BAB 8

Humor Completed 22641

“Bodoh lelaki yang tinggalkan you. Tak tahu nak hargai gadis cantik macam you ni” balas Haris memasang umpan.

Diana tersenyum gembira menerima pujukan dan pujian dari Haris.

Angin sepoi-sepoi bahasa pantai membuatkan rambut Diana berterbangan ditiup angin. Haris mengambil kesempatan ini untuk menyentuh wajah gadis cantik itu. Dia membetulkan rambut Diana.

Gadis itu sekadar membenarkan. Haris apa lagi, terus sahaja dia membelai wajah si gadis. Mereka bertentangan mata.

“You nak jalan-jalan?” ajak Diana. Haris pula segera mengangguk. Mereka berdua berjalan di pesisiran pantai sambil berpegangan tangan sesekali Diana menepuk lengan sasa Haris tatkala lelaki itu cuba mengusik. Mereka berdua ketawa gembira.

Setelah hari sudah berganjak senja, Haris menghantar Julia pulang ke chaletnya dan berjanji akan bertemu di club malam ini. Sebelum sempat Haris pergi, Diana sempat menghadiahkan satu kucupan di pipi lelaki itu dan mengucapkan terima kasih.

Haris senyum gembira. Dia kemudiannya kembali ke chaletnya. Tidak disangka mendapat habuan baik daripada Diana. Ini yang diibaratkan pucuk dicita ulam yang datang.

*******************
Sebentar lagi Haris akan bertemu dengan Diana. Gadis itu jelas-jelas menyukainya.

Mana taknya, tak pernah ada seorang perempuan yang mampu menolak ketampanannya. Haris memang terbukti kacak. Dengan wajahnya yang putih bersih, badannya yang sasa dan tinggi dan dengan karakter personal yang cool, mustahil ada gadis-gadis dapat menolaknya.

Bahkan Syuhada yang baik itupun tergugat dengannya, senang sahaja nak ambil hati Syuhada dulu tapi sekarang susah nak mampus.

Haris mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menaip sesuatu di keypadnya lalu dikirimkan ke Syuhada. Dia tersenyum nakal. Jauh di sudut hati, ada dendam buat Syuhada kerana tidak pernah melayaninya sebagai seorang suami.

Tidak pernah melayan kehendak dan keinginannya sebagai seorang lelaki dan suami! Dan tidak pernah menghormatinya. Sengaja dia mahu menyakiti hati Syuhada dan membalas semua perbuatan Syuhada.

‘If I didn’t get it from you, I will get it from other girl and tonight I will.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience