JUWITA mengetap bibirnya, cuba menahan tangisan yang semakin kuat. Tangannya yang menggigil menaip sesuatu di telefon bimbitnya, tetapi ketukan keras di luar biliknya membuatkan jantungnya hampir luruh ke lantai. Setiap dentuman pintu yang dihentak, setiap jeritan lelaki itu, semakin membuatkan ketakutannya menggenggam erat. Pakaian di tubuh badannya itu ada sebahagian terkoyak dan kotor.
"Perempuan sial! Bukak pintu ni sekarang juga, atau aku tendang!" suara lelaki itu meraung dari luar, menggegarkan pintu bilik Juwita dengan hentakan kasar, seolah-olah hendak merobohkannya.
Juwita terkejut dan hampir menjatuhkan telefonnya. Dengan tangan yang gemetar, dia pantas meletakkan telefon ke telinganya.
Drut... drutt...
Bunyi deringan telefon memecah keheningan, sebelum berhenti. Satu suara perempuan yang malas dan sinis menyambut.
“Nama penuh?” suara itu kedengaran, tetapi entah mengapa, kali ini lebih menjengkelkan, seolah-olah tiada empati.
Juwita memejamkan matanya seketika, mendengar setiap hentakan yang semakin kuat di luar bilik. Suara lelaki itu semakin garang, menghentak pintu seakan tidak peduli. Badannya bergetar, tubuhnya lemah kerana ketakutan yang begitu dalam.
"JUWITA...!!!"
BANG!
Pintu itu akhirnya runtuh, terhumban ke lantai. Wajah lelaki yang bengis dan dipenuhi amarah muncul di hadapan Juwita. Tubuhnya yang berbaju tanpa lengan memperlihatkan perut boroi yang jatuh tergantung, dengan seluar dalam ketat yang kotor, dipenuhi peluh dan bau busuk arak. Juwita dapat merasakan nafasnya yang berat, memaparkan kebencian yang terpendam.
"Jangan dekat aku! Kau dah musnahkan hidup aku!" Juwita terjerit, cuba menjauhkan diri dari lelaki yang dipanggilnya ayah.
Ayahnya… Wallace. Lelaki yang seharusnya melindunginya, tetapi telah merosakkan hidupnya, dicabuli sejak dari kecil. Setiap pukulan, setiap kata makian, setiap penghinaan yang ditaburkan kepadanya, semuanya kini menghantui mindanya. Wajah Wallace yang bengis dan penuh amarah muncul dalam bayangannya, membuatkan tubuhnya seakan terkunci, tidak tahu mahu berbuat apa.
Adakah dia akan terus hidup dalam ketakutan ini? Atau sudah tiba masanya untuk dia berhenti lari dari realiti, dan membiarkan dunia yang menakutkan ini berubah selamanya?
Wallace mengheret Juwita dengan kasar, cuba menariknya, tetapi Juwita bertahan, melawan sedikit tenaga yang tinggal.
"Aku bapak kau, bodoh! Kau mesti ikut cakap aku kalau kau nak hidup!" Wallace menjerit, mencengkam tangan anak perempuannya itu dengan kekuatan yang luar biasa. Terasa genggamannya seperti cengkaman maut.
Dengan tubuh yang masih menggigil, Juwita mengangkat telefon ke telinga sekali lagi, suara tangisannya hampir tidak dapat disembunyikan. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Pada satu sisi, dia ingin membiarkan ayahnya dihukum, tetapi di sisi lain, dia takut untuk membuat keputusan itu.
"WALLACE UNPY!"
Tangan Wallace terhenti sejenak.
"KAU JANGAN BERANI NAK TELEFON POLIS, SIAL!" Wallace menampar tubuh kurus cengkung itu, cuba merampas telefon dari tangan Juwita. Namun, kali ini, usaha itu gagal.
Ketika Wallace cuba merampas telefon dari tangan Juwita. Tiba-tiba, ruang sekeliling mereka seakan berputar dan kelam, menciptakan kekacauan dalam sekelip mata.
Sekilas, semua berubah. Wallace terasa seperti terperangkap dalam ruang yang asing, ruang yang begitu kotor dan terabaikan, seakan tempat yang pernah menghantui masa lalu.
Dindingnya berkarat, kotor dengan lumpur yang membusuk. Tempat itu, di sebuah gudang, untuk kali pertama Wallace, merasa tubuh badan anak gadisnya itu dan membunuh isterinya yang cuba melindungi anaknya itu.
Di sekelilingnya, suasana sepi, tetapi seolah ada sesuatu yang menunggu untuk mencapainya.
Tiba-tiba, di sudut ruang itu, muncul bayangan gelap yang dikenali –
ENMA RAII.
Enma Raii berdiri tegak, dengan pandangan kosong dan tajam, seakan melihat ke dalam jiwa Wallace. Wajahnya yang tenang berbanding gelapnya situasi itu mencipta suasana yang sangat menakutkan.
Wallace terkejut dan meronta, tubuhnya bergetar kerana ketakutan yang mendalam, "Apa ini? Kau siapa!?"
Suara Enma Raii tenang, namun sangat jelas dan tegas, mengisi ruang gelap itu.
"Kau akan membayar atas dosa-dosamu, Wallace Unpy."
Kreek... kreeek... KREEK...
Saat itu juga, bunyi lantai tempat mereka berdiri berderak dan merekah, seolah-olah dunia itu sedang retak.
"Shhhhrrrrrkkk..."
"Rmmmmm..."
Dengan bunyi yang menakutkan, tangan-tangan gelap muncul dari tanah, menyeret Wallace ke bawah.
"slurrrp... plop!"
Ia seperti tanah itu hidup, menghisap tubuhnya dengan kejam.
"Kau tidak boleh lari dari kesalahanmu, Wallace. Kau merosakkan hidup anakmu, memusnahkan segala harapan. Kau pantas untuk dihukum."
Krraaak... grrrkkk...
Bunyi gesekan tanah yang retak dan jeritan suara Wallace memecah kesunyian itu.
"Aaaarrgghhh!!!"
Wallace menjerit, cuba melawan dengan tenaga yang tersisa, tetapi tak mampu.
Crunch... crack!
Tubuhnya diseret lebih dalam, di bawah tanah yang gelap dan penuh dengan sisa kekotoran.
"Tidak...! Tidak!!!" teriak Wallace, tapi jeritannya terhenti seiring dengan suara tanah yang menelan tubuhnya.
Saat dia semakin tenggelam, Enma Raii mengangkat tangan, dan di sekeliling Wallace, api mulai berkobar, membakar sekelilingnya.
Whoooosh... fssssshhh!
Api yang kejam, tidak mampu dipadamkan, menyelimuti tubuhnya dengan panas yang mencekam, dan semakin membakar hidup-hidup.
"AAAAAARGGHHH!!!"
Mata Wallace terbeliak, merasa setiap jeritan dan nyeri yang dirasakannya adalah balasan yang tak terelakkan atas perbuatannya. Dia akhirnya ditarik ke dalam kegelapan, dimakan oleh api yang memancar dari segala arah.
Enma Raii berdiri tegak, tidak menunjukkan emosi.
"Ini adalah pembalasan untukmu. Kita akan ke neraka."
Dengan jeritan terakhir Wallace yang menggema.
"AAAAARRRRGGHHH!!!", suaranya mulai mengecil dan memudar saat dia tersedot lebih dalam ke dalam jurang neraka, seperti suara yang ditelan oleh kegelapan itu sendiri.
Bunyi suaranya terdistorsi, semakin jauh, "Rrrrrghhh...", hingga akhirnya hilang.
Enma Raii berpaling, tubuhnya kembali melangkah dengan tenang, seperti semua itu sudah selesai, namun kesan dari hukuman yang diterimanya akan terus menghantui Wallace selamanya di dunia yang tak terhingga.
Juwita yang tergamam melihat ayahnya hilang begitu sahaja di depan matanya, tidak mampu bergerak, seolah-olah tubuhnya beku oleh kejutan dan ketakutan yang menguasai dirinya.
Air mata mengalir deras di pipinya, tetapi bukan hanya kerana rasa lega. Rasa lega kerana dia selamat, kerana tidak perlu lagi menghadapi keganasan ayahnya. Namun, ketakutan akan apa yang baru sahaja terjadi, apa yang dia lihat, menghantui setiap denyut nadinya.
Tangannya menggigil ketika dia melihat cincin rotan di jari manisnya. Cincin yang seolah-olah menyerap ke dalam kulitnya, meninggalkan rasa pedih yang mendalam.
Dia menggigit bibir, menahan sakit yang datang tiba-tiba, seolah-olah rotan itu tertanam di bawah dagingnya, mengikat takdirnya yang baru.
Jiwanya bercampur baur. Takut... lega... hancur... selamat... semuanya berbaur menjadi satu. Jiwanya yang kini kosong tidak tahu sama ada untuk menangis lebih kuat atau bernafas dalam kelegaan. Tubuhnya terasa ringan, tetapi berat di dalam hati.
Akhirnya, Juwita tersandar di dinding.
"Hh...hh..." bunyi tersedu-sedu yang perlahan, terisak-isak dengan lembut, tangannya menggenggam perutnya, mencengkam kesedihan dan ketakutan yang masih belum sepenuhnya hilang.
Dia selamat, ya. Tapi, dia tahu, harga yang telah dibayar bukanlah sesuatu yang ringan.
-
CASSIAN terjaga, nafasnya terhenti dan tubuhnya yang tidak memakai baju itu, basah dengan peluh. Bulan menerangi biliknya, sementara jantungnya berdegup kencang. Dalam kegelapan malam, dia duduk di tepi katil, mengingati mimpi yang menghantuinya—api yang membakar seorang lelaki. Jeritannya bergema di telinga, wajahnya yang tidak dikenali terbakar dalam api yang marak.
Cassian menggigil, mengusap dahi yang berpeluh. Kenapa mimpi itu? Apa kaitannya dengan dirinya? Hatinya berdebar, perasaan pelik yang tidak bisa dijelaskan menggigit fikirannya.
"Tidak... ini hanya mimpi." gumamnya perlahan, menyeka peluh di dahinya dengan belakang tangan. Tetapi, suara lelaki dalam mimpi itu, jeritan yang penuh penderitaan, masih bergema dalam fikirannya. Dan entah kenapa, ia terasa terlalu nyata.
Dia berbaring kembali, cuba menenangkan dirinya, tetapi mindanya tidak berhenti berputar. Api itu, lelaki itu... apakah semua ini ada kaitan dengan dirinya? Atau hanya sebuah petanda yang dia tidak mampu fahami?
Share this novel
thniah. bby baru lahir. bestttt