Bab 2

Family Series 2342

Kepulangan mereka kali ini dengan membawa seorang kanak-kanak yang persis Mawar.
"Mak ni cucu mak,Nurin Hanna Sofea.Nurin salam nenek"Pantas tangan Nek Mah dicium oleh kanak-kanak kecil itu.Sejuk hatinya memandang perlakuan si kecil itu.
"Azlan mana?"Tanya Nek Mah apabila tidak ternampak batang hidung menantunya itu.
"Ada mak kat sawah tu."
"Kalau macam tu mari tolong mak siapkan makanan untuk tengahari ni."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Kau balik berapa hari rumah mak ni?"
"Ermm..seminggu mak.Mawar dan Abang Azlan mintak cuti.Kitaorang kan satu office,jadi senang la."
"ooo..bagus la balik kampung ni boleh la tengok pemandangan kampung yang bagus ni.Biar anak kau tu kenal kampung sikit.Lagipun dia tak pernak tengok nenek dia ni kan."Mawar tersenyum tawar apabila mendengar ayat terakhir dari maknya.Sememangnya dia yang bersalah kerana tidak ada masa untuk menjenguk ibunya di kampung.Sibuk dengan kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience