Rate

Bab 2

Romance Series 4237

Kepala Orked yang berbalut tudung hitam labuh itu disembam ke atas meja sebaik dia memasuki pejabat milik Qazra. Stetoskop diatas meja Qazra dibuat seperti tali koboy, nasib sahaja Qazra ada pesakit yang perlu dirawat, kalau tidak memang membebellah makcik itu melihatnya.

Kot putih yang tergantung di kerusi, diambilnya bersama stetoskop. Orked menggelengkan kepalanya setelah membau kot Qazra yang boleh dikatakan seperti 2 tahun tak basuh.

“Assalamualaikum,”

“Eh whiskes highlighter.” latahan Orked mencoret ketawa ketawa kecil diwajah si pemberi salam.

“Waalaikummussalam.”

“Maaf mengganggu, awak doktor Qazra kan?” Orked menggeleng sebelum tiba tiba mengangguk.

“Saya Anas Wildan, doktor praktikal yang akan ada bawah jagaan awak lepasni.”

“Bakal imam Qazra.”

“Sorry?”Orked menutup mulutnya.

“Eh tak, saya kata, ada match bola malam ni.” Anas hanya tersenyum nipis. Telefon yang berdering kuat, cepat cepat diangkat Orked.

“Ya, Az. Kau ada masuk perangkap beruang ke?” Azalea memandang telefonnya seketika.

“Kau ni dari haritu mabuk kan?”

“Haritu kau yang mabuk. Hekhekhek.”

“Tak payah nak melalut. Kau kata nak belanja aku makan, sekarang ni batang hidung kau pun aku tak dapat kesan.” Orked mengangguk dengan kata kata Azalea.

“Jadi aku janji nak jumpa kau pukul 12 kan?”

“Ya mak jenab.”

“Hmm, sekarang pukul 2. Oohh, aku lupa hekhekhek.” Azalea yang mendengar teringin sahaja mengetuk kepala Orked. Semakin menjadi jadi ketawa sahabatnya itu.

“Dalam 10 minit, kalau kau tetap tak datang, aku curi semua stok maggi kau.” Tangan Orked laju menyimpan telefon, kot dan stetoskop yang tersarung dibadannya. Sempat dia berhenti dipintu dan berpaling kearah Anas,

“See you next time man.” Orked kembali kelam kabut berlari.

“Orie! Kau ambil picagari aku ke jenab?!” jeritan Qazra yang baru sampai dimuka pintu biliknya memberhentikan langkah Orked sekali lagi.

“Qaz, lepas kau siap dating, pergi kedai mamak biasa kita lepak. Okeh babai sistur!” Qazra menggeleng kepalanya sebelum matanya terhenti pada Anas.

“Awak doktor praktikal tu ke?” Anas mengangguk.

“Tadi tu adik doktor ke?” Qazra tersenyum.

“Tak, tu kawan saya. Orked Aqrena.” Anas mengulang nama itu perlahan dengan senyuman. Qazra yang melihat dapat faham senyuman Anas.

“Can we start now?”


***

“Kalau aku pakai kimono bawah pokok sakura ni mesti ramai terpesona kan?” Aqeef memandang Arien kecik besar saja dengan gayanya yang makin menjadi jadi.

“Pokok tu pun boleh layu tengok kau.”

“Layu sebab aku kacak sangat.”

“Aku tak pernah tengok orang puji diri sendiri bukan main melambung tinggi.” Ariean meletakkan tangan didada sambil memandang keatas. Elok juga kalau kena ketuk sekali budak ni.

“Ariean!” Pokok yang ada berdekatannya serta merta dipeluk kerana terkejut. Seorang gadis berambut perang mula mendekati dia.

“Why did you ask for break?!” Ariean memandang sekeliling. Otaknya blank.

“Ariean!”

“Yes ma'am?” muka Lucy makin merah dengan perangai Ariean yang tidak mengendahkan soalannya.

“Why did you ask for break on the phone?” Ariean memandang Aqeef, meminta pertolongan. Namun tidak dilayan.

“I don't wanna continue on doing sins.”

“What sins?!” Ariean tersenyum kambeng. Memikirkan jawapan.

“M-my sister would be mad if she know I'm ‘berkapel kapel’.” Aqeef tersengih mendengar jawapan gelabah Ariean. Wajah Lucy mulai redup.

“Then, I'm sorry that I'm forcing you. Goodbye Ariean.” Lucy mulai berjalan menjauhi mereka.

“Ayat kau, pembaca berita yang muka ketat tu pun boleh ketawa macam keldai. Nasib perempuan tadi tak jadi Godzilla.” Ariean membuat muka 50 sennya mendengar kata kata Aqeef.

“Kalau kakak aku tahu, singkat hayat hidup aku.” Aqeef hanya mampu menggelengkan kepala dengan celoteh adik angkatnya itu.

Comment kalau ada kesalahan masyehhh :v

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience