Bab 7

Drama Series 6861

Rainah termangu apabila Johanna memberitahu kawannya adalah tunang Encik Lokman aka Hakiem.

"Kenapa Rai tanya?"

"Tak ada apa, kak...", Rainah hanya tersenyum.

"Rai ingat Encik Lokman tu kawan akak....", ujarnya lagi.

Johanna tersenyum.

"Dia baikkan...?"

"Hm em....", Rainah mengangguk.

"Pergilah tidur, esok nak kerja kan..."

"Akak pun pergilah tidur..."

"Akak nak siapkan sedikit lagi ni... Lepas ni akak tidurlah..."

Johanna menunjukkan kertas yang bertaburan. Rainah mengangguk sambil berlalu ke bilik.

Pintu bilik di kunci. Rainah mencapai diarinya. Di selak perlahan. Beberapa gambar di keluarkan lalu di tatap sendu. Airmatanya gugur lagi.

*******

"Rai....Jom kita bergambar....", Iqah sangat teruja.

"Yelah.... aku datang...", Rainah berlari ke arah Iqah.

"Hey.... hati-hati...", jerit Hakiem dari dalam air berdekatan air terjun.

Rainah tersengih. Malu juga bila di tegur oleh Hakiem. Merah wajahnya saat itu. Iqah sudah mengekek ketawa bersama Ayu.

Hakiem naik ke tebing. Lalu menyendeng di tepi Rainah.

"Uuuu... Ada orang tu jadi ulat bulu...",Iqah menggiat abangnya.

Hakiem tersengih. Rainah merona merah.

Iqah meminta seorang pengunjung mengambil gambar mereka berempat.

Selepas itu Ayu mengambil gambil gambar mereka bertiga.

Rainah menoleh ke arah Hakiem yang sedang menarik ranting pada rambutnya. Iqah yang kebetulan melihatnya, terus mengambil gambar.

Gembiranya mereka di waktu itu.

*******

Rainah tertidur dengan memeluk diarinya. Segala kenangan yang tercatit sangat bermakna buatnya.

"Iqah...Abang....Rai rindu....maafkan Rai...", omel bibirnya bergumam.

Airmata yang masih menitis terus mengalir ke pipi.

*****

"Mak...Rai dapat juara debat...", Rainah menunjukkan medalnya kepada ibunya.

"Hm.. baguslah...", Zakirah menjawab acuh tak acuh.

Rahman menggelengkan kepala. Rainah muram apabila tidak di endahkan oleh ibunya. Abangnya menerpa sambil memeluknya.

"Wahhh... hebatnya adik abang...", Rayhan menggosok kepala Rainah.

"Petang ni kita keluar yer... Ayah nak belanja cendol ais kacang...", Rahman mengajukan cadangan.

"Yeay... Mak ikut tak...?", sorak Rainah sambil memegang tangan ibunya.

"Mak tak ikut. Banyak kerja...", sengaja Zakirah memberi alasan.

Rahman merenung ke arah isterinya namun Zakirah hanya buat tidak tahu sahaja. Rahman mengeluh.

'Kesian Rai....'

"Tak apa ,ayah. Kesian mak kena siapkan baju pelanggan...", Rainah memeluk ibunya.

Walaupun ibunya tak pernah membalas pelukannya, Rainah bersyukur sekurang-kurangnya dia masih boleh memeluk tubuh ibunya.

Pernah juga dia berasa cemburu dan sakit hati apabila abangnya sering di beri perhatian oleh ibunya. Namun Rainah membuang perasaan itu kerana Zakirah tidak pernah memukulnya.

"Ada kelas tambahan kan petang ni...?", tanya Rayhan kepada Rainah.

"Ada, habis pukul 5... Ayah....abang, kalau Rai ajak Iqah, boleh tak?"

Zakirah menjeling.

"Boleh...", Rahman tersenyum.

"Ayu? Rai tak nak ajak....?", tanya Rayhan.

"Ayu tak datang petang ni... dia ikut keluarga dia hantar abang dia kat UPSI..."

"Owh... jap lagi abang hantar Rai ke sekolah..."

" Pergilah makan dulu... Mak masak best hari ni... Lemak ikan keli... yummy...", Rayhan menunjuk tanda best.

Rainah senyum simpul sambil berlalu ke dapur.

******

"Rai cepatlah... Abang tunggu kat kereta dengan ayah dan Iqah... Jangan lama...", Rayhan berpesan.

"Baik abang... jap jer, Rai sakit perut"

Rainah berlari ke tandas awam.

Sebaik sahaja selesai, Rainah berlari menuju ke kereta. Hanya beberapa meter, sebuah lori kelihatan hilang kawalan. Lalu merempuh semua kenderaan yang berada di lot parking di situ.

"Abang..... Ayah....Iqah..... keluar...Keluar...keluar...", jerit Rainah.

Namun sekelip mata, kereta ayahnya di rempuh. Rainah kaku melihat ayah, abang dan kawannya yang terkulai. Tangan abangnya yang di hulurkan keluar membuatkan dia meraung di situ.

*******

"Abang.....", jerit Rainah.

Ketukan di pintu menyedarkan Rainah.

"Rai... Rai... Buka pintu ni..."

Kedengaran suara Johanna di luar bilik.

Rainah meraup wajahnya. Perlahan dia bangun membuka pintu. Wajah gusar Johanna terpacul di sebalik pintu.

"Rai okay....?"

"Rai okay kak.... Hanya mimpi buruk...", Rainah tersenyum.

Johanna memeluk Rainah erat. Mata bengkak Rainah di pandang.

"Tidurlah... Baca doa dulu..", Johanna menarik Rainah ke katil.

Rainah berbaring. Matanya memerhati Johanna yang menarik selimut menyelimuti dirinya.

Perlahan mata Rainah terpejam. Johanna yang menepuk perlahan, mengusap rambut Rainah.

'Tabahlah adikku....'

Johanna mengucup lembut dahi Rainah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience