Part 36

Humor Series 90875

Tanganku lincah menulis beberapa fakta penting untuk soalan Sejarah yang telah dibincangkan sebentar tadi. Kertas peperiksaan Sejarah bakal berlangsung beberapa hari lagi, tolak Sabtu dan Ahad. Seperti biasa kertas Bahasa Malaysia akan mendahului sebagai kertas pertama kemudian diikuti kertas-kertas lain. Aku berdebar, lebih-lebih lagi melibatkan melibatkan kelas Tingkatan Enam Pluto. Tidak banyak yang aku minta cuma aku berharap mereka semua lulus dalam semua kertas, termasuklah peperiksaan sejarah. Soalan-soalan ramalan telah diedar untuk membantu pelajar menumpukan fokus pada topik-topik tertentu. Senang untuk fokus ketika mengulang kaji pelajaran.

Kelas pula senyap sahaja. Sejak Emir mula menjadi budak baik di dalam kelas, Tingkatan Enam Pluto mula mengurangkan aktiviti pranknya. Malah sejak mendekati minggu-minggu kritikal SPTM, mereka senyap di dalam kelas. Panggilan balai polis pula mula tidak kedengaran malah nama mereka tidak naik dalam perhimpunan.

Mungkin penangan Emir yang insaf menyebabkan mereka semua mula berubah sikap? Aku tertanya-tanya. Tapi jika mereka sudah insaf itu adalah lebih baik untuk diri mereka sendiri.

"Kelas," panggilku seraya berdiri menghadap pelajar Tingkatan Enam Pluto yang seramai 12 orang itu. Emir diam memerhatikan aku. Nasib baik dia tidak menunjukkan perangai miangnya di dalam kelas, semasa aku mengajar khasnya. Kalau tidak boleh sakit jantung aku dengan pelajar lain nanti.

Aku berdehem.

"Memandangkan beberapa hari lagi awak semua nak exam, cikgu nak ucapkan semoga berjaya, buat yang terbaik dalam peperiksaan awak nanti. Jangan main-main. Seperti dah cikgu selalu ingatkan awak semua, baca dan fahami kehendak soalan. jangan jawab apa yang awak tahu tapi jawab apa yang soalan tu nak. Olah ayat dengan baik. Berikan fakta, sokong dengan hujah dan huraikan dengan baik."

Mereka diam.

"Fokus pada soalan-soalan ramalan yang cikgu dah bagi. Cikgu rasa banyak dah cikgu ajar dengan awak semua, terpulang pada awak macam mana nak jawab lepas ni. Cikgu doakan awak berjaya untuk jawab soalan peperiksaan beberapa hari lagi. Jangan repeat STPM. Cikgu tak nak jumpa muka-muka ni semua tahun depan."

Aku memberikan amaran awal yang bernada gurauan. Kelas lebih senyap umapama dilanda garuda. Aku harapkan mungkin ada yang ketawa ataupun sebarang respons namun aku tidak sedar bahawa Emir sedang merenung tajam ke arahku sehinggalah aku berpaling ke arahnya. Alamak! Aku lupa ada makhluk sekor yang suka repeat paper dalam kelas ni.

Macam mana aku boleh terlupa tentang lakiku seorang ini? Harapnya janganlah merajuk. Kalau tidak matilanak aku nak pujuk. Dia tu boleh tahan merajuknya juga. Cara dia minta pujuk pun boleh mengundang jantung aku nak terkeluar dari tangkainya. Akhirnya aku garu kepala.

Terlajak-post-dekat-fac-boleh-delete, terlajak kata dengan Emir aku pening nak memujuk.

Aku berdehem beberapa kali. Mengurangkan rasa gemuruh apabila Emir merenung bagaikan bersedia untuk menerkam aku. Sempat hujung mulutku menghantar permintaan maaf sebelum berpaling semula ke arah hadapan kelas. Namun yang aku dapat hanyalah senyuman sinis.

Senyuman yang membawa maksud yang tidak baik.

"Ingatlah STPM ni sebelah kaki awak dah dekat universiti, tinggal sebelah kaki awak tu lagi nak diangkat sekali masuk, melangkah masuk. Cikgu harap awak semua dapat keputusan yang baik dan harapnya takde yang gagal. Cikgu sentiasa doakan awak semua jadi orang berguna selepas melangkah keluar daripada sekolah ni nanti."

Tiba-tiba terasa sebak bertandang. Walaupun kelas ini adalah kelas yang membuatkan darah aku suka mencanak naik dan menyebabkan aku geram, tetapi kelas ini jugalah mengajar aku tentang suka duka menjadi guru. Tidak mudah untuk menjadi guru.

Ya, orang cakap ada cuti.Kerja tak banyak, senanglah. Tetapi mereka tidak tahu realiti di sebalik pekerjaan sebagai guru. Berhadapan dengan anak murid yang pelbagai ragam, mak ayah, pihak pentadbir dan tugas-tugas bukan hakiki seorang guru, yakni apabila melibatkan kerja pengkeranian. tidak termasuk lagi dengan aktiviti sekolah, kelas tambahan. Tidak hairanlah jika kemurungan boleh berlaku dalam kalangan guru.

"Jadinya, kalau awak semua lulus cikgu janji dengan awak semua cikgu akan bagi hadiah special."

Kelas yang tadi diam tiba-tiba bersorak hebat. Gembira apabila mereka menerima habuan jika tidak gagal dalam peperiksaan STPM terutama dalam kertas Sejarah.

"Semua kertas ke cikgu?" Andre bertanya.

"Hmm...."

"Cikgu janganlah semua paper. Please... paper Sejarah sahaja. Pleaseee!" Aizat merayu diikuti oleh semua yang kecuali 'suami-terchenta-saya'. Dia hanya memandang sahaja tanpa memberikan reaksi. Namun senyum sengetnya sentiasa menghiasi bibir merahnya.

Masih terasa lagi kehangatan bibirnya ketika aku hendak turun kerja pagi tadi. Petang Ahad aku sudah balik ke rumah sewaku dan ditemani olehnya. Amira pula bagaikan sudah terbiasa dengan kehadiran Emir. Aku kadang kala serba salah terhadap Amira dengan kehadiran Emir. Takut dia tidak selesa.

Hangatnya bibir Emir di bibirku yang membuatkan aku tergamam dengan aksi spontannya. Nasib baiklah tiada Amira sebagai penonton tidak berbayar, kalau tidak free-free sahaja aku diusik oleh Amira nanti. Amira kalau bab mengusik bagi sahaja dengan dia. dialah juara. Tambah-tambah lagi sidekick dia sorang sudah ada untuk menyokong.

Aku pegang bibirku. Tindakan Emir sejak akhir-akhir ini membuatkan jantungku tidak tentu arah dan membuatkan aku boleh bertindak luar daripada kebiasaan. Contohnya pergi kiss pipi Emir. Ya Allah. Bila fikir balik kenapa aku boleh bertindak sebegitu sekali. Di tempat awam pulak tu.

"Cikgu.. kenapa dengan bibir cikgu?"

Aku terpinga-pinga. Pandangan diangkat dan terasa mahu menyorok di bawah meja apabila semua pelajar memandangku dengan pandangan yang pelik. dari hujung mata, aku lihat Emir bagaikan sudah menahan senyum, atau lebih kepada menahan ketawa.

Seronoklah tu.

Aku pura-pura batuk, menahan dan menutup malu.

"Tengah fikir nak bagi hadiah apa dekat awak semua nanti," aku beralasan.

"Alah, cikgu. Jom pergi bercuti kat Kundasang."

Aku kerut dahi. Biaq betik. Melopong sekejap aku mendengar permintaan mereka.

"Amboi, kertas Sejarah tak exam lagi dah minta bercuti ke Kundasang. Takdenya. Exam dulu baru cikgu decide nak bagi apa."

"Alah.. cikgu! Tak bestlah macam ni."

Nadyrah memuncungkan mulutnya. Aku jegil mata. Dah bagi betis minta paha pulak. Ingat nama aku kaya-berbintikan-bilionaire ke boleh sponsor 12 orang pergi Kundasang? Percutian tiga hari dua malam gitu? Hakikatnya aku ni adalah yang bernama rakyat-marhaen-berbintikan-berjimat-cermat. Tahu tak?

"Kau nak bercuti pun agak-agaklah. Mak bapak kau kaya. Cikgu mana kaya nak bawak bercuti semua. Kan Cikgu Althea."

Semua terdiam apabila Emir tiba-tiba bersuara. Aku terkedu. Rasanya inilah kali pertama agaknya dia berkata sesuatu yang elok di dalam kelas. Terharu sekejap aku. Apabila pandanganku bertaut dengan pandangannya, ada sesuatu yang bergerak di mulutnya. Aku kerut dahi dan fokus. Sesaat aku terasa mahu buat facepalm. Di dalam kelas pun masih lagi sempat.

'Sayang.'

Itulah ayat yang tersungging di hujung ayat Emir. Dituturkan tanpa suara.

Masing-masing mengangguk apabila Emir sudah berkata, tiada siapa dapat membantah. Dialah raja di Tingkatan Enam Pluto ini. Kalau diikutkan dia jugalah paling senior di situ dan paling tua di situ juga paling ditakuti. Jadi, haruslah semua orang menghormatinya.

"Apapun, kalau awak tak faham ke atau ada sebarang pertanyaan, jumpa saja dengan cikgu. Jangan malu bertanya selagi awak tak duduk exam lagi. Faham? Jadi, least but not least, cikgu halalkan ilmu yang cikgu bagi kat awak dan cikgu maafkan kesilapan dan kesalahan yang awak semua buat sepanjang cikgu mengajar awak. Lepas ni awak akan bawak diri dah. Pergi merantau."

"Alah.. Cikgu. janganlah buat ayat sedih macam tu. Cikgu sorang aje yang bertahan dengan kami tau."

Beberapa pelajar perempuan sudah ke hadapan, memeluk aku. Pelajar lelaki yang lain pula sudah membuat muka sedih. Akulah cikgu yang selaku ikat jamin mereka ketika ditahan di balai polis. Tak habis lagi dah buat drama air mata. Aku tahan senyum, sayu pun turut bertandang dalam hatiku. Sejahat-jahat mereka, Tingkatan Enam Pluto inilah yang banyak memberikan impak dalam kerjayaku sebagai guru.

Pertama kali terpandangkan wajah Emir pun di sini kelas ini.

"Sudah. Tak payah buat drama air mata."

Aku melonggarkan pelukan mereka. sebak melihat anak muridku ini. Apakah nasib yang menanti mereka selepas ini. Berjayakah? Menjadi orang yang bergunakah?

"Janji dengan cikgu buat yang terbaik."

Mereka semua mengangguk setelah kembali ke tempat masing-masing dan sempat lagi mereka meminta maaf. Aku senyum. Air mata yang ingin mengalir ingin ditahan. Mungkin ini adalah salah satu manisnya menjadi seorang guru apabila melihat anak murid berjaya menjadi manusia. ada manisnya ada pahitnya.

"Jangan lupa datang untuk majlis restu ilmu esok. Bangun."

"Terima kasih Cikgu." Ucapan serentak yang bergema di dalam kelas, disulami dengan makna yang dalam.

Aku mengangguk seraya keluar dari kelas tingkatan Enam Pluto. Sedar tidak sedar, aku sudah sampai ke bilik guru. Menjadi seorang guru sememangnya sudah menjadi impianku sejak dari kecil lagi. Melihat dan menyanjungi kerjaya sebagai seorang guru, menyebabkan aku nekad untuk melanjutkan dalam bidang pendidikan di UPSI, bermajorkan sejarah.

Namun setelah selesai bergraduasi, bukan senang untuk menjadi sorang guru. Malah laluannya begitu sukar. Tidak dipanggil untuk temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) aku nekad untuk mencuba memohon di sekolah swasta. Dan akhirnya dapat. Mungkin sudah termaktub rezekiku untuk mengajar di sekolah swasta agaknya. Sesungguhnya perancangan Allah itu cantik.

Sebagai hamba-Nya letaklah pergantungan kepada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Mungkin yang baik untuk kita sebenarnya tak baik untuk kita, dan mungkin yang tak baik untuk kita adalah sebenarnya yang terbaik untuk kita. Ada hikmah di setiap yang berlaku. Sesuatu kegagalan yang berlaku dalam hidup kita mengajar kita untuk lebih kuat menghadapi cabaran hidup dan bukan menjadikan kita lebih lemah dan berputus asa.

"Tingkatan Enam Pluto demam ke hari ini?" Soalan pertama yang aku dengar dari mulut Cikgu Yasmin ketika punggungku bersiap sedia untuk duduk di atas kerusi.

Aku menoleh ke arah tepi sambil kerut dahi. Masa aku masuk tadi sihat walafiat sahaja mereka. tidak pulak aku nampak ada cool fever yang tertampal di dahi semua pelajar tadi.

"Kenapa Kak Yasmin?"

Cikgu Yasmin mendekati aku.

"Haa, yelah. Al tahu tak masa dekat nak habis masa akak tadi, depa semua minta maaf kat akak. Terkejut beruk akak depa minta maaf," cerita Cikgu Yasmin sambil tersenyum. Kegembiraan terpancar di wajahnya.

Malah dengan aku sendiri pun mereka minta maaf. Aku anggap itu sebagai permulaan yang bagus. Tiada yang terlambat. Aku rasakan semua guru yang mengajar Tingkatan Enam Pluto boleh pengsan melihat perubahan mereka yang disertakan dengan pemohonan maaf. Mungkin cahaya keinsafan mula menyinar dalam diri mereka.

Yalah, dekat nak STPM dah kan?

"Saya pun sama," sampuk Cikgu ISmadi.

Aku dan Cikgu Yasmin sama-sama menoleh. Agak terkejut dengan kedatangan CIkgu Ismadi yang tiba-tiba sahaja muncul di tepi. Cikgu Ismadi juga mengajar Tingkatan Enam Pluto.

"Masa pertama kan masa saya, jadi mengajarlah macam biasa lepas tu bagi tips sikit. Bila dah dekat nak habis tu, ingatkan mereka buat perangai macam selalu tapi rupa-rupanya mereka berbaris minta maaf. Paling tak sangkakan Emir minta maaf. Rasa macam saya boleh senyum sampai balik hari ni."

Aku ketawa kecil. Emir minta maaf? Memang dah tahap wajib Emir tu minta maaf dekat semua guru. Dia sememangnya popular dalam kalangan guru yang mengajar kelasnya dan juga guru yang tidak terlibat langsung dengan Tingkatan Enam ini. Sebut sahaja nama Emir maka terbayanglah wajah mafia Emir.

Tetapi itu dulu. Sekarang wajah mafia dia elok sikit, bolehlah untuk dipandang. Tidaklah ada rasa macam aura naga jantan nak keluar menyembur selalu. Sedikit-sedikit itu adalah tinggalannya.

"tapikan tertanya-tanya juga apa yang menyebabkan Tingkatan Enam Pluto tu berubah ye? Emir pun turut berubah. CIkgu Althea tahu ke?"

Aku geleng kepala dengan cepat. Serius, aku sendiri pun tidak menyangka bahawa Tingkatan Enam Pluto berubah dan terutama sekali Emir. Aku Cuma dapat mensyaki bahawa Emir mula berubah setelah dia mula tidur di rumah sewaku. Bukan aku tidak perasan tetapi malas untuk memberikan sebarang komen mahupun pendapat. Aku hanya memerhatikan sahaja dulu.

Walaupun mulutku selalu membebel memarahinya tetapi betullah kata orang tua dulu-dulu, kata tidak seiring dengan hati. Hatiku tidaklah membenci Emir. Seolah-olah sudah reda apabila melafazkan akad nikah pada malam itu.

Aku cuma kecewa dan marah apabila kami berdua dikahwinkan dalam keadaan tersebut, yang memalukan bagi diriku. Siapa yang mahu berkahwin atas dasar kau ditangkap basah oleh ibu bapa pihak lelaki. Mujurlah bukan pegawai Jabatan Agama Islam, kalau tidak pasti naya aku. Heboh satu Sarawak nanti.

Tak pernah dibuatnya cikgu perempuan kahwin dengan anak murid lelaki. Selalunya terbalik daripada kisahku. Cikgu lelaki anak murid perempuan. Contohnya, Suami Aku Ustaz dan contoh-contoh lain. Cerita dekat pun banyak genre sebegini. Tinggal sahaja untuk tangan ini merajinkan jari jemari untuk bergerak dan mata untuk menapis cerita yang menarik untuk dibaca.

Berbezanya antara realiti dan novel, diri sendiri lebih merasa dan memahami. Perjalanan hidup bukan mudah. Menerima orang lain dengan cara tidak terjangka, hati tidak bersedia untuk menyedia ruang dalam kehidupan diri sendiri. mengejut umpama ramalan cuaca panas sepanjang hari tiba-tiba hujan di kala petang, membasahi bumi. Seperti mana kehadirannya tidak diduga dalam kehidupanku.

Emir Hafiz benar-benar menyebabkan prinsip cinta dan perkahwinan melayang di tepi pantai, dihempas ombak lalu dibawa ke dasar laut dan dimendapkan. Aku takbur. If your are not ready your tiny space with another person, just don't get married yet. Yet.

'Yet' yang semestinya tidak dapat meneka kebarangkalian peristiwa yang akan berlaku. Hakikatnya sekarang, tiny space aku sudah dihuni sepenuhnya oleh Emir Hafiz tanpa aku bersedia secara JERIS – jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Impianku berkahwin tatkala aku sudah bersedia sepenuhnya, tetapi Allah itu Maha Mengetahui. Dikahwin aku dengan Emir tatkala aku masih lagi terkial-kial dalam membina hidupku. Mungkin ada hikmah yang aku tidak nampak dengan mata kasar dan orang lain lebih memahaminya.

"Aik, takkan Al tak tahu? Mustahil ni."

Cikgu Ismadi kerut dahi. Dari nadanya dia bagaikan tidak berpuas hati apabila mengetahui aku akan faktor perubahan tingkah laku pelajar Tingkatan Enam Pluto. Tanya aku sebagai guru kelas, aku sendiri pun hairan dengan perangai mereka. terkena mandrem atau terkena dengan diktaktor Emir di dalam kelas.

Husnudzon. Aku berfikiran positif. Mungkin mereka sudah ada cahaya keinsafan yang mula bertandang dan mengetuk pintu hati mereka. siapa tahukan? Manusia itu merupakan makhluk yang sangat mengelirukan untuk difahami.

"Saya pun terkejut juga masa masuk kelas tadi," Jelasku.

"Tapi siapalah kita untuk mengahalang, kan. Baguslah kalau mereka dah berubah. Kita doakan yang terbaik untuk mereka semua."

Cikgu Yasmin ambil langkah mudah untuk menutup persoalan tentang asbab tentang perubahan yang berlaku di Tingkatan Enam Pluto. Kadang kala manusia itu berubah sehingga kita pun tidak menyangka. Ataupun patut aku tanya dengan Emir perubahan yang berlaku dalam kelas tersebut. Emir kan sumber maklumat yang pantas dan boleh dipercayai.

Tamat sesi persekolahan, aku meneruskan kerja yang terbengkalai sebelum masuk ke dalam Pejabat Pentadbiran untuk thumbprint masa balik. Melangkah kea rah kereta Myvi hitam yang tersadai di parking kereta, aku teringatkan Amira mengusik aku tentang kereta Myvi baru ini.

'Sayang gila Emir dengan kau. Beruntung kau Thea. Tak sangkakan badboy tu jatuh cinta kat kau. By the way, malam pertama kau dah rasmi dah ke?'

Soalan maut yang menyebabkan aku rasa nak memancungkan kepala Amira. Penyataan pertama Amira masih lagi boleh terima. Tetapi soalan kedua sudahpun cukup membuatkan aku mukaku merah padam menahan malu.

Emir yang memaksa aku memandu kereta ini ke sekolah dan dia membawa motorsikalku ke sekolah. Plot twist kat sini, nasib baik tak siapa perasan nombor plat motorsikal yang Emir guna untuk turun sekolah pagi tadi. Kalau tidak naya jugaklah nak menjawab dengan tuan empunya soalan nanti.

Dan juga, tiada siapa perasan tentang kereta Myvi hitam baru yang tersadai di tempat parking.

Selamat. Atau mungkin tidak!

Di tepiku kelihatan Cikgu Ismadi sedang memandangku. Mahu tidak mahu aku tersenyum menahan perasaan. Alamak! Dia tersenyum.

"Eh, kereta baru ke Al? tak pernah nampak pun sebelum ni?"

Rasa macam dalam watak anime yang sedang berpeluh-peluh tidak tahu menjawab persoalan yang diutarakan.

"Haa ya." Aku iakan sahaja.

"Tak pernah nampak pun."

Aku senyum lagi. Memanglah dah namanya kereta baru, baru harinilah munculnya.

"Baru guna hari ini."

"Tapi ni boleh tahan jugak Al. Special Edition, new version of Myvi kan?"

Aku tercekik mendengar kata-kata Cikgu Ismadi. Emir ni pun beli model baru, special edition pulak. Lupa, mummy Emir yang beli.

Aku hanya mampu tersengih. tidak tahu menuturkan ayat yang keluar dari mulut. Hendak menegaskan atau hendak menafikan? Aku tersepit antara dua.

"Cikgu Althea, boleh jumpa kejap tak?" Suara yang bertanya dari arah belakang menyelamatkan aku yang dalam keadaan serba salah.

Aku menoleh ke arah belakang untuk mengucapkan terima kasih. Tergamam aku sebentar apabila melihat muka Emir yang menyapa pandanganku. Emir jongket kening.

" Eh Emir?" Cikgu Ismadi terkejut.

Emir menoleh sedikit dan mengangguk. Mukanya tanpa riak itu menyukarkan aku mentafsir apa ada dalam pemikiran lelaki di hadapanku ini. Sesak pemikiranku untuk mengandaikan di sebalik muka tanpa riaknya.

"Ada apa nak jumpa dengan Cikgu Althea?" soal Cikgu Ismadi.

Aku telan air liur apabila melihat muka Emir berubah. Ya, walaupun Emir sudahpun meminta maaf dan berubah sikap, tetapi Emir ni diumpama jangan-dijolok-dengan-soalan-yang-menyebabkan-dia berubah-wajah.

"Saya yang panggil dia tadi. Kebetulan ada benda yang saya nak bagi dekat Emir." Gabra aku mencari jawapan bagi menyelamatkan keadaan. Cikgu Ismadi hanya mengangguk kemudian pamitan ke arah keretanya yang diparking selang 3 kereta daripada aku.

Aku menoleh semula ke arah Emir. kerutan di dahi terpaut apabila memandang wajah Emir yang memincingkan mata kea rah kelibat Cikgu Ismadi.

"Kenapa?"

Emir mendekati aku dengan muka tidak puas hatinya.

"Cikgu Ismadi tu nak apa dengan kau?" soalan yang berbaur cemburu.

Allahu. Dengan Cikgu Ismadi pun nak cemburu.

"Tanya tentang kereta saja. Jangan nak tunjuk muka jealous tu. Deangn Cikgu Ismadi yang ada anak lima cucu dua pun nak jealous."

Jari telunjukku menekan kerutan di dahi Emir. Dia cepat menangkap jariku. Kemudian aku ditarik dekat dengannya.

"Well, nak buat macam mana. I am very jealous person."

Aku buat rolled eye walaupun jantungku sudah membuat tiga satu per dua somersault apabila mendengar ayatnya.

"Dah, ni nak jumpa saya kenapa?"

Aku cepat-cepat menjarakkan jarak antara kami berdua. Tidak mahu menimbulkan spekulasi liar yang boleh mengundaang benda yang tidak diingini berlaku. Jariku yang berada dalam genggamannya ditarik perlahan. Mujurlah Emir memahami. Tanganku dilepaskan sambil mukanya dihiasi dengan senyuman senget.

Aku angkat kening.

"Ye Emir. ada apa nak jumpa dengan saya ni?" aku ulang soalan kali kedua.

"Rindu."

Jawapan pendek Emir membuatkan aku tergamam. Dia dengan selambanya sahaja tersenyum lalu berlalu meninggalkan aku yang terlopong sambil sambil bersiul-siul. Mataku yang tidak terlepas daripada memandang kelibatnya sehingga ke tempat parking untuk pelajar.

Tanganku memegang dada kiriku. Kedengaran jantungku berdegup lebih kadar biasa.

"Eh, Al kenapa muka merah tu?"

Aku terkejut. Pandanganku diangkat melihat wajah Cikgu Yasmin. Aku pegang pipiku. Terasa kehangatan di situ.

"Panas pulak hari ni. balik dulu ye kak," ujarku seraya masuk ke dalam kereta. Meninggalkan Cikgu Yasmin yang ternyata terpinga-pinga apabila mendengar kenyataan aku yang bercanggah dengan keadaan cuaca yang mendung selepas hujan.

Hebat sungguh penangan ayat Emir.

****************************************************************************************

Pertama kali maaf lambat update kali ini. Yang ni merupakan  untuk update  minggu lepas, dan part kali ni agak pendek. harap bersabar bertabah ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience