Ariana Atilia tersenyum lebar. Yes! Dia menari-nari dalam kegembiraan. Rambutnya yang panjang beralun bersama rentak tariannya. Entah mana dia belajar dia menari pun dia tak tahu.
Nombor telefon Adi Ashraf ditekan untuk menghubungi lelaki itu. Dia menunggu dengan sabar. Tak lama kemudian, panggilan tersebut disambungkan. Suara garau Adi Ashraf menerjah ke dalam gegendang telinga milik Ariana Atilia.
"Helo, apa kau nak?" sapa Adi Ashraf dengan mesra. Tak ada cara lain ke lelaki ni nak buat daripada sakitkan hati dia?
"Adi, datang ambik aku cepat." arah Ariana Atilia sesuka hati. Sambil itu dia menilik baju didalam almarinya untuk dipakai ketika keluar bersama Adi Ashraf.
"Excuse me? Kau fikir aku apa? Driver kau?" bentak Adi Ashraf tak puas hati. Apa ingat dia kuli batak Ariana Atilia ke apa?
Ariana Atilia menepuk dahi. Bakal tunang dia ni bengap betul la. Tangannya pantas menarik keluar sepasang pakaian yang lengkap untuk dipakai nanti. Bibirnya mengukir senyuman.
"Memang kau bukan driver aku. Tapi sekarang ni kau tu tunang aku. So, tunggu apalagi? Siap la cepat. Kita pergi beli barang untuk majlis tu nanti. Takkan nak harapkan family kita je uruskan semua." bebel Ariana Atilia sambil mencekak pinggang.
Adi Ashraf yang berada dihujung talian hanya menjulingkan mata ke atas. Bosan mendengar bebelan daripada mulut gadis itu.
"Tapi aku ni bakal tunang kau bukan tunang kau lagi." balas Adi Ashraf cuba mempertahankan dirinya.
"Ada aku kisah? Kau tak datang siap kau!" tegas Ariana Atilia berkata sebelum menamatkan panggilan. Dia menyanyi kecil sambil mengatur langkah untuk membersihkan diri.
Dia berhasrat untuk menyampaikan berita gembira tersebut kepada ibu bapanya selepas bersiap. Terlalu gembira sehingga terlupa untuk memaklumkan kepada mereka.
Ah, tak sabar!
??????
"Perempuan ni memang la. Kenapa aku setuju?" kata Adi Ashraf kepada dirinya sendiri. Dia melangkah dengan berat hati. Riak wajahnya dimonyokkan.
"Eh, abang. Jom keluar nak? Lama dah kau terperuk dalam rumah." ajak Akid Ahnaf sambil melagakan bahunya kepada Adi Ashraf.
"Tak boleh. Aku kena keluar dengan orang lain. Dah tepi sikit. Aku nak bersiap." balas Adi Ashraf acuh tak acuh. Jam digital di skrin telefonnya dikerling sekilas.
"Eh kau nak keluar dengan siapa? Kau tak ajak aku? Sampai hati kau. Jahat punya abang!" kata Akid Ahnaf berpura-pura kecewa. Dia meletakkan tangan di dada konon terasa hati. Ceh.
"Dengan kakak ipar kau. Kenapa? Ada masalah?" jawab Adi Ashraf selamba. Akid Ahnaf menutup mulut tanda tak percaya. Matanya dibulatkan. Betul ke apa yang dia dengar sekarang ni?
"Kau...kau setuju?" soal Akid Ahnaf mahukan kepastian. Tangannya menggoncang bahu Adi Ashraf dengan kasar.
"Ouch, sakitlah! Kau kenapa?" marah Adi Ashraf. Dia menampar kuat tangan Akid Ahnaf yang memegang bahunya dengan kuat. Mahu lebam jugak bahu dia tu.
Dia nak bersiap cepat. Kalau dia lambat nanti, mulalah Ariana tu membebel macam mak nenek. Telinga dia tu tak sanggup nak dengar.
"Adi, Akid, apa kamu buat ni? Dah besar pun nak bergaduh ke?" soal Encik Marzuki hairan. Baru saja dia mahu keluar, tiba-tiba terdengar perbualan antara adik-beradik itu.
"Papa, abang setuju!" jerit Akid Ahnaf teruja. Tubuh Adi Ashraf ditarik ke dalam pelukan. Encik Marzuki terkejut mendengar kata-kata yang diucapkan oleh anak bongsunya.
"Adi betul ke? Adi setuju?" soal Encik Marzuki bertalu-talu mahukan jawapan segera. Adi Ashraf mengangguk tanda mengiyakan. Dia masih berusaha meleraikan pelukan daripada Akid Ahnaf.
Encik Marzuki tersenyum lebar. Dia memanjatkan rasa syukur terhadap Tuhan atas berita gembira ini. Perasaannya tak dapat diungkapkan didalam perkataan. Tanpa dia sedari, tangannya menarik Adi Ashraf ke dalam pelukan.
"Papa bangga dengan Adi. Papa doakan Adi bahagia dengan Ariana." ucap Encik Marzuki sambil menepuk lembut belakang badan anak sulungnya. Adi Ashraf mengukirkan senyuman.
"Ni kenapa peluk bagai ni? Ada apa-apa mama tak tahu ke?" soal Puan Ratna secara tiba-tiba. Terkerut dahinya kerana keliru dengan drama antara mereka. Akid Ahnaf tersengih sambil menggaru kepala.
"Papa nak kahwin." ucap Akid Ahnaf secara tak sengaja. Membulat mata Puan Ratna mendengar kata lelaki itu. Encik Marzuki mengeluh terlebih dahulu. Tangan isterinya diusap lembut sebelum dipegang erat.
"Bukan abang sayang. Adi yang nak kahwin." jelas Encik Marzuki lembut. Cuba menenangkan isterinya daripada mengamuk. Akid Ahnaf tersengih tanpa serba salah.
"Betul ni? Betul Adi yang nak kahwin?" soal Puan Ratna sambil mengecilkan mata ke arah mereka. Adi Ashraf mengangguk laju. Bibir Puan Ratna mengukir senyuman penuh makna.
"Ya Allah, anak mama nak kahwin!" ucap Puan Ratna gembira. Tangannya pantas mencekup kedua-dua belah pipi Adi Ashraf sebelum menghadiahkan ciuman di dahinya. Tubuh anak sulungnya turut dipeluk erat. Adi Ashraf tertawa halus.
Seronok melihat reaksi positif daripada ahli keluarganya tentang keputusan yang dibuat. Mungkin ini satu permulaan dia untuk mengecapi kebahgiaan yang dia cari selama ini.
"Kalau macam tu biar mama siapkan persiapan untuk majlis tunang nanti. Oh mama lupa, kita kena masuk meminang Ariana dulu. Lepas tu, persiapan untuk perkahwinan Adi. Baju, hantaran, tempat, katering-" bebelan Puan dipotong oleh Encik Marzuki. Dia mengeleng kepala melihat isterinya yang sudah terlalu teruja.
"Erm, mama, papa, pasal tu mama jangan risau. Sebenarnya Adi dengan Ariana rancang nak tolong beli persiapan untuk majils tunang tu hari ni." jelas Adi Ashraf kepada kedua orang tuanya. Mereka berdua mengangguk tanda faham.
"Ha, apa tunggu lagi? Pergilah. Kesian kakak ipar aku tunggu." sampuk Akid Ahnaf. Dia tersengih nakal. Namun dibalas dengan pandangan tajam daripada Adi Ashraf.
"Mulut kau..." ugut Adi Ashraf. Akid Ahnaf mempamerkan riak muka tidak bersalah. Lelaki itu meminta diri daripada keluarganya untuk bersiap. Bersiap sedia untuk jumpa bakal tunang yang tersayang.
Just wait, Ariana.
??????
"Assalamualaikum, uncle, aunt. Ariana ada?" sapa Adi Ashraf mesra. Tangan Encik Johan disalami oleh lelaki itu. Bibirnya tak lekang dengan senyuman.
"Eh panggil je abah. Tak lama lagi, Adi pun akan jadi menantu kami." ucap Encik Johan sambil tersenyum bangga. Puan Sandra mengangguk tanda mengiyakan kata suaminya.
Adi Ashraf tersenyum lebar sebelum mengangguk tanda faham. Senang hatinya dengan sikap peramah bakal mertuanya. Tak lama kemudian, Ariana Atilia muncul pada pandangan.
"Umi, Lia pergi dulu tau. Jaga abah untuk Lia." pesan Ariana Atilia sambil tersengih. Matanya dikenyit ke arah Encik Johan. Encik Johan mengeleng kepala sambil tersenyum.
"Ish, mulalah tu. Lia tu yang jaga diri elok-elok. Jangan malukan umi dengan abah depan Adi. Faham?" pesan Puan Ratna sebelum mencium kedua-dua belah pipi gebu milik Ariana Atilia. Gadis itu mengangguk laju. Adi Ashraf melihat mereka berdua sambil tersenyum. Comel.
Dia meneguk air liur. Tak sangka perkataan itu terlintas di kepalanya sekarang ini. Kau dah gila ke, Adi? monolog hatinya sendiri.
"Adi, jomlah. Kau tercegat apa lagi? Nak aku tarik masuk dalam kereta ke?" perli Ariana Atilia sambil mencekak pinggang. Adi Ashraf yang baru tersedar terus meninggalkan gadis itu.
"Eiii, tunggulah!" ucap Ariana Atilia tak puas hati. Dia segera mengatur langkah ke arah kereta Adi Ashraf. Pintu kereta lelaki itu dibuka dengan kasar sebelum menerobos masuk ke dalam perut kereta Adi Ashraf. Dia menghempas kuat pintu kereta itu dengan sengaja.
"Woi, kereta aku ni. Tak payahlah kasar sangat." tegur Adi Ashraf dingin. Ariana Atilia menjuihkan bibir. Ada dia kisah?
"Ha dah bisu dah?" tegur Adi Ashraf lagi. Matanya kekal di jalan raya. Geram apabila dihiraukan begitu saja.
"Kau lambat." balas Ariana Atilia senada. Dia mencerlungkan mata ke arah lelaki itu. Tangannya disilangkan dada.
Adi Ashraf mengerutkan dahi tanda tidak faham. Bila pulak dia lambat? Dia sampai 15 minit awal kot. Perempuan tu nak apalagi?
"Sorry? Aku sampai awal eh. Kau tak reti tengok jam ke hah? Nak aku ajarkan?" kata Adi Ashraf dengan nada memerli.
"Kau lambat bagi keputusan kau. 2 minggu! 2 minggu aku tunggu tau! Kau tahu tak perasaan aku?" luah Ariana Atilia senafas. Dia mahukan penjelasan.
Adi Ashraf menahan tawa. Perempuan tu marah sebab tu je? Dikerling seketika wajah Ariana Atilia di sebelah sekilas. Merah muka gadis itu menahan marah membuatkan dia geli hati.
"Kau marah? Awww...kau sayang aku sampai macam tu sekali? Kau takut aku tak jadi kahwin dengan kau? Ha, Ariana?" usik Adi Ashraf. Dia tersengih nakal.
"Diamlah!" marah Ariana Atilia cuba menahan malu. Dia membuang pandangan ke luar tingkap sambil memasamkan muka. Adi Ashraf menghamburkan tawa.
"Hahahaha...macam tu lah perasaan aku bila kau hilang tak ada khabar berita 2 minggu lepas. Sekarang rasakan balasan." ucap Adi Ashraf diselangi tawa. Kali ini Ariana Atilia pula tersengih.
"Oh, jadi kau risaukan aku eh. Sampai upah orang nak siasat pasal aku. Kau takut aku main-mainkan perasaan kau masa aku cakap kahwin dengan aku dalam office kau hari tu? Ha, Adi Ashraf?" balas Ariana Atilia cuba mengembalikan paku buah keras. Dia tersenyum sinis.
Adi Ashraf diam membisu tidak memberi apa-apa balasan. Tak suka apabila dikenakan sebegitu sekali. Ariana Atilia galak mentertawakan lelaki itu sepanjang perjalanan.
??????
"So, kau nak beli apa ni untuk majlis tunang tu? Kau nak pinang aku dengan apa nanti?" soal Ariana Atilia sambil berjalan beriringan dengan Adi Ashraf. Mereka berdua meliarkan pandangan ke sekeliling pasar raya.
"Aku pinang kau dengan bismillah?" balas Adi Ashraf selamba. Dia melahirkan riak wajah tanpa riak. Tak semena-mena, kaki lelaki itu dipijak kuat oleh Ariana Atilia.
"Ha buatlah lawak lagi. Tak berjalan kau nanti aku kerjakan. Biar cacat masa kahwin." kata Ariana Atilia memberi amaran. Pandangan maut diberikan ke arah lelaki itu.
Adi Ashraf meringis kesakitan. Tangannya mengurut kakinya yang cedera. Dia berdecit. Rambutnya yang terjatuh pada dahinya diraup ke belakang.
"Kalau macam tu biarlah aku cacat. Padan muka kau kahwin dengan orang cacat." balas Adi Ashraf. Pandangan maut gadis itu langsung tak mengugat dirinya.
"Adi Ashraf! Kau main-main lagi, aku call aunt Ratna. Aku bagitahu dia anak dia degil tak nak dengar cakap." ugut Ariana Atilia. Tangannya memegang telefon sebelum ditunjukkan ke arah lelaki itu nombor Puan Ratna yang tertera di skrin telefonnya. Bibirnya tersenyum sinis.
"Fine! Kita cari barang kau dulu then baru barang aku." balas Adi Ashraf terpaksa menyerah kalah. Dia melarikan pandangan daripada anak mata gadis itu.
"Jom!" sorak Ariana Atilia teruja. Dia mengatur langkah masuk ke dalam kedai pakaian perempuan. Adi Ashraf hanya mengekori gadis itu dari belakang.
Setiap kali mereka membeli barang pasti ada perbalahan. Memandangkan kedua-duanya keras kepala. Seorang ke timur, seorang ke barat. Bagaimana keadaan apabila sudah berkahwin pun tiada siapa tahu.
Setelah beberapa jam membeli-belah, pasangan itu mula kepenatan. Kaki sudah lenguh berjalan. Tak lupa pula tekak sudah kering kerana air liur dibazirkan dengan bergaduh sehingga tak sudah.
"Aduh, beratnya. Adi tolong bawakkan." pinta Ariana Atilia mengeluh kepenatan. Tangannya bagai nak putus mengangkut segala barangan yang dibeli.
"Kau tak nampak ni? Aku punya lagi banyak dari kau." balas Adi Ashraf malas. Dia hanya mahu berehat sekarang ni.
"Hish, jomlah pergi makan. Aku lapar." pinta Ariana Atilia kepada lelaki itu. Menyesal dia tak ambil troli untuk membawa semua barangan tersebut.
Adi Ashraf mengangguk tanda setuju. Mereka berdua mengatur langkah ke dalam restoran makanan di situ. Perut yang berkeroncong sudah mula berbunyi diminta untuk diisi.
Pasangan tersebut mengambil tempat di salah satu meja yang kosong. Menu yang terdapat di situ mula menarik perhatian mereka berdua. Sudah tak sabar untuk menjamu selera.
Seorang gadis lebih kurang sebaya dengan Ariana Atilia datang sebagai pelayan untuk mengambil pesanan mereka berdua. Namun, gadis itu hanya memberikan perhatian kepada Adi Ashraf sambil tersenyum menggoda.
"Boleh saya tahu abang nak apa?" soal gadis itu dengan nada manja. Namun tidak dihiraukan oleh Adi Ashraf. Dia terlalu lapar untuk kisah tentang semua itu sekarang ni.
"Bagi saya set 2 ya." pesan Adi Ashraf sopan. Gadis itu menulis pesanan lelaki itu dengan segera. Satu kenyitan mata diberikan oleh gadis itu sebelum menyelit sekeping tisu pada meja Adi Ashraf. Lelaki itu menjongketkan kening.
"Call me." bisik gadis itu perlahan pada telinga Adi Ashraf. Ariana Atilia yang melihat mengetapkan gigi dengan amarah yang berkobar-kobar.
Seriously? Perempuan ni sempat mengorat tunang dia sendiri depan mata dia? Oh, memang menempah maut. Dia tengah lapar tu. Ada juga yang jadi makanan dia kang.
"Excuse me, miss? Cik ni kerja nak ambik order ke nak mengorat tunang orang? Cik nak saya laporkan pada manager cik ke? Kalau tak nak, tolong sediakan makanan saya sekarang." tegas Ariana Atilia berkata. Tangan dia sudah gatal mahu menampar wajah gadis itu namun ditahan.
Adi Ashraf tersenyum bangga dengan sikap gadis itu. Senyuman itu disedari oleh Ariana Atilia. Dia melihat lelaki itu buat seketika.
"Apa senyum-senyum? Aku tengah lapar ni. Aku makan kau kang." ugut Ariana Atilia serius. Adi Ashraf mengangkat bahu tanda tiada apa. Padahal dalam hati mahu tersenyum sampai ke telinga.
??????
Sebaik selesai menjamu selera, mereka berdua memutuskan untuk pulang. Semua barangan yang dibeli dimasukkan di dalam but kereta Adi Ashraf.
"Akhirnya." ucap Ariana Atilia sambil menghela nafas panjang. Dia menyandarkan tubuhnya yang kepenatan pada kerusi penumpang kereta Adi Ashraf. Tali pinggang sudah dipasangkan terlebih dahulu.
Tanpa membuang masa, matanya dipejam rapat. Penyaman udara yang dipasang oleh Adi Ashraf menyejukkan badannya membuatkan dia mengantuk. Tak lama kemudian, dia sudah lena tertidur.
Adi Ashraf yang pelik dengan Ariana Atilia senyap secara tiba-tiba menoleh ke sebelahnya. Dengkuran halus dari gadis itu bagai menenangkan hati Adi Ashraf. Namun deringan telefon gadis itu mula menarik perhatian Adi Ashraf.
Nasib baik dia terpaksa berhenti kerana lampu isyarat merah. Telefon pintar Ariana Atilia yang berdering diangkat oleh Adi Ashraf memandangkan telefon itu berada dalam genggaman tangan gadis itu. Terpapar nama panggilan Puan Sandra di skrin telefon tersebut.
"Helo?" ucap Adi Ashraf lembut. Suara lembut Puan Sandra menerjah ke dalam gegendang telinga Adi Ashraf.
"Lia, dekat mana? Dah lewat ni, Lia. Bila Lia nak balik? Ummi risau." luah Puan Sandra dengan penuh kerisauan. Takut jika ada apa-apa yang buruk berlaku kepada anaknya.
Adi Ashraf menjeling sekilas ke arah Ariana Atilia disebelah. Nampaknya gadis itu masih enak dibuai mimpi.
"Umi ni Adi. Kami nak balik dah ni. Maaf lambat balik. Banyak sangat barang kami beli tadi. Tak sedar dah lewat petang. Ariana tidur kejap. Penat sangat agaknya." terang Adi Ashraf jujur. Tiada apa nak disorokkan pun.
"Oh, tak apalah kalau macam tu. Umi risau ada apa-apa jadi tadi. Umi letak dulu. Elok-elok bawa kereta ya." pesan Puan Sandra sebelum memutuskan panggilan.
Adi Ashraf menghela nafas lega. Dia menutup telefon Ariana Atilia semula. Tetapi sesuatu menarik perhatiannya apabila melihat log panggilan gadis itu.
"Adingin??"
Tertera nombor telefon miliknya pada skrin telefon pintar tersebut dengan nama panggilan itu. Dia menjeling tajam ke arah Ariana Atilia yang sedang tidur. Tak guna punya Ariana!
Lampu isyarat yang bertukar hijau menyebabkan Adi Ashraf terpaksa menggerakkan kereta. Dia cuba memandu dengan laju untuk cepat sampai ke rumah tapi dengan lebih berhati-hati.
Selepas 30 minit memandu, akhirnya sampai juga mereka di pekarangan rumah orang tua Ariana Atilia. Kelihatan Puan Sandra mengukirkan senyuman ke arah mereka.
"Ariana, bangunlah. Dah sampai." kejut Adi Ashraf sambil mencucuk lengan baju gadis itu menggunakan telefonnya. Namun tiada balasan dari gadis itu.
Adi Ashraf mengeluh kecil. Lena betul eh kau tidur. Aku yang bawa kereta penat. Kau yang melebih. Kutuk Adi Ashraf didalam hatinya.
Lalu, dia membuka tali pinggang keledar gadis itu dengan berhati-hati. Perbuatannya membuatkan kedudukan mereka terlalu dekat antara satu sama lain. Sehinggakan dengkuran halus Ariana Atilia jelas dapat didengari pada telinga Adi Ashraf.
Tanpa dia sedari, Ariana Atilia tersedar dari lenanya. Matanya dibulatkan apabila sedar dengan kedudukan mereka. Tangannya pantas menolak tubuh Adi Ashraf sehingga terkena dashboard kereta.
"Aduh, sakitlah gila! Kau kenapa?" marah Adi Ashraf apabila ditolak kuat sebegitu. Dia mengerang kesakitan.
"Kau tu yang kenapa? Dah kenapa nak dekat-dekat dengan aku?" kata Ariana Atilia cuba mempertahankan diri.
"Aku nak kejut kau lah. Aku tolong bukakkan seatbelt kau tadi. Tidur macam orang mati. Dah keluar cepat." terang Adi Ashraf geram. Sempat dihalau juga gadis itu.
"Eh, tunggu kejap. Sini." arah Adi Ashraf secara tiba-tiba. Ariana Atilia merenung sambil mengerutkan dahi. Lelaki ni bipolar ke apa? Tadi marah lepas tu? Namun dia akur saja dengan arahan lelaki itu tanpa banyak tanya. Maklumlah, baru bangun tidur. Otak tak berfungsi sepenuhnya lagi.
Adi Ashraf mendekatkan dirinya ke arah gadis itu. Bibirnya bergerak-gerak membisikkan sesuatu pada telinga gadis itu. Pipinya memerah menahan malu. Urghh!
"Goodbye, my fiancee"
-To be continued..-
Hello my lovely readers! Special thanks sebab sudi baca story ni! Enjoy reading! Don't forget to vomment! -ftnfzyyy-
Share this novel