Chapter 19

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.19 Suspicious

Normal POV

Lagi sekali mereka terpaksa berkumpul di lobi hotel. Tiada apa yang dapat didengari kecuali bunyi 'sob' dan rengekkan perlahan dari member Olala dan juga member KRS.

"Put..? Macam mana boleh jadi macam ni..?" suara Nad terdengar lirih.

Put menunduk. "Ni semua salah aku.." suara Put nyaris tidak didengari kerana terlalu perlahan.

Nad menggeleng-geleng tidak percaya. "Apa yang terjadi ni sebenarnya!? Put!? Inder!? Yang lain!? Korang ada dengan Yana tadi kan!?"

Tangisan mereka pecah kembali. Put teresak-esak. Nad memukul bahu Put.

"PUT!? CERITA LAH!? APA YANG TERJADI SEBENARNYA!?" Nad menolak-nolak tubuh Put.

"Nad , dah Nad!" Yaya menarik Nad.

"Sebenarnya ," Iffa berjalan mendekati Nad. "Tadi lepas je kita orang habis main , ada seorang lelaki Cina suruh kita orang tolong ambilkan bola dorang yang tercampak dekat semak. Put nak pergi ambil , tapi Yana yang tolong ambilkan.

10 minit kita orang tunggu , Yana tak keluar-keluar pun dari semak tu.." Iffa memberi jeda. Dia menarik nafas dalam.

"Then? Macam mana Yana boleh jatuh? Macam mana dia boleh.." Mira tidak meneruskan ayatnya. Dia berhenti begitu sahaja.

"Kita orang tak tahu. Lebih dari 10 minit tu , kita orang try pergi tengok dia. Bila kita orang tengok ," Inder pula menyambung cerita Iffa. "..dia dah jadi macam tu. Tapi masa tu dia still boleh tahan lagi. Aku rasa kalau doktor dengan nurse tak guna tu cepat lagi , mesti Yana boleh diselamatkan!" kata Inder. Dia menyalahkan dokter dan jururawat yang lambat sampai di tempat kejadian.

"Ni semua sebab kau Put.." kata Nad. Semua orang memandang Nad.

"Apa kau cakap ni Nad? Put tak ada kena mengena pun dalam hal ni." Iffa membela Put.

"Kalau dia tak biarkan Yana pergi ambil bola tu , mesti aku tak kehilangan kawan baik aku tu!!" Nad sudah tidak dapat mengawal kemarahannya lagi. Dia mencengkam kolar baju Put.

"Nad!" Yaya dan Mira menarik Nad. Nad memberontak. Namun kemudian dia berhenti dan menatap Put dengan tajam.

"Entah-entah ni semua plan Put.." kata Nad dengan nada sinis.

"..maksud kau?" Put bertanya. Dia memandang Nad dengan mata yang merah akibat terlalu lama menangis.

"Kau yang rancang semua ni kan? Kau yang bunuh Yana kan? Entah-entah Ainaa pun kau yang bunuh.." Nad menuduh Put.

"Apa yang kau cakap ni Nad? Aku tak tahu apa-apa pun! Lagipun apa motif aku nak bunuh dorang? Dorang kawan aku! Macam korang semua!" Put tidak mengaku dirinya bersalah.

"Bukannya kau ada tak puas hati dengan Ainaa dan Yana ke? Ainaa , kau cemburu dengan bakat melukis dia kan? ..dan Yana , kau cemburu dengan hubungan dia dan budak-budak Pengakap kan?"

Gadis yang lain mula curiga. Mereka memandang Nad dan Put bersilih ganti.

Put menggelengkan kepalanya dengan laju. Dia menafikan tuduhan Nad. "Nonsence! Aku tak pernah cemburu dengan dorang!" Put menelan air liurnya. "Korang percaya aku kan?" tanya Put kepada rakannya.

Mereka tidak mengangguk ataupun menggeleng. Hanya pandangan penuh kecurigaan yang diterima Put.

"Unbelievable.." Put menggelengkan kepalanya.

Dia berjalan meninggalkan rakan-rakannya. Dia tak sangka mereka sanggup menuduhnya sebagai pembunuh.

*
*
*

Put melepaskan keluhan berat. Dia memandang matahari yang sudah mula terbenam di hadapannya. Hari ini saja dah berapa kali dia menangis. Sebaik sahaja Put meninggalkan rakan-rakannya di lobi tadi , dia langsung tidak pulang hinggalah ke senja ini.

Dia tidak tahu macam mana nak berhadapan dengan rakan-rakannya. Walaupun dia tidak bersalah tapi dia tidak mampu. Melihat wajah curiga mereka membuatnya ingin menangis lagi.

"Aku percaya bukan kau yang bunuh dorang.."

Put terkejut melihat Olyn yang kini berada di sebelahnya.

"Olyn?" panggilnya.

Olyn memandang Put dengan senyum yang dipaksa. Dia memang tidak menangis , namun wajahnya menunjukkan raut yang penuh dengan kesedihan.

"Apa yang buat kau percaya bukan aku yang bunuh dorang?" tanya Put.

Olyn mengalihkan pandangannya ke ombak-ombak yang masih aktif membadai pantai itu. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Orang , bila tengah emosional , semua benda dia hembus. Benda yang tak terfikir pun dia cakap jugak.." Olyn tersenyum. "So..don't worry lah.."

Put memandang pantai dengan pandangan kosong. "Thanks sebab percayakan aku. Tapi..macam mana dengan yang lain? Macam mana aku nak dapatkan kepercayaan dorang balik? Alyn? Yaya? member KRS? Dorang semua dah tak percaya dekat aku ,"

"Tang tu , nanti baru kita fikirkan. For now , jom kita tengok tempat Yana jatuh tadi.." ajak Olyn.

Put mengerutkan keningnya. "Untuk?"

"Nak tengok-tengok je. Mana tahu ada something yang menarik ," Olyn memberikan senyuman penuh ertinya. Dia berjalan mendahului Put. Put terpaksa mengikut juga langkah gadis tinggi yang berada di hadapannya itu walaupun dalam keadaan yang keliru.

"Apa maksud kau dengan 'something'?" Put meletak pembuka dan penutup ayat pada perkataan something itu.

"I don't know ," Olyn mengangkat bahunya.

Mereka kini tiba di tempat Yana jatuh tadi. Darah Yana masih ada di situ. Olyn menggunakan lampu telefon bimbitnya untuk menyuluh semak-semak itu. Melihat Olyn , Put juga mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuat perkara yang sama dengan Olyn.

Put berjalan mendekat ke arah semak. Dia melepasi beberapa batang pokok kecil sebelum sampai ke kawasan semak itu.

Olyn yang berada di belakangnya cuba melihat pokok-pokok tersebut.

"Put ," panggil Olyn. Put memusingkan kepalanya untuk memandang Olyn. Olyn yang sedang bercangkung di hadapan salah satu pokok melambaikan tangannya ke arah Put. Put mendekatinya.

"Ada apa?" tanya Put.

"Tengok ni ," Olyn menyuluh pokok itu.

"Apa?" tanya Put lagi. Dia tidak dapat melihat apa-apa.

"Cuba tengok betul-betul.." Put menajamkan penglihatannya.

"Tali?"

"Ha ," Olyn mengangguk.

"Ada apa dengan tali ni?" tanya Put. Masih tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan Olyn.

"Kau , tak rasa ke kematian Yana ni dirancang someone?" Olyn memegang tali halus itu. Dia menarik-narik tali itu. "Tali ni susah nak putus walaupun halus ,"

"Sekejap , maksud kau , ada someone yang ikat tali ni? Dan Yana jatuh sebab tersandung tali ni?" Olyn bangun. Dia cuba melihat pokok yang bertentangan dengan pokok yang mereka lihat tadi.

"See , dekat sini pun ada.." Tunjuk Olyn. "Aku yakin kejadian ni telah dirancang.." Olyn menutup flash telefon bimbitnya. "Kematian Ainaa dengan Yana , mesti ada orang yang dah rancang semua ni ,"

Put memandang Olyn. Dia seakan-akan tidak percaya kematian dua orang rakannya itu bukan disebabkan bunuh diri atau kemalangan tapi disebabkan dibunuh oleh seseorang yang dia tidak tahu siapa.

"Siapa dia..?"

**

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience