Keesokan harinya, Hadi menawarkan bantuan kepada Tiara untuk menghantar nya ke universiti. Tetapi Tiara menolaknya. Tiara berkata yang dia akan menjaga dirinya semasa dalam perjalanan ke universiti.
Kali ini, Tiara meminta kepada pemandu grab itu untuk menurunkan nya di hadapan universiti. Ini supaya dia tidak perlu berjalan jauh lagi.
"Terima kasih" ucap Tiara kepada pemandu grab itu sambil tersenyum.
Selepas dia menutup pintu kereta, dia pun berjalan ke arah pintu masuk universiti. Tiba-tiba kedengaran ada satu suara yang memanggil nya.
Tiara mencari dari mana punca suara itu dan mata dia tertumpu pada Syakir. Lelaki yang mangacau dia semalam.
Apabila Tiara melihat nya, langkah Tiara ke belakang. Dia mahu lari dari lelaki itu.
"Tiara! Tunggu sekejap" panggil Syakir dari jauh.
Semasa dia mahu pusing ke belakang dan lari, badan dia terlanggar seseorang. Dia melihat orang itu Hadi.
"Hadi! Mamat tu ada lagi!" kata Tiara cemas dan berdiri di belakang Hadi.
Syakir pula yang nafasnya naik turun akibat penat berlari mendapat kan mereka. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu penat.
"Dia nak buat apa lagi ni?! Ini dekat depan universiti kot! Gila lah mamat ni!" kata Tiara dalam hati.
"Tak apa. Kau tenang, dengar apa dia nak cakap dulu. Dia penat tu lari kejar kau" kata Hadi kemudian memberi isyarat kepada Syakir supaya cakap apa yang dia mahu cakap.
"Tiara, aku… Aku nak mintak maaf pasal semalam tu. Aku mintak maaf sangat-sangat. Tolong. Tolong maafkan aku. Aku janji aku tak akan buat macam tu lagi. Tolonglah Tiara" rayu Syakir.
Dia teringat kata-kata Hadi yang kalau Tiara tidak maafkan dia, lagi teruk dia dikerjakan Hadi.
Terkedu Tiara mendengar permohonan maaf daripada Syakir itu. Betul ke mamat ni?
"Betul ke dia ni?" bisik Tiara kepada Hadi
Hadi mengangguk tetapi masih memandang Syakir. Kalau Tiara tak maafkan, memang habis Syakir.
"Errr, okey. Aku maaf kan. Tapi! Tolong jangan buat macam tu lagi! Bukan aku je, tapi dekat mana-mana perempuan sekalipun. Jangan buat macam tu lagi!" kata Tiara tegas.
Dia melangkah ke tepi dari belakang Hadi untuk memandang muka Syakir.
"Aku janji. Terima kasih Tiara. Terima kasih sangat-sangat. Aku pergi dulu. Hadi, Tiara" kata Syakir.
Hadi mengangguk kepala nya dan Tiara hanya memandang Syakir pergi.
"Kau okey tak?" tanya Hadi kepada Tiara yang masih melihat Syakir.
"Okey. Tapi kan, macam mana kau tahu aku dekat sini?" tanya Tiara kerana baginya Hadi datang tepat pada masanya.
Hadi tersentak mendengar soalan Tiara. Sebenarnya, dia sudah lama sampai di depan universiti itu. Dia memang sedang menunggu kedatangan Tiara dari dalam kereta.
Kemudian dia melihat Tiara keluar daripada grab dan dia lantas keluar dari kereta nya dan pergi ke arah Tiara.
"Hoi! Kau mengelamun apa? Aku tanya ni. Macam mana kau tahu aku kat sini? Kau datang at the right time. Kau tunggu aku ek?" tanya Tiara mengusik Hadi.
"Mana ada! Aku baru je datang tadi. Tengok-tengok kau ada kat sini" tipu Hadi
"Eleh! Ye lah tu. Dah lah suka hati kau lah. Aku nak masuk kelas dulu" kata Tiara kemudian pergi meninggalkan Hadi
"Suka macam tu, main tinggal je orang. Tak ada pun nak tunggu masuk kelas sama-sama. Tiara! Tunggu la kejap!"
Hadi berlari mendapatkan Tiara yang sudah jauh ke hadapan.
Ramai mata yang memandang Hadi mengejar Tiara, tetapi Hadi buat tidak tahu sahaja.
"Kau datang dengan Abang Hadi ke? Kenapa korang masuk sama-sama?" tanya Hadirah pelik.
Sebentar tadi, Hadirah melihat Tiara masuk ke bilik itu bersama dengan Hadi. Farhan masih belum datang.
"Mana ada. Aku datang naik grab lah. Tadi terserempak dekat depan pintu universiti tu. Dia kan suka menyibuk, tu yang dia ikut aku tu" kata Tiara.
Dia tidak menceritakan lagi kepada Hadirah dan Farhan tentang Syakir yang mengacaunya.
"Ouhh. Wahh, Abang Hadi ikut kau. Jealous aku" gurau Hadirah
"Tak payah nak jealous sangat. Farhan mana? Dia tak datang lagi ke?" tanya Tiara
"Belum lagi. Dia mesej aku tadi, dia cakap yang dia ada hal sikit. Tu yang dia tak datang lagi ni"
"Ouhhh" kata Tiara sambil mengangguk. Dia keluarkan telefon pintar nya dari dalam beg dan melihat telefonnya.
"Tiara" panggil Hadirah.
"Hmm, kenapa?" kata Tiara tidak mengalihkan pandangan dari telefon nya.
"Kau tak rasa ke yang Abang Hadi tu suka kau?" tanya Hadirah
Terkebil-kebil Tiara memandang telefon nya apabila mendengar soalan Hadirah itu. Dia meletakkan telefon nya di atas meja dan memusingkan badannya untuk melihat muka Hadirah.
Tiara meletakkan belakang tapak tangannya di dahi Hadirah.
"Tak panas. Elok, tak demam" kata Tiara kemudian menarik tangan nya dari dahi Hadirah.
"Memang la aku tak demam! Siapa cakap aku demam?" kata Hadirah pelik. Sejak bila dia demam? Elok je bangun pagi tadi badan tak panas.
"Aku ingat kau demam panas. Tiba-tiba je tanya soalan tak munasabah merapu macam tu. Kau ni okey ke tak?! Rindu Farhan ke?"
"Hey! Tak ada masa aku nak rindu Farhan. Aku cakap betul betul la! Kau tak rasa ke yang Abang Hadi suka kau? Cuba kau bezakan layanan dia dekat kau dengan student lain. Cuba! Cuba kau bezakan" kata Hadirah.
Sejak Tiara pindah ke universiti itu, dia dapat rasakan yang Hadi sudah lain. Dari apa yang Hadirah nampak layanan Hadi kepada Tiara lain.
Tiara membetulkan kedudukan nya semula dan pandang ke hadapan. Dia mula fikir. Kalau diikutkan, memang betul kata Hadirah.
Itu pun Hadirah tidak tahu lagi tentang Hadi selamatkan Tiara daripada Syakir, Hadi tumpangkan Tiara balik rumah semasa hari hujan tempoh hari, Hadi pernah makan dan solat di rumah dia. Bila Tiara ingat semua itu, dia jadi terkedu.
"Betul lah cakap Hadirah!" desis hati Tiara
"Alah, kau cakap Hadi rapat dengan Nia. Sama je lah tu" dalih Tiara
"Ish kau ni! Aku cakap pasal kau, bukan pasal Nia. Nia tu kawan Hadi dah lama tahu tak. Kau ni baru lagi dekat sini. Baru 2 bulan dekat sini. Nampak tak beza dia tu" kata Hadirah.
"Biar lah dia Hadi tu nak buat apa. Tu hah, Farhan datang" kata Tiara sambil menunjukkan Farhan yang baru sampai itu.
Nasib baik Farhan sudah datang, dapat Tiara tukar topik.
Hadirah mencebik apabila Tiara mengubah tajuk.
Dia melihat Farhan duduk di kerusi dengan pandangan tak puas hati.
"Apasal kau datang hah?" tanya Hadirah tiba-tiba.
Disebabkan Farhan, perbualan dia dan Tiara terganggu.
"Eh kau! Dah kenapa gila? Aku datang nak belajar lah. Yang kau tanya macam tu apahal?" tanya Farhan. Tiba-tiba je tanya orang macam tu.
"Tak ada benda lah" kata Hadirah kemudian main telefon pintar nya.
"Dasar perempuan tak betul. Kenapa dia tu?" tanya Farhan kepada Tiara yang melihat mereka berdua.
Tiara hanya tersenyum dan mengangkat bahu menandakan tidak tahu.
//
Tiara sedang menulis sambil menyanyi dalam biliknya. Rumah tak ada orang kan? Pasang lagu kuat kuat. Tinggal tunggu jiran datang suruh diam je.
Sedang dia asyik menyanyi, dia teringat kata-kata Hadirah semasa di universiti tadi. Nyanyian nya terhenti. Pen yang dipegangnya di letakkan di atas buku. Dia duduk tegak di kerusi nya dan termenung. Lagu yang dipasang kuat itu dihentikan.
"Apa ke gila Hadirah cakap macam tu. Hadi gila tu suka aku? Kalau macam ni, Hadirah lagi gila daripada Hadi" kata Tiara seorang diri.
Fikiran dia celaru. Dia mahu mengiyakan kata-kata Hadirah tapi disamping itu dia mahu menafikan perkara itu. Tak kan lah Ikhwan Hadi suka dekat perempuan macam dia?
"Ahhh! Apa kau ni Tiara?! Tak malu ke syok sendiri? Pandai-pandai kau je cakap yang Hadi tu suka kau. Kau sendiri tahu yang Hadi tu macam mana. Dekat universiti dia macam mana. Kau tu pulak perempuan macam mana. Memang tak lah dia nak pandang kau. Eee, wake up Tiara!! Jangan bermimpi di pagi hari! Ish!" bebel Tiara sendiri sambil menampar lembut pipinya.
"Haus pulak tekak ni"
Dia bangun dari kerusi dan keluar dari biliknya. Dia ke arah dapur untuk minum air. Semasa dia berada di dapur, dia terdengar bunyi pagar rumah nya dibuka.
"Apa tu?! Ibu dah balik ke? Bukan lama lagi ke ibu outstation?" gumam Tiara. Jantungnya sudah berdegup kencang. Mana tak nya, dia duduk seorang di rumah itu.
Dia perlahan-lahan ke ruang tamu dan pergi ke langsir tingkap. Dia menyelak langsir itu dan melihat abangnya, Luqman yang berada di luar.
"Ish! Abang rupanya. Dah dua kali dah dia buat kita suspens. Ingat penyangak mana tadi yang masuk" kata Tiara kemudian buka pintu.
"Abang dari mana ni?" tanya Tiara apabila melihat abangnya di depan pintu.
"Diam lah kau. Tak payah nak sibuk hal aku tanya aku dari mana. Kau belajar je lah dekat universiti kau tu. Kau kan pandai sangat. Budak berpelajaran dapat belajar dekat universiti" kata Luqman sambil menolak adiknya ke tepi untuk masuk ke dalam rumah.
Berasap telinga Tiara mendengar kata-kata Luqman. Abang dia memang sudah mencabar kesabaran Tiara.
"Memang kalau abang balik, asyik nak sakitkan hati orang je ke? Tak boleh nak cakap elok-elok? Kalau orang sindir dia, tahu pulak nak melenting!" kata Tiara
"Hey! Apa masalah kau nak memekak ni? Habis engkau? Setiap kali aku balik kau ada ke nak cakap elok-elok dengan aku?!" tengking Luqman.
"Macam mana Ara nak cakap elok-elok kalau abang dengan perangai macam ni?! Dah lah bang, sudah sudah lah tu. Abang tu lelaki, abang tu ketua keluarga ni. Tolong lah bertanggungjawab sikit. Patutnya abang yang keluar pergi kerja tahu tak?! Bukan ibu! Ini main lepas tanggungjawab je. Abang tak kesian ke dekat ibu tu dapat anak lelaki tak guna macam abang?" balas Tiara. Memang dia dah lama geram dengan abang dia itu. Memang dia luah semua yang dia pendam sebelum ni.
"Mulut kau ni tak boleh nak kurang ajar lagi ke?! Ingat sikit, aku ni abang kau! Kau tu adik aku kena hormat aku! Hey, kau tak payah nak tarbiyah aku boleh tak? Bingit lah telinga aku dengar? Aku balik rumah ni nak rehat faham tak? Boleh tak engkau bagi abang kau ni rehat. Ni nak bagi ceramah dekat aku pulak. Tak cukup lagi ke kau dengar ceramah prof dekat universiti tu?" amuk Luqman
"Ara tak ada abang penagih dadah macam abang! Buat menyusahkan keluarga je!" jerit Tiara.
PANG!
Satu tamparan hinggap di pipi kanan Tiara. Pedih. Memang pedih. Tapi hati dia lagi pedih dan sakit.
"KAU ULANG BALIK APA KAU CAKAP TADI?! KAU CAKAP AKU APA TADI?" jerit Luqman sudah hilang sabar.
"Ara tak ada abang penagih dadah macam abang! Tak berguna" balas Tiara
Tangan Luqman naik sekali lagi seperti ingin menampar muka Tiara lagi.
"Nak buat apa? Tampar muka Ara lagi? Tampar lah! Tampar sampai Ara dah tak sedar!"
Luqman tidak jadi menampar muka Tiara. Dia menarik nafas nya untuk bertenang sebentar. Kemudian sambung bercakap.
"Bagi aku duit. Aku nak duit. Duit ibu bagi haritu dah habis" kata Luqman bersahaja.
"Mana ada duit. Ara tak ada duit. Nak duit cari lah sendiri. Jangan pandai mintak orang je" balas Tiara.
"Kau tak payah nak kelentong aku lah. Ibu selalu bagi kau duit kan? Bagi lah cepat! Apa yang susah sangat?! Baik kau bagi sebelum aku cari dalam bilik kau. Tunggang terbalik aku buat nanti" kata Luqman.
Tiara hanya mengetap gigi nya. Nasib dia lah dapat abang yang perangai seperti itu. Tanpa sebarang kata, dia masuk ke dalam biliknya untuk mengambil duit.
Selang 5 minit, dia keluar dengan membawa sekeping wang 50 ringgit. Itu duit yang ibunya beri sekiranya ada kecemasan. Tapi, terpaksa diberi kepada abangnya.
"Nah" kata Tiara sambil menyerahkan duit itu pada abangnya.
"50 ringgit je? Tak ada sikit lagi ke?" sindir Luqman
"Okey lah tu, sekurang-kurangnya ada daripada tak ada. Dapat lah abang beli dadah kan?" sindir Tiara pula. Dia hanya memandang ke luar, tidak memandang muka abangnya.
Luqman hanya diam menahan sabar. Kemudian, tanpa mengucapkan terima kasih dia keluar dari rumah itu. Dia keluar dengan selambanya tidak menutup pintu dan pagar rumah.
Terduduk Tiara di atas sofa selepas abangnya pergi. Dia sudah tidak tahan lagi menghadap perangai abangnya itu.
Dia rindu abangnya yang dulu. Sebelum abangnya bergelar seorang penagih dadah. Abangnya yang suka bergurau, ceria dan menjaga dia.
Tanpa ditahan, air mata nya mengalir laju. Dia tidak kuat untuk menghadapi semua itu. Inilah rahsia hidup Tiara yang dia tidak pernah cerita pada sesiapa pun. Rahsia tentang abangnya, Luqman Muaz.
"Ayah… Ara rindu ayah" kata Tiara tersedu sedan seorang diri di atas sofa.
thankyou sebab sudi bace :):) sorry atas kekurangan .
Share this novel