Dataran Pahlawan Zehir atau Zehir Thalassocrata Square adalah tapak upacara rasmi ketenteraan.
Dibina menghadap Tasik Naga Selatan, pohon-pohon yang rimbun menyelusuri laluan pejalan kaki.
Orang awam membanjiri semua tempat duduk di tepi dataran bagi menyaksikan upacara kehormat yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Lonceng menara jam berbunyi menandakan telah masuk Pukul 12 Tengahari.
Kerabat DiRaja Zehir bersama Jemaah Menteri berkaitan tiba di dataran dari Istana Zehir.
Panglima Tertinggi Pertama, Zehir Kasturi berdiri atas pentas kecil;
"Hormat! Dari timur ke barat mereka berlayar, wira ibu pertiwi dan kita semua! Mainkan muzik!"
Pancaragam memainkan lagu patriotism, "Perang Suci".
Dua Askar Pengawal berkawad ke pagar masuk dataran.
Lapan Askar Pengawal membawa bendera empayar dan panji tentera berkawad.
Dua membawa bendera dan enam membawa pedang di tangan.
203rd Infantry Battalion dan 68th Mobilised Infantry Battalion memasuki kawasan dataran.
9th Artillery Battalion dan 85th Imperial Armour Corps juga menyusul selepas infantri.
Iszran berdiri tegak dengan Type-9 Pawaka Rifle di tangannya dan diam menunggu arahan baharu.
Pvt.Iszran,
Zehir_Thalassocrata_Square,
Capital_of_Pakma,
Zehir_Thalassocracy.
Selesai musik dimainkan dan semua battalion berasa di tempat masing-masing, Panglima Kasturi turun dari pentas dan menjemput Maharaja untuk memberi anugerah kepada askar-askar yang terpilih.
Panglima Kasturi tertarik untuk mulakan pemakaian pingat di petak 203rd Infantry Battalion.
Maharaja memakaikan pingat pada sebelah kiri bahagian dada uniform Mjr.Enya dengan perasaan bangga.
Seterusnya, Panglima Kasturi berdiri di hadapan Iszran. Beliau hanya menarik uniform prebet itu ke depan sedikit.
Maharaja mengepinkan pingat dan reben di uniform itu.
Istiadat diteruskan sehingga tiba di penghujungnya.
Petugas Istana bergerak ke tempat maharaja secara berganti untuk memayungi baginda.
Maharaja kembali ke khemah dan memberi tabik hormat kepada 10,000 askar Zehir yang berjasa besar kepada negara dan bangsa.
Panglima Kasturi naik semula ke atas pentas;
"Upacara Pengkurniaan Pingat Jasa, selesai! Angkat Bendera!"
Pancaragam memainkan lagu patriotism, "Empayar Zehiria".
Dua Askar Pengawal berkawad dari pagar masuk dataran.
Mejar Enya pusing badan ke belakang;
"Baris! Baris sedia!"
Semua anggota battalion dari depan hingga belakang bersedia menerima arahan selanjutnya.
Mejar Enya berdiam selama 5 saat;
"Menghadap ke kanan! Kanan pusing!"
Semua anggota battalion mengikut arahan dan menghadap ke kanan.
Mejar Enya membuka mulut;
"Keluar barisan! Dari kiri, cepat jalan!"
203rd Infantry Battalion berkawad ke hujung dataran lalu bersurai, keluar dari barisan dan bersua muka dengan ahli keluarga masing-masing.
Pvt.Iszran hanya berdiri dan menunggu semua orang pulang me rumah.
Dia mengambil beg dari lori askar di dekat pintu keluar dan mahu pergi ke stesen kereta api terdekat.
Panglima Kasturi muncul dan menarik tangannya,
"Private. Tolong ikut saya sekejap."
Pvt.Iszran hanya membalas dengan menganggukkan kepala dan mengikut Panglima Kasturi ke satu bilik rahsia bawah tanah di dalam kawasan dataran.
Panglima Kasturi dikenali dengan pendiriannya yang tegas dan askar-askar bawah pimpinannya sentiasa bersedia untuk bertindak apabila diperlukan.
Tetapi beliau tidak pernah berhadapan dengan situasi seperti ini. Senapang buatan sendiri? Ini bukan benda yang askar buat.
Beliau merampas, memeriksa dan meneliti Pawaka Rifle sambil mencari kecacatan senapang hodoh itu.
Dipusing beberapa kali dan diteliti dari setiap sudut lalu beliau meletakkan ia secara kasar di atas meja.
Anak mata sang panglima mula bertukar kecil apabila mengecami jenis senapang itu.
Jelas ianya bukan standard issue yang dipakai oleh tentera dan badan beruniform negara.
Beliau menolehkan wajahnya, merencana penyiasatan yang lebih serius perlu dilakukan.
"Di mana kau dapat senapang ni?! Macamana kau boleh bawa ke sini?"
Soal Panglima Kasturi dengan ton suara yang serius.
"Semasa 10 bulan kena kepung oleh tentera elimina, rifle saya selalu rosak oleh lumpur, terlalu panas dan tersekat.
"Jadi saya guna waktu malam untuk ke arkib istana dan belajar benda berkaitan buat senjata.
"Hasilnya, ini. Pawaka Rifle yang tahan lasak dan lagi efektif dalam long range attack."
Pvt.Iszran menjawab dengan tenang sambil memandang muka sang panglima.
"Oh, begitukah..?"
Panglima Kasturi merenung si prebet.
"Dari mana pula kau dapat bahan untuk buat senapang ni?
"Ini melanggar protokol dan undang-undang. Walaupun negara dalam situasi perang, ianya tetap membahayakan nyawa askar zehir yang lain."
Ekspresi panglima itu dingin dan tegas.
"Barang rosak macam helmet dan besi kelongsong peluru. Saya leburkan dan buat acuan sendiri.
"Kayu dari sisa runtuhan dan pokok yang tumbang.
"Saya tempa besi di Tukang besi dan ukir badan senapang di kedai tukang kayu."
Pvt.Iszran terus mendedahkan bagaimana dia membuat senapang itu.
"Kepandaian kau aku tak nak nafi tapi hakikatnya senjata ni betul-betul bahaya dan menyalahi undang-undang.
"Aku tiada pilihan melainkan rampas senapang ni."
Panglima Kasturi memberitahu secara jelas.
"Siapa lagi yang tahu pasal senjata ni? Selain kau, ada lagi yang pakai senjata ni?
"Berapa banyak askar buat senapang sendiri?!"
Panglima meninggikan suara untuk mendapatkan jawapan.
"Cuma saya, tuan. Senapang ni dah tolong saya bunuh 1,212 askar elimina.
"Jadi, bagaimana kalau kita bincang pasal implementation dan production senapang ni? Selepas beberapa siri pengubahsuaian atau perang ni berakhir?"
Pvt.Iszran memujuk dan beri cadangan kepada panglima.
Panglima teragak-agak, buat timbangan di fikiran sebelum beri kata putus.
Dalam pemikirannya, Iszran telah melakukan kesalahan besar dan mesti dihukum.
Tetapi, dia juga berjasa besar dengan melindungi Papillon bahkan meragut nyawa 1,212 askar musuh. Itu satu jumlah yang susah untuk dicapai oleh mana-mana askar walhal elit sekalipun.
"Baiklah."
Panglima Kasturi memberi kata putus;
"Buat masa ini aku tak akan jatuhkan apa-apa hukuman kepada kau. Tapi,
"Kau wajib buktikan bahawa senapang yang kau buat ni boleh beri manfaat kepada tentera kita.
"Sebaik saja perang ni tamat kita akan bincang implementation dan production issue."
Pvt.Iszran memberi tabik hormat sebelum meninggalkan ruang pejabat.
Panglima Kasturi membalas tabik hormat dan memberi renungan tajam kepada prebet itu.
Dia bernasib baik kali ini kerana hanya menerima amaran.
Beliau pula perlu memikirkan kesannya...apa akan keluar dari mulut panglima-panglima yang lain tentang keputusannya?
Lama jugak baru update chapter baru. Aku fikir nak buat panjang sikit + kenalkan lagi watak baru tapi cukuplah sampai sini dulu. Untuk keterangan, Type-9 Pawaka Rifle tu dia memang takkan dapat balik dari tuan panglima, buat masa sekarang. Jadi....jumpa lagi di bab yang akan datang.
Share this novel