Rate

Bab 5

Other Series 2135

Di bilik yang serba besar itu , Ardha mengelamun teringatkan keluarganya di kampung. Beberapa hari yang lepas , dia meminjam telefon di ruma
h agam itu setelah mendapat kebenaran tuan punya rumah .Aip aip bukan Nazrul tau . Tapi ibubapa Nazrul yang baik hati. Niat untuk bertanya khabar semakin kelam apabila dia diherdik dan ditengking ibunya di dalam telefon. 'Besar sangat salah aku. Salah? kononnyalah. Mama sama abah tidak mau pun dengar penjelasan aku.Ya Allah , berilah aku kekuatan' bisik hati Ardha.
Tok!tok! Pintu bilik diketuk sekaligus mematikan lamunan Ardha . "Ardha, mari makan sayang" panggil Puan Munirah, siapa lagi kalau bukan ibu Nazrul. "Baik , makcik" balas Ardha . Dia bingkas bangun lalu keluar dari bilik itu .

Seusai makan tengah hari , Tuan Razak dan isterinya, Puan munirah sengaja meninggalkan Ardha keseorangan di dapur yang ketika itu sedang menyuci pinggan. Nasib baik anak lelaki mereka , Nazril dan Nazrul sudah selesai makan manakala bibik pulaberada di biliknya Jadi misi mereka untuk menilik dan mengenali Ardha dengan lebih dalam pasti akan licin. Satu , dua langkah , tiba-tiba ... "pangggg!" bunyi kaca jatuh dan beberapa detik kemudian kedengaran suara Ardha mengaduh kesakitan yang teramat. Suami isteri yang baru sahaja dua langkah meninggalkan dapur kembali mendapatkan Ardha yang terduduk di lantai "Ardha , kenapa ni?" tanya Tuan Razak cemas. Puan Munirah cepat-cepat mengambil peti kecemasan . Suami isteri itu terkejut dengan reaksi Ardha yang seakan tidak terasa dengan sakit tertusuk kaca namun wajah itu , mata itu melihat luka darah di kaki dengan rasa sayu . "Mak, abah! Bella rindu." sebak suara Ardha menuturkan kata itu . *nama samaran =Bella * Ardha terus berdiri dan berjalan mengheret kaki kirinya keluar dari dapur itu . Puan Munirah dan Tuan Razak apa lagi , tercengan tak sudah! Lebih tercengang dengan mulut yang terbuka luas tu tidak lain tidak bukan , Nazrul ! "Ya ampun,non.. Kok Ardha nggak rasa sakit ya ? Malah jelas benar kecewa di wajahnya. Apa diaa .. " belum sempat bibik yang tiba-tiba menyampuk kerana terkejut menghabiskan ayat , puan Munirah terus mengarahkannya membersihkan kaca yang bertaburan. Suami isteri itu saling memandang manakala si anak tidak langsung menutup mulutnya yang terbuka luas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience