dia terima aku semula. Jadi jangan kau cuba nak rosakkan semuanya...kau sendiri tahu perasaan aku dengan Davina macam mana. Jadi berhenti berlagak hero depan dia macam kau tu baik sangat!"dengking Declan sampai timbul urat belirat di leher tu.

Hilang kata-kata dengan tomahan tidak berasas Declan, Eden terduduk dekat katil tu. Dia betul-betul tak kuasa nak bertekak dengan Declan sekarang. "Suka hati kau la nak cakap apa. Apa yang pasti aku memang berniat nak lindungi kau kerana raja sendiri yang minta hal tu pada aku. Soal Davina...better kau tanya dia sendiri. Aku dah tak kuasa nak bertekak dengan kau.."luahnya dengan nada mengalah.

Berang dengan sikap acuh tak acuh Eden, Declan jalan berarak mendekati Eden lalu kolar baju itu di cekau kasar dengan sebelah tangan.

Eden pandang tepat ke muka Declan. Dia baru nak bercakap sekali tu pintu biliknya terbuka dengan senyap dan Davina melangkah masuk ke situ.

"Kalau bukan sebab tangan aku patah lama aku tumbuk muka perasan bagus kau ni tahu tak!Sebab kau dia tak hiraukan aku...dan kau dah rosakkan semuanya!!"jerkah Declan yang sama sekali tidak menyedari Davina ada di situ.

Eden buat muka 'sh*t' sewaktu pandang ke Declan. "Cukup Declan..."arahnya sambil pegang tangan yang mencengkam kolarnya.

"Apa yang cukup! Kau ingat kau selamatkan aku, aku nak cakap pada Davina kau bahayakan diri untuk aku?Macam tu?Kelakar...sekalipun kau mati sebab aku, aku takkan cakap hal tu pada Davina..."tambah Declan lagi.

Menahan nafas Eden lepas dia terpandang akan Davina yang memandang kosong tepat ke dia. "Cukup aku kata Declan. Davina ada dekat sini"beritahunya akhirnya kerana tidak mahu Declan terus burukkan keadaan. Dia tolak Declan jauh darinya serta merta.

Terbutang kaku mata Declan sejurus itu. Dia dengan muka cuak gelabah macam tak cukup darah berpaling ke belakang dengan laju. Nafasnya tersekat di kerongkong serta merta. Sh*t!

Eden jatuh terduduk di katil itu sambil pegang bekas jahitannya yang sakit akibat rentapan dari Declan di kolarnya tadi. Sambil tu dia kerling ke Davina dengan perasaan serba salah. Dia tak nak Davina dengar semua ni dari Declan. Habis la!

"Davina...saya boleh-"

"Keluar."pintas Davina serta merta tanpa menunggu kata-kata Declan habis. Dia cengkam erat dulang di tangannya menahan sabar. "Saya mintak awak keluar dari sini Declan."arahnya.

Declan cepat-cepat dekati Davina. Dia pegang lengan Davina dan tunduk untuk bertemu muka dengan Davina. "Please...Davina...apa awak dengar tadi tu-"

Mata Davina pandang akan tangan Declan yang sedang memegang lengannya sebelum naik memandang mata tu. Betapa kecewanya dia sekarang ni sampai tak ada kata-kata yang dapat mengambarkan perasaannya. Sampai hati Declan cakap macam tu?Dekat Eden?Hanya kerana dia? Declan ni ada hati atau tidak sebenarnya?Sia-sia dia berharap pada lelaki ni memikirkan yang Declan dapat happy kan dia?Tapi apa?Hanya untuk happykan dia Declan sanggup sakitkan hati orang lain?

Hebat!Sangat hebat!

"Saya boleh jelaskannya. Jadi jangan fikir apa-apa mengenainya."minta Declan dengan terdesak.

Davina tarik nafas dalam-dalam lalu di lepaskan untuk tenangkan dirinya. Dia pandang ke Eden buat seketika sebelum memandang Declan pula."Kita cakap dekat luar.."beritahunya. "Eden masih belum sihat sepenuhnya."dia berpaling dari situ dan gerak keluar dari bilik itu.

Declan perhatikan langkah Davina dengan perasaan lega. Dia toleh ke belakang. Pandang ke Eden buat kali terakhir sebelum beri jelingan tajam ke lelaki tu dan ekori langkah Davina.

BAM!

Eden perhatikan Declan keluar dari situ sehingga pintu biliknya tertutup rapat. Hela nafas Panjang lepas dari bibirnya semasa dia bawa tangan naik memegang tampalan di kepalanya ketika itu. Kenapa la Declan ke sini dan Davina muncul pada masa ni jugak!Harap-harap dua orang tu tak bergaduh sebab dia la! Nanti tak pasal-pasal Declan salahkan dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience